CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2593|Reply: 8

Siapa Sangka Kanser Rapatkan Semula Hubungan Kanye West dan Bapanya

[Copy link]
Post time 3-8-2018 05:28 PM | Show all posts |Read mode




Kredit Foto: Fox News




Umum sedia mengetahui hubungan penyanyi rap terkenal Kanye West dengan bapanya Ray West tegang sejak dahulu lagi. Ini kerana sejak perceraian bapa dengan ibunya Donda West, lelaki tersebut tidak berapa mempedulikan Kanye dan keluarga.

Hubungan tegang ini berlanjutan sehingga Donda meninggal dunia akibat komplikasi pembedahan prosedur kecantikan liposuction, tummy tuck dan  mengecilkan buah dada pada tahun 2007.


Sewaktu perkahwinannya dengan bintang realiti Kim Kardashian, kelibat Ray West juga dipinggirkan. Malahan sejak kelahiran anak-anaknya, Kanye jarang menjemput dan meluangkan masa dengan bapanya.







Kredit Foto: TMZ.com




Bagaimanapun hubungan mereka berdua mula bertaut semula sejak bapanyanya didiagnos mengidap penyakit kanser prostat minggu lalu. Penyanyi rap yang berumur 41 tahun itu sangat terkejut mendengar berita menyedihkan itu lantas menghubungi lelaki itu walaupun sudah tidak bertanya khabar selama beberapa tahun.


Kanye bertekad untuk memperbaiki hubungan antara mereka.






Kredit Foto: Heightline




Memetik sumber TMZ.com, Kanye telah membawa ketiga-tiga orang anaknya; North, 4 tahun, Saint, 2 tahun dan Chicago 7 bulan beserta isterinya Kim untuk mengziarahi bapanya yang sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Los Angeles.


Ray West dilihat menghabiskan masa bermesra dengan ketiga-tiga cucunya itu.








Kredit Foto: Harper's Bazaar





Walaupun beliau bertekad untuk mula menjaga kebajikan bapanya, Kanye sendiri sedang berhadapan dengan pelbagai isu kesihatan termasuk pernah mengaku hampir ingin menghabiskan nyawanya  kerana tekanan mental. Semoga hubungan yang kembali bertaut ini akan mendatangkan kebaikan buat Kanye dan bapanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2018 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Buruk buruk pun bapa  kau juga Kanye
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kanye ne mcm ada period jah.. mood berubah ubah
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2018 12:33 AM | Show all posts
comelnya Saint.

ok lah berbaik2 dgn apak sundirik. ai rasa kanye ni mentally perlukan someone selain kardashian klan yg tak brp nak normal tuh.
tingat tyson beckford baru2 nih menghanjeng bontot kimk senget sebelah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2018 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kanye nama hampir sama dengan nigga changa
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2018 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Bgus laa berbaik semula,
Comel c Saint tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2018 01:33 PM | Show all posts
Bgus la KW ni brbaik dgn bapa sndiri...ad jgk sisi baik dia ni...klu x sllu ting tong ja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2018 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 4-8-2018 12:33 AM
comelnya Saint.

ok lah berbaik2 dgn apak sundirik. ai rasa kanye ni mentally perlukan someone sel ...

Selamba je kim panggil Tyson 'sis' kan?? Lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2018 01:40 AM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 6-8-2018 10:37 PM
Selamba je kim panggil Tyson 'sis' kan?? Lol

secara halus kim nak tuduh dia gay... sentaplah tu tyson tak terliur dgn rupa renovate sheols, mcm black men lain. pastu si tyson balas balik dia lebih prefer beyonce, musuh kimk

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.062976 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list