CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eddlisa_uyuk

AKASIA: JANGAN BENCI CINTAKU RUMAH 3 [SAHARUL RIDZWAN, ZAHIRAH MACWILSON]

  [Copy link]
Post time 7-8-2018 04:02 PM | Show all posts
BTS









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2018 04:09 PM | Show all posts
  


  
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 04:10 PM | Show all posts
sedikit teaser JBC.

  





  

  

  
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 04:11 PM | Show all posts
Lagu baru misha jadi ost cite ni...Sampai Bila


Sampai Bila - Misha Omar

Andai dapat kau dengar ombak hati ini
Dihempas sepi tiada berlagu
Dulu tenang dan dilayari kasihmu
Kini dilanda gelora tak menentu

(Chorus)
Sampai bila, harus ku bertanya
Firasat hatimu, yang terus membisu
Segala dendamku
Kini telah menjadi bebenan jiwa
Saat kau mencari pengganti cinta

Dalam rindu yang tak bererti apa lagi
Biarkan aku kini sendiri
Oh pergilah dengan dia yang kau cinta
Dan tak perlu kau di sini mengungkit kesilapan

(Chorus 2)
Bridge
Padamu aku hanya
Kaca yang tak berharga
Pudar seri... kosong.. kelam.. tak bermakna

Oooh
Ku melangkah dengan hati yang kecewa
Moga ada secebis ketabatan mengubati

Lirik: Fedtri Yahya & Shah Shamsiri
Lagu: Sharon Paul




Lagu aizat pon ada..scene nikah lagu ni

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 04:13 PM | Show all posts
Iklan JBC.

  


  



BTS




  


Sejuk sket hati tgk video ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 04:13 PM | Show all posts

JANGAN BENCI CINTAKU

Jangan Benci Cintaku : Bab 1







PROLOG


            “FIKA.”
            Rafeeqa buat-buat tak dengar. Selamba tangan memasukkan pakaian ke dalam bagasi besar. Dalam otak dah terbayang-bayang suasana Sunderland.
            Hidup di perantauan. Empat musim yang cantik. Suasana yang amat berbeza dari tanah air sendiri. Jauh dari keluarga dan Shahrizal. Semua itu adalah pakej yang buat  Rafeeqa gembira tahap infiniti. Jadi segala pujukan Shahrizal dah tak terdengar di telinganya yang kebal. Dia takkan berubah fikiran, lagi cepat terbang jauh lagi bagus.
            “Fika.”
            “What?”Acuh tak acuh Rafeeqa menjawab. Dipandangnya sekilas Shahrizal yang sedang baring meniarap di atas katil. Monyok saja wajah tampan sang suami.
            “Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar,” Shahrizal masih cuba memujuk si isteri.
            Giler nak berjauhan selama lima tahun dari Rafeeqa.Tak pandang wajah Rafeeqa selama sehari pun tak betah, inikan pula bertahun-tahun. Mana tahan yaw!
            “Tak nak. Saya dah janji dengan Damia,” Rafeeqa menjawab perlahan.
            “Then how about me?”
            “You still can survive without me, Shah.”
            Shahrizal mengeluh hampa. Kalau boleh dia rasa macam nak ikat Rafeeqa dan sembunyikan di dalam almari tiga hari tiga malam supaya Rafeeqa batalkan saja rancangan untuk sambung belajar di luar negara. Macamlah tak ada universiti kat Malaysia ni yang menawarkan pengajian yang sama.
            “Kalau saya tak dapat survive macam mana?” Shahrizal masih mencuba nasib. Dari meniarap, dia bangun dan duduk bersila di atas katil.
            “Nonsense.”
            Memang kejam rasanya menjawab soalan suami dengan jawapan yang tak berapa sopan begitu. Tapi Rafeeqa tetap Rafeeqa, apa saja yang diingininya takkan dapat dihalang oleh Shahrizal. Patutnya Shahrizal berputus asa saja, tak payah nak susun ayat berbunga untuk memujuknya mengubah fikiran.

            A NO is a always a NO Shah.

            Bibir Rafeeqa mengukir senyum segaris. Berpuas hati dengan pakaian yang sudah tersusun elok di dalam bagasi, zip ditutup dan dikunci. Okey. Kalau boleh malam ini juga dia nak terbang. Tapi bersabarlah hati, esok bumi Malaysia akan ditinggalkan juga.
            “Awak juga yang kata saya boleh buat apa saja saya nak, Shah. Mana tahu bila dah sama-sama jauh nanti saya akan sayang awak lebih dan rindu awak lebih.”
            Ayat Rafeeqa buatkan Shahrizal kalah. Kalau itu yang Rafeeqa pinta, dia hanya iyakan saja. Rafeeqa pergi tak lama, nanti-nanti Rafeeqa akan balik juga. Itulah ayat Shahrizal untuk pujuk diri sendiri di dalam hati.
           
            To let you go is the hardest thing to do, Fika.


BAB 1
           

            RAFEEQA tersenyum manis pada gadis yang memakai tag nama Nurul di depan mata. Dalam otak mengagak, ni mesti salah satu pekerja Shahrizal.
            “Selamat pagi, cik.”
            “Selamat pagi.” Salam Nurul dijawab Rafeeqa sopan. Berlagak tenang bila semua mata bertumpu padanya. Bukan nak perasan tapi dengan pakej lengkap yang dia ada, Rafeeqa mudah mencuri perhatian.

            Ketinggian 168cm dengan tubuh langsing.
            Square haircut dengan fringe diselak ke kiri.
            Wajah berbentuk bujur dengan kulit mengalahkan model SKII.
            Hidung separa mancung dan mata bundar yang berwarna hitam.

            Sesiapa pun yang pandang kali pertama pasti akan menoleh untuk kali kedua. Makhluk ciptaan Tuhan yang bernama Rafeeqa Huda memang cukup sempurna di mata. Belum lagi ditambah dengan fesyen up-to-date yang boleh buatkan orang tua geleng kepala dan orang muda terbeliak mata.
            Masuk ke dalam lift tadi, ada yang pandang dengan senyuman. Ada yang pandang dengan muka sinis. Laa..yang senyum ikhlas dia balas mesra. Yang pandang sinis semacam dia buat de’. Rafeeqa memang tak hairan kalau ke mana dia pergi mesti menjadi perhatian. Yang beri pandangan sinis tu sebab pakaian dia la kot. Skirt paras bawah lutut yang terbelah di paha dengan platform lima inci. Dipadankan pula denganblouse berwarna merah  bercorak polka dot.
Diva okey!
            “Boleh saya berjumpa dengan Encik Shahrizal?” tanya Rafeeqa mesra. Kalau ikut alamat yang Papa bagi pagi tadi, inilah pejabat Shahrizal.
            “Ada buat appointment dengan Encik Shahrizal tak?”
            Rafeeqa geleng kepala. Kes dia sekarang ni adalah kes main terjah pejabat suami. Shahrizal sengaja tak diberitahu tentang kedatangannya ke sini, saja nak bagi kejutan. Maklumlah, surprise homecoming khas untuk Shahrizal yang dah semakin menjauh daripadanya.
            “Tunggu kejap, saya tanya setiausaha Encik Shahrizal dulu. Nama cik siapa?”
            “Rafeeqa. Rafeeqa Huda.”
            Sementara menunggu Nurul berlalu entah ke mana, Rafeeqa memerhati sekeliling. Pejabat guaman Shahrizal boleh tahan besar. Berada di tingkat 15 Menara Satria. Walaupun ringkas sahaja, tapi cukup menarik. Gaya moden dan ringkas dengan dinding yang diwarnakan putih dan hitam macam tahi cicak tapi itulah citarasa Shahrizal.
            Bila namanya dipanggil, Rafeeqa berpaling.
             “Ikut sini, Cik Rafeeqa.”
            Gadis yang memakai tag nama Azura mendekat dan mempelawanya. Mungkin ini adalah setiausaha Azura. Rafeeqa membuat andaian sendiri di dalam hati.
            Rafeeqa mengikut langkah Azura ke bahagian paling hujung pejabat. Bila tubuh terpacak tegak di depan pintu, matanya tertacap pada nama yang tertera.

            SHAHRIZAL HAYRAT BIN SHAHRIMAN HAYRAT

            Panjang berjela nama encik suami. Degupan jantung Rafeeqa tiba-tiba berubah tempo. Rasa macam tak bersedia untuk berjumpa Shahrizal tapi rasa rindu dah sampai tahap kronik. Apa agaknya respons suami bila tengok muka dia yang teruja ni?
            A. Gembira.
            B. Marah.
            C. Mono.
Belum sempat Azura mengetuk pintu, pintu dikuak dari dalam. Saat itulah mata Rafeeqa dan Shahrizal bertaupan tanpa kedip. Lama.
            “Shah.” Rafeeqa senyum.
            “Rafeeqa.”
            Rafeeqa teruja tahap nak lompat bintang. Shahrizal yang dia rindu terpacak di depan mata.
            Baru Rafeeqa mahu mendekat untuk memeluk, Shahrizal sudah berlalu masuk semula. Riak wajah Shahrizal yang terkejut dikawal sebaik mungkin. Tak nak lah kalau Rafeeqa tahu yang dia teruja dalam diam walaupun hati tawar semacam.
            “Come in,” Shahrizal mempelawa.
           
            Get your answer darling?
            It’s etiher B or C.

            Rafeeqa terasa hati tapi ditepisnya jauh-jauh. Bila Azura sudah meminta diri, pintu bilik ditutup rapat. Rafeeqa mengambil tempat di sofa, Shahrizal pula mengambil tempat di hadapannya.
            “Ingatkan dah tak nak balik ke sini lagi.” Suara Shahrizal mono.
            Rafeeqa telan liur. Baru aje duduk dah kena ‘hentam’ cara halus.
Aura singa Shahrizal dirasai di seluruh ruang pejabat. Jangan terkam di sini sudah. Dia tak sedia lagi untuk kena hentam hidup-hidup dengan ayat-ayat ‘kejam’ Shahrizal yang dia tak sedia dengar. Mendengar nama manjanya ‘Fika’ yang sudah ditukar jadi nama penuh pun sudah cukup buat dia terasa hati.
            “How was your Bali trip?” Sengaja Rafeeqa mengubah topik. Sendiri kena fahamlah, suami sedang dalam sarcastic mode.
            Bukan dia tak tahu, Shahrizal sengaja melencong jauh dari luar liputan bila dia kembali ke tanah air. Tiba di KLIA beberapa hari yang lalu, hati hampa bila bukan Shahrizal yang menyambut ketibaannya. Kata Papa, Shahrizal pergi untuk merehatkan otak setelah habis perbicaraan kes berat di mahkamah.
Logik ke pergi Bali sorang-sorang hanya semata-mata untuk berehat tanpa menunggu dan mengajak isteri untuk turut serta? Yang dia faham, Shahrizal tak ubah macam nak mengelakkan diri daripadanya.
            “Bukan awak nak sambung Master kat sana terus ke?”
            Chewah! Menghalau nampak. Rafeeqa telan liur, kelat. Sekarang dah ketara sangat kepulangannya tidak membuatkan Shahrizal teruja.
            “I’m coming back for good, Shah,” jawab Rafeeqa tenang.
Nak sambung Master bla bla bla...itu plan dulu kala. Sekarang semuanya sudah berubah 360 darjah.
            Shahrizal mengukir senyuman sinis. Badannya disandarkan pada belakang sofa. Mata masih setia menatap wajah isteri. Rafeeqa masih sama seperti kali terakhir mereka berdua berjumpa tahun lepas. Tak ada banyak beza. Hati berbeza tak? Itu kena tanya empunya badan sendiri.
            “Awak balik dari Bali tak bagitau saya pun. I was waiting for your call,” Rafeeqa berterus-terang.
Ye la, harus terasa hati bila Daddymemaklumkan yang Shahrizal sudah balik dua hari yang lalu. Telefon dia tak, cari pun tak. Mama dan Papa di rumah pun dah bising. Terpaksa dia cover kata Shahrizal masih tak ada masa untuk menjemputnya pulang ke rumah mereka berdua.
            Shahrizal tarik nafas dalam dan mengatur duduknya. Malas nak cakap berbelit-belit, rasanya sekarang adalah masa yang sesuai untuk berterus terang dengan Rafeeqa. Matanya berlawan pandang dengan mata isteri.
            “Rafeeqa, listen. Let me make it clear.”
            Oh, okey. Rafeeqa dah tak senang duduk. Bersedia mendengar ayat seterusnya dari bibir Shahrizal.
            About what you asked me last time, is it about time for me to satisfy you?”
            Berkerut dahi Rafeeqa. Blur. Lagipun Shahrizal ni cakap separuh-separuh mana nak faham. Beberapa saat dia terdiam sebelum otak ligat berpusing mengingati setiap permintaannya pada suami.

            Shah, saya tetap nak study di Sunderland dengan Damia.-Dah tertunai.
            Shah, jangan lupa tapau kaya. Kat sini mahal.-Shahrizal sentiasa tunaikan setiap kali datang melawat di Sunderland.
            A trip to Italy, please.-Dah tertunai.
            Shah, pergi Korea jom.-Dah tertunai.
            Shah, buat swimming pool kat compound rumah.-Tak pasti sebab tak pergi ke rumah mereka berdua lagi sejak balik ke sini.

            Hmm...Maybe it’s a swimming pool. Rafeeqa meneka sendiri. Rasanya itu adalah permintaannya yang belum tertunai. Tatkala mahu mengukir senyum, sebaris ayatnya pada Shahrizal beberapa tahun lalu tiba-tiba muncul di benak fikiran.

            ‘Fine, dah bosan sangat then let me go.’

            Could it be that? Rafeeqa menatap wajah suami yang selamba. Oh my!
            “Shah.”
            “Rafeeqa, our marriage is getting worse and...”
            “Shah, awak jangan ambik hati boleh tak? Saya tak....”
            Tok! Tok!
            Ayat kedua-duanya terputus separuh jalan bila pintu diketuk dan dikuak dari luar.
            “Shah.”
            Dua-dua berpaling. Mata Rafeeqa jatuh pada susuk tubuh perempuan yang berdiri di depan pintu dengan senyuman lebar sebelum melangkah masuk ke dalam bilik pejabat.
            Siapa ni Shah?
            Dia nak apa?
            Tak sempat Rafeeqa bertanya bila lengannya ditarik Shahrizal lembut sebelum berbisik ke telinga isteri.
             “I’ll find you later. Tunggu kat rumah Mama. Saya ada hal.”
            Lidah Rafeeqa kelu. Lagi-lagi bila perempuan yang berbaju kurung berwarna hijau muda itu dengan selambanya melabuhkan punggung di atas kerusi Shahrizal di depan meja. Okey.
Firstly, She’s not your staff for sure.
Secondly, who on earth is she?

            LAMA Shahrizal duduk termenung. Seorang diri di dalam pejabat sambil menghadap tingkap kaca di depan mata. Jam sudah menginjak ke pukul 6 petang tapi dia masih bertapa di sini. Tadi Azwan mengajaknya untuk bermain tennis macam biasa. Tapi di dalam mood yang tengahon off, malas nak melayan sukan kegemarannya itu.
            Fikiran kini sedang berserabut dengan nama isteri, Rafeeqa Huda. Setahun tidak bertemu, Rafeeqa masih tampak sama. Cuma gaya rambut saja yang sudah berubah menjadi pendek. Tipulah kalau dia kata yang dia tak rindukan isteri. Melihat Rafeeqa di depan mata dia rasa macam nak terkam dan peluk depan-depan. Tapi ego melebihi segalanya. Niat di hati tak diambil kira.
            Dia sendiri pun tak sangka Rafeeqa mencarinya hingga ke pejabat. Kiranya permulaan drama juga bila Husna tiba-tiba muncul di antara mereka berdua.

            ‘Jadi itulah Rafeeqa.’
            ‘Ya. Just came back few days ago.’
            ‘Shah tak bagitau Husna pun yang dia nak balik.’
            ‘Tak penting untuk Husna pun.’
            ‘Nanti jangan tak bagitau Rafeeqa pulak. Janji tetap janji.’

            Perbualannya dengan Husna masih terngiang-ngiang di telinga. Senang berjanji pada Husna, tapi payah nak berterus-terang dengan Rafeeqa. Itulah masalah utamanya sekarang ini.
            Shahrizal bangun dan mencapai briefcase di atas meja. Nasihat Azwan amatlah tak diperlukan saat ini. Bercakap di telefon tadi pun rasa macam nak hempuk kepala teman baiknya itu.

            ‘Awal-awal lagi aku dah cakap. Jangan main kayu tiga kau tak dengar.’
            ‘Ini bukan kayu tigalah, Wan.’
            ‘Habis tu kayu chopstick?’

            Kalau setakat nak provoke pergaduhan di antara mereka berdua, lebih baik dia mengalah. Bukan dia tak tahu yang Azwan sentiasa menangkan Rafeeqa. Semua salah Rafeeqa Azwan buat-buat tak tahu. Itu ke kawan baik?
            Masuk saja ke dalam lift, sempat Shahrizal menelefon Rafeeqa untuk memaklumkan tentang kedatangannya ke rumah mertua. Nanti nak singgah sekejap di Secret Recipe, Rafeeqa pesan minta belikan chicken curry puff. Demanding pula Rafeeqa. Beli saja karipap yang dijual di pasar malam tak boleh ke.

            RAFEEQA duduk bertinggung di tepi kolam ikan Mama. Bibir mengukir senyum. Ngeee...Shahrizal kata nak datang. Dia dah sediakan bagasi besarnya yang masih belum dibuka sejak hari pertama balik tempoh hari. Rindu rasanya nak bertapa di rumah mereka berdua.
            “Pak Atan, tak balik lagi ke? Dah lewat dah ni,” tanya Rafeeqa ramah pada tukang kebun yang sedang sibuk mengalihkan pasu bunga Mama. Kasihan juga melihat Pak Atan. Dah tua-tua pun masih bekerja.
            “Kejap lagi, Fika. Lagipun Badrul tak datang lagi.”
             Badrul, anak lelaki Pak Atan yang baru tamat belajar kini bekerja di syarikat Papa. Keluarganya dan keluarga Pak Atan sangat rapat, bagaikan tiada jurang di antara majikan dan pekerja.
            “Sejak bila Mama suka ikan emas, Pak Atan?” Mata Rafeeqa beralih pada kolam ikan Mama.
Lebih kurang ada sepuluh ikan emas di dalam kolam, semuanya besar-besar belaka. Setahu Rafeeqa Mama tak minat ikan. Susah nak jaga kata Mama. Nak bersihkan pun satu hal. Akuarium yang diletakkan Papa di sudut ruang rehat dulu pun Mama tak setuju. Berbaulah. Semaklah. Ala, kalau rajin menjaga cantik lah akuarium tu.
“Baru-baru aje, Fika. Dah tak minat bunga, sekarang minat ikan pulak.”
“Lepas ni minat apa entah.”
Pak Atan tergelak. Puan Zakiah memang begitu. Minat yang banyak dan sentiasa berubah-ubah.
Panjang leher Rafeeqa bila kereta memasuki garaj. Sedikit terkejut bila dilihatnya Shahrizal yang keluar. Sangkanya anak Pak Atan. Bukan dulu kereta Shahrizal lain ke?
“Sejak bila tukar kereta?” tanya Rafeeqa bila Shahrizal sudah mendekat. Sempat suaminya itu bersalam dengan Pak Atan.
Nak minta kena cium di pipi macam biasa, malu pula. Kot Shahrizal buat tak layan confirm dia rendam muka di dalam kolam ikan Mama.
“Not long ago.”
“Then what happened to your Camel?” Nama timangan Camry Shahrizal itu Rafeeqa yang bagi.
Kepalanya  masih lagi terteleng-teleng melihat kereta Shahrizal, cuba untuk mengenal pasti jenama. Bahagian hadapan kereta tak nampak sangat, terlindung di sebalik tiang besar rumah.
Soalan Rafeeqa tak berjawab. Huluran plastik Secret Recipe yang dihulurkan suami disambut. Dah lama tak merasa chicken curry puffkegemaran. Sementara masih belum bekerja ini nanti nak minta ajar Mama buat karipap.
“Lepas ni tukar Lambo pulak,” Rafeeqa tayang senyum.
“Ingat cari duit macam petik daun dari pokok ke?”
Senyuman Rafeeqa mati, spontan mulut comelnya mencebik. Sejak bila tak pandai makan lawak, Shah?
“Malam ni balik dengan saya tak?”
Rafeeqa mengangguk. Karipap dikunyah perlahan. Malu pula tiba-tiba bila wajahnya dijamah mata Shahrizal. Dah lama tak berjumpa dan ditambah pula dengan layanan Shahrizal yang sudah 360 darjah berbeza, rasa kekok mula wujud di antara mereka berdua.
“Kalau gitu malam sikit baru saya datang ambik awak. Saya ada hal kejap,” sambung Shahrizal.
Jam di tangan dikerling Shahrizal, sudah hampir pukul 7 petang. Malam ni dah berjanji nak keluar makan malam dengan Husna.  Nak tinggalkan Rafeeqa seorang diri di rumah mereka berdua nanti, risau pulak.
Dinner sini tak?”
“Tak.”
Wajah Rafeeqa sedikit berubah. Karipap yang tadi sedap rasa berpasir di dalam tekak. Aura Shahrizal sekarang bukan lagi aura yang dulu, yang manja dan penyayang. Shahrizal di hadapannya ini sudah betul-betul berubah. Kalau dulu main sedap saja peluk tubuh tegap Shahrizal, tapi sekarang tak lagi.

As the time pass by, people change dear Rafeeqa.

Shahrizal mengatur duduk. Mata masih menatap wajah Rafeeqa. Hujung bibir Rafeeqa yang comot dibersihkan dengan ibu jarinya.
Nak bagitau ke tak?
Lagi awal lagi bagus.
“There’s something I need to tell you, Rafeeqa.” Shahrizal berlagak tenang walau di dalam hati berkocak hebat.
Rafeeqa mengangkat muka, memandang wajah suami. Di dalam hati dah dapat mengagak, ni mesti pasal ayat keramat Shahrizal pagi tadi.‘It is about time for me to satisfy you’.
“Apa dia?”
Shahrizal tarik nafas dalam. Cuba mencari kekuatan untuk berterus terang dengan Rafeeqa. Rafeeqa terima ke tak, belakang kira. Mengaku depan-depan adalah lebih baik daripada sembunyi belakang-belakang seperti yang dia lakukan sepanjang setahun kebelakangan ini. Lagipun Rafeeqa macam dapat mengagak.
“Your instinct was right. There is someone else besides you.”
Oh my!
Karipap yang masih tinggal separuh terjatuh dari tangan Rafeeqa. Membulat matanya berlawan dengan panahan mata Shahrizal. Rasa macam nak terjun ke dalam laut. Rasa macam nak lari ke gunung tinggi.

Was it just a prank?

Hakikatnya, inilah realiti dan membuatkan hati Rafeeqa terhiris dengan kata-kata Shahrizal. Segala tekaannya benar belaka.
Kenapa Shahrizal tak pernah lagi menjenguknya di Sunderland sejak tahun lepas?
Kenapa Shahrizal buat tak layan setiap kali dia bertelefon?
There is someone between us.
Rafeeqa bangun mahu berlalu masuk, kalau boleh dia tak nak Shahrizal menyambung kata. Pedih! Otak sudah mula mencerna senario terburuk.

Adakah dia akan ditinggalkan?
Adakah dia akan dimadukan?
Oh no!

“Rafeeqa. Rafeeqa.”
Itulah panggilan terakhir yang menerjah telinga Rafeeqa sebelum pandangannya kabur dan akhirnya gelap.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2018 04:13 PM | Show all posts
Iklan JBC.

  


  



BTS




  


Sejuk sket hati tgk video ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 04:13 PM | Show all posts
  


  


  


  


  





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2018 04:15 PM | Show all posts
  



  



  





  


  


  


  


  


  


  


  


  


  


  


sedikit teaser JBC.

  


Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 04:44 PM | Show all posts
Kfsyaaa replied at 7-8-2018 03:59 PM
Dah episode last pun shah still dengan dia punya confuse

untuk episod last ni aku mengelak tgk teaser. setakat ni, aku tertgk satu je. yg syazwi basuh Shah tu. seb baik yg tertgk tu xde Fika. sbb aku nak menikmati lakonan Ira as Fika buat kali terakhir dgn sepuas hati tanpa spoiler. mesti lps ni rindu Fika. W/pun ada Damia Sofea tp dia x manja mcm Fika....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 04:54 PM | Show all posts

ok ni kelakar. Husna & Shah sampai ke sudah nak bakar line mintak dibenci. Fika mcm terpaksa stick to skrip padahal Ira pun x nak kat Shah tu. Nek Pah kelakar hahahaha. Part last Ira dtg kat diorng dan2 je Fizi panggil dia baby lol.

teringat plak kat konti pagi tadi Ira pun sporting je buat iklan psl dia belum pernah kawin. sebut smpai dua kali pastu kena bahan hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
jajamis replied at 7-8-2018 04:00 PM
Apa cite pagi tadi still curious ni

Tu ha sr dok nyakat ira je psl kwen
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
monitor4 replied at 7-8-2018 04:44 PM
untuk episod last ni aku mengelak tgk teaser. setakat ni, aku tertgk satu je. yg syazwi basuh Shah ...

Masa kena basuh dgn sawi pun shah still blur adoyaiii husna dala makin gila
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kfsyaaa replied at 7-8-2018 04:58 PM
Tu ha sr dok nyakat ira je psl kwen

Oh yg tu..sr mcm tahu something psl ira yg kita semua x tahu..

Part 12:18 saharul usik ira
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
eddlisa_uyuk replied at 7-8-2018 11:14 AM
team husna ke
team fika ke


Masalahnya, ada ke org yg geng dengan husna ni...hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2018 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
jajamis replied at 7-8-2018 05:14 PM
Oh yg tu..sr mcm tahu something psl ira yg kita semua x tahu..
Part 12:18 saharul usik ira

Aku rasa SR saja je usik psl gosip dgn pendek yg Ira dah clear kan itu. Aku percaya dgn firasat hatiku yg Ira masih single. Org cantik, hot, nama tgh naik ni ntah2 bukan pendek sorang je yg tgh approach dia. Mana tau Ira tgh buat pilihan/shopping pelan2 psl bf ni lol
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
nak ending fika & shazwi tak suka shah!
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 06:39 PM | Show all posts
hihi. dah la si pendek tu 'sekampung' ngan sr kan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2018 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat igtv drama sgt Ira & SR nyanyi lagu sampai bila. Ira siap buat head banging hahahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.179702 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list