Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
6552
View
231
Reply

Korang ada kumpul koleksi tak?

[Copy link]

Author: Foxey    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Post time 6-8-2018 01:43 PM | Show all posts
Foxey replied at 6-8-2018 05:32 AM
wow... banyak tu... and rajin nye you tukar2 handbag...

fox ni jenis pakai satu bag je sampai l ...

Ikutkan I pun malas juga LOL. But I thought buat apa beli kalau tak terpakai, so I paksa diri untuk switch bags. Lama2 benda tu dah jadi norm. Dah biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2018 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Foxey replied at 6-8-2018 10:05 AM
nope... i tak kumpul helmet. helmets yang i pakai dulu pun mostly jenis separuh. nak kata rider, n ...

ok jom borak.jom menggamit memori.

permulaan....

untuk pengetahuan kamu, foxey, saya memang minat dengan dunia permotoran.pada tahun 2001 saya dah start berjinak dengan arena main motor ni.

motor pertama saya, suzuki panther 90s edition, set suzuki trx150 atau suzuki shark atau suzuki jerung narrong hitam mati.tahun 90 jentera ini menjadi pilihan PDRM sampai jentera ini digelar motor otet merujuk kepada unit cawangan khas (SB) skuad 41.kami berlumba sekitar KL, konvoi beramai2 ke port dickson, kg. kemensah, sungai gabai dll.

regular panther ni enjin dia sebu.cepat sangat jam, sedikit jinak, suspension agak keras dan spec 150 hanyalah sekadar mimpi di siang hari.saya dah mula bosan dengan motor ni.lalu selera itu bertukar kepada arejek/RXZ 135 bosch porting block y2, ori set warna biru striking, bore 56x54mm.sebuah jentera jahat yang gemilang, yang gai2, seteru utama Suzuki trx150 ketika itu.2003 saya menunggang jentera itu dengan penuh bangga, "acah2 motor aku paling laju kat konot" .

hobi dan nafsu....

hobi bertuhankan nafsu, nafsu semakin menggila dengan pengumpulan aksesori2 bike riding.from head to toe, daripada kasut, safety gear ke helmet.magnum 7 button ultraman, arai hirotake, arai 707 taira, bell 3 button marlboro, 3rd of Kabuci visor snap and tap, half riding jacket (budak2 panggil jaket steng) - sedici, camel, lucky strike leather jacket saya pernah sarung.kasut?nike airforce high cut, jeans wrangler bawah kecik.riding gloves pulak dari bell (butterfly strap tu) dan arai kenji (textile).masa tu paling smart ya robbi la ootd ni.

"orang kata parking je, anak abu dah ngepong atas motor."

mengenal....

tahun 2004, saya berpeluang untuk mencuba jentera heavyduty kepunyaan paksu saya, Yamaha R1 2000, stockbike lah dengan pillion gedabak dan exhaust sebesar kereta iswara.tiada traction control, tiada abs system, tiada quickshifter, tiada damper stabilizer, monoshock lembut nak mati dan sekaligus menjadikan handling performance kurang di situ (mudah nak kena tank slap atau speed wobble).

saya tunggang motor itu, ya malam itu, tanpa lesen B Full saya rembat highway plus, dari tol sg besi ke senawang.saya king malam tu.high beam belakang bmw, sebagai isyarat suruh berambus dari line kanan. itulah pengalaman pertama saya menunggang superbike dengan kelajuan 270 kmh.6 speed, dari 5th gear ke 6th gear hanya perlukan masa 5 saat untuk overtake ke topspeed.270 kmh masih ada berbaki suku pada throttle saya.seronok dapat rasa adrenaline rush, jantung pam dengan laju, peluh terkondensasi dalam leather jacket.

selingan....

pada tahu yang sama juga, saya kehilangan kawan tercinta, arwah zaki yang mati kemalangan di bulatan kampung pandan.sebelum kemalangan, arwah dah simpan duit untuk memiliki motor Yamaha TZM.apa yang spoiled pasal arwah, dia simpan duit dalam rumah.satu hari, dia berkira2 simpanannya dah cukup untuk beli jentera itu.RM3500 harganya ketika itu.ya secondhand lah.zaki pernah bawa saya dengan seorang lagi kawan untuk membelek jentera itu.cantik....coverset lucky strike yang menawan laksana filem Andy Lau-Full Throttle 1995, ranggi, pillion biru, telescopic fork showa, brake disc brembo....Ammaaa....Ahukkk ahukkk nalarekek!!!

tapi apa yang menyedihkan, ketika arwah pulang dari kerja, duit yang dikumpul dah lesap.abang zaki dah rembat duit tu.habis kesemuanya.zaki bertekak dengan ibunya.dia mengamuk habis barang2 dalam biliknya dipecahkan.kesian zaki, penat lelahnya sia2.arwah zaki bertemu saya dan acad (juga telah meninggal dunia) mengadu nasibnya.kami berdua bersimpati dan cuba pulihkan semangatnya.ada satu ketika dia bersuara, dia nak pinjam sekejap motor arwah acad katanya tak nak kempunan.acad juga memiliki Yamaha TZM, stockbike.acad hanya anggukan kepala.kunci diberi, zaki berlalu pergi....pergi tak kembali.arwah zaki dan motor acad terjun dari flyover bulatan kampung pandan.kepala arwah tertusuk besi penghadang jalan.besi terbenam setengah kepala arwah.apa yang menyedihkan, arwah zaki ditandakan sebagai bukan muslim di bilik mayat HKL.rupa2nya dompetnya tercicir semasa dia mengamuk di rumah ditambah pula muka arwah seperti kaum india dan berkulit gelap.jasad arwah full post mortem, masa dikebumikan jasadnya, tiada apa yang tertinggal dalam badan arwah zaki.Al Fatihah kepada arwah zaki....tunggu aku kat sana.(sesiapa yang hadir membaca komen saya ini, kenal arwah zaki, maka awak juga mungkin mengenali saya).

back to the topic.

dari kapcai ke sbk....

[bersambung]....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2018 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
lyza2474 replied at 6-8-2018 01:43 PM
Selalulah jugak..skrg ni cuti setahun - pregnant..



hai kak lyza.

kak saya cadangkan akak buka satu thread berkenaan dengan hiking ni.confirm saya join.saya pon climber juga.last 2011 di laban rata, kemudian schedule kerja makin padat saya dah lama tinggalkan aktiviti ni.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-8-2018 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
vanillaninja replied at 6-8-2018 01:43 PM
Ikutkan I pun malas juga LOL. But I thought buat apa beli kalau tak terpakai, so I paksa diri untu ...

bak kata org tua2, alah bisa tegal biasa...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 6-8-2018 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 6-8-2018 02:54 PM
ok jom borak.jom menggamit memori.

permulaan....

Wowwww... Mmg hebat you nyer minat in bikes ni. Respect bro ke sis?

I dah confuse skrg, whether you're a girl or a guy...

I err... sbnrnya bwk moto dulu pun, tak dpt lesen B penuh. Gara2 my grandma yg sgt2 against me riding. She saw my uncle jatuh motor berdarah2 so lg la dia tak bagi. My uncle used to have big bikes, the last one being a Harley. Yg tu pun i dpt jd pillion rider jer sbb you know who...

I am sorry about your two friends yg dah passed away. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2018 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu dulu duluuu aku kumpul awek..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2018 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dari kapcai ke sbk....

semenjak hari itu, saya mula bercita2 untuk memiliki superbike suatu hari nanti.saya dah mula berjimat, sudah mula ikat perut, kurangkan keluar malam lepak dengan kawan2.selagi boleh berjimat saya berjimat.saya padamkan perkataan 'joli' itu dalam kamus hidup saya.setahun berlalu, saya duduki ujian jpj untuk lesen B Full.cuba sekali, lulus sekali.alhamdulillah jalan saya dipermudahkan.tiga tahun saya berjimat cermat, mengumpul duit untuk memenuhi minat saya, akhirnya, hari itu pada tahun 2008 saya berjaya memiliki sebuah jentera berat pertama dalam hidup saya, Yamaha R6 2008.

Yamaha R6 2008 edition, diklasifikasi sports bike 600cc type.warna biru, bermeter digital, tiada tcs dan ianya baru.saya bernasib baik kerana model sebelum2 ini ada masalah tentang tachometer (model 1999, 2001, 2003 dan 2006).jadi 2008 edition adalah model pertama Yamaha buat penambahbaikan pada tachometer redline dan menaiktaraf revolutions per minute (rpm) yang sebelum ini terhad pada ecu dari 12500 rpm ke 14500 rpm. secara tidak langsung hp juga ditingkatkan kepada 94.9 kilowatt dari 70.7 kilowatt (model di bawah tahun 2008).on the road RM53780 dan saya lebur cengkeram (downpayment) sebanyak RM17k (dulu belum wujud zero percent downpayment , dan memiliki sportbike dan superbike ianya eksklusif tidak seperti sekarang).apabila jentera itu selamat bersemayam di ruang garaj saya, saya rasakan satu kepuasan tahap maksima.minum secangkir kopi, duduk di sisinya, sambil menatap keayuan reka bentuknya.mulut ini tidak lekang memuji2 kecantikannya sambil kopi dihirup, slurppp, retina melihat menghantar isyarat impuls ke vertabrata, lalu dipersembahkan pada serebrum untuk dinilai, "apa benda yang aku nak modify makhluk ni", .

bikefest....

dari stockbike ke full system modification.saya upgrade sikit2 isteri pertama saya, full exhaust system dari Yoshimura, rc2 clutch lever, damper stabilizer, sprocket vortex V3 yamaha specs, monoshock by ohlins, tukar rearsit kit dan variable throttle motion pro rev (ni first batch punya).cukup menggiurkan dan menjahanamkan duit .dengan henjutan 260kmh juga tidak mengecewakan hati saya.

saya tak join mana2 kelab pun foxey, saya lone rider, tapi memang aktif join bikefest seluruh malaysia.dulu bikefest dianjurkan di port dickson, eagle ranch resort, ikut kelab konvoi, kelab kawan2, masuk sumbatlah bahasa pasarnya untuk memudahkan attend bikefest sahaja.seronok dapat tukar2 idea dan pendapat tentang machine handling, art of riding, lubuk2 safety gear, lubuk2 dyno, dll.saya berhabis banyak duit untuk memenuhi minat saya, helmet dah tak boleh cikai, safety gear kena ada pad, tak macam tunggang kapcai dulu.saya memiliki full suit jacket 3 pasang dari dainese dan yamaha sendiri.saya jual dua biji arai saya untuk ditukarkan dengan full face helmet, boots saya ada 3 pasang juga dulu dari dainese dan alpinestars.

dipendekkan cerita (sebab dah rasa panjang ), r6 tu dengan saya selama dua tahun sahaja, foxey.bukan tidak mampu isunya, cuma saya bertukar selera pada harley davidson sportster 1200cc.saya cari buyer untuk sambung bayar isteri pertama saya, nak cari buyer pada masa tu sangat susah, tapi doa saya diperkenankan, ada yang berhajat.RM15k dan sambung bayar.okaylah daripada tak ada.maka sportster itu saya nikahi dengan mas kahwin 55 ribu hutang....

saya noktahkan cerita saya di sini ya foxey.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2018 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Foxey replied at 6-8-2018 09:07 PM
Wowwww... Mmg hebat you nyer minat in bikes ni. Respect bro ke sis?

I dah confuse skrg, whether ...

saya boboi lah.

foxey ninja tu berapa cc?

jangan kagum sangat, kalau dah minat, ada je cara nak dapatkannya.rezeki tak datang bergolek kan.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-8-2018 09:10 AM | Show all posts
lyza2474 replied at 6-8-2018 01:43 PM
Selalulah jugak..skrg ni cuti setahun - pregnant..

lupa nak cakap tahniah... tahniah sis lyza

bila pregnant kena kurangkan aktiviti lasak nih kan?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-8-2018 09:11 AM | Show all posts
Diablo replied at 6-8-2018 10:22 PM
Dulu dulu duluuu aku kumpul awek..

waaa... tapi tak mendatangkan masalah ke kumpul awek ni? i mean, if you get caught, tak ke bergaduh ke?

unless you mmg terer arr... tak penah kantoi dengan awek2 sekalian...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-8-2018 09:20 AM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 6-8-2018 11:21 PM
dari kapcai ke sbk....

semenjak hari itu, saya mula bercita2 untuk memiliki superbike suatu hari  ...

mak aiii... perumpamaan yg digunakan... pergh...

you know what you want and you know how to get it... good thinking. dari moto kapcai ke moto besar... that is an achievement on its own...

terimejin plak gang bikers dlm drama omputeh... hells angels...

thank you for sharing...


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-8-2018 09:30 AM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 6-8-2018 11:22 PM
saya boboi lah.

foxey ninja tu berapa cc?

err... sowie.. fox ingatkan kill-nancy ni female... tu yg wow bila baca minat yg mendlm terhadap motor...

ninja tu cc kecik je... 600cc...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 09:41 AM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 6-8-2018 08:03 PM
hai kak lyza.

kak saya cadangkan akak buka satu thread berkenaan dengan hiking ni.confirm saya  ...

hi nancy...   good idea nanti dah abis cuti panjang ni, akak buat 1 thread yer..

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 09:42 AM | Show all posts
Foxey replied at 7-8-2018 09:10 AM
lupa nak cakap tahniah... tahniah sis lyza

bila pregnant kena kurangkan aktiviti lasa ...

totaly gantung beg, bukit pun tak larat nak panjat ...

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Foxey replied at 7-8-2018 09:30 AM
err... sowie.. fox ingatkan kill-nancy ni female...  tu yg wow bila baca minat yg mendlm terha ...

Ninja zx6r/Ninja 636?sportbike?

wahhh~

itu machine pun manyak langsi woo.

foxey boboi kan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
lyza2474 replied at 7-8-2018 09:41 AM
hi nancy...   good idea nanti dah abis cuti panjang ni, akak buat 1 thread yer..

dah bukak thread roger2 kak.

congratulations on your pregnancy kak.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-8-2018 04:12 PM | Show all posts
lyza2474 replied at 7-8-2018 09:42 AM
totaly gantung beg, bukit pun tak larat nak panjat ...

takpe sis... kena jaga baby tu dulu... nanti dah deliver and dah pulih sepenuhnya, boleh sambung lagi aktiviti panjat gunung ni...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 7-8-2018 04:15 PM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 7-8-2018 11:59 AM
Ninja zx6r/Ninja 636?sportbike?

wahhh~

zx6r 600 je...

lama punya...

err... foxey is a girl...


Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2018 01:14 AM | Show all posts
Foxey replied at 6-8-2018 10:09 AM
group kpop yang berpecah tu group apa?

i used to collect dvds too... now cuma beli citer yg  ...

nine muses, t-ara n snsd... tapi cd kpop group lain pun i beli gak.. membazir je.. i suka girl group je.. kalau boy group lagu tertentu je mcm big bang monster.. u pun minat kpop ke?
i suka beli roses yg ada id dekat facebook. tapi kadang2 bila pergi nursery nmpk yg cantik2 i beli gak.. ya i suka warna2 yg berlainan.. ada gk yg dh mati n ada gak yg taknak berbunga smpi skrg.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-8-2018 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
mystica replied at 11-8-2018 01:14 AM
nine muses, t-ara n snsd... tapi cd kpop group lain pun i beli gak.. membazir je.. i suka girl gro ...

Fox dgr gak lagu2 kpop ni tapi selective la. No particular group except for Big Bang. Now crushing on Gray. lagu2 dia sedap dgr and he is bloody hot!

Setakat ni dah baper kaler roses mystica ada? Dulu ada gak tanam roses. But i used to travel a lot for work, so pokok2 ni tak tahan. Yang tend to the pokok bunga tu pun my mum. Tapi roses yang i suke, my mum yang picked pokok tu, bunga dia mixed, orange and pink. So, uncle sebelab rumah pun suke tengok. Dia la tolong siram pokok i bila i travel. Tapi alas, mati jugak.

I don't have green hands.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.085826s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list