CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3680|Reply: 0

EDISI TERENGGANU : Mohammad Faiz lakar kejayaan di United Kingdom

[Copy link]
Post time 7-8-2018 04:00 PM | Show all posts |Read mode

KUALA TERENGGANU 7 Ogos - Kerajaan negeri mengucap tahniah kepada seorang lagi pelajar anak negeri,  Mohammad Faiz  Mohd Zaki atas pencapaian yang  memberangsangkan dengan memperoleh Master of Engineering with Class One Honours in Electrical Engineering, University of Sheffield, United Kingdom.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan berharap kecemerlangan yang dicatatkan di salah sebuah universiti terkemuka itu  menjadi inspirasi kepada anak-anak negeri yang lain bagi memajukan diri.

Anak kepada pasangan Mohd Zaki Mohd Salleh dan Wan Suhubbiah Wan Abdillah yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Kepala Batas turut merangkul keputusan cemerlang pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011.


“Pemuda kelahiran Terengganu ini tentunya membanggakan ibu bapa apabila mengikut jejak langkah ayahnya yang merupakan seorang pesara jurutera jurutera.

“Setinggi penghargaan kepada  Mohd Zaki dan pasangan atas kejayaan berterusan anak lelaki mereka.

“Kecemerlangan anak sulung daripada empat  beradik ini bukan saja menjadi contoh kepada adik-adiknya tetapi dapat dijadikan pemangkin semangat buat pelajar-pelajar di luar sana,”ujar Dr. Samsuri. -UTUSAN ONLINE


http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/terengganu/mohammad-faiz-lakar-kejayaan-di-united-kingdom-1.724454

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.134408 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list