CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4515|Reply: 2

EDISI TERENGGANU : 3 pelajar sertai The 13th International Standards Olympiad di

[Copy link]
Post time 8-8-2018 05:26 AM | Show all posts |Read mode
Edited by cmf_BeachBoys at 8-8-2018 05:28 AM

                     

HULU TERENGGANU 7 Ogos  -  Tiga pelajar Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (Sahut) memahat sejarah mewakili Malaysia dalam pertandingan penulisan esei The 13th International Standards Olym­piad yang akan berlangsung di Yongin, Korea Selatan bermula esok.

Tiga pelajar tersebut terdiri daripada Nik Nurasilah Nik Aziz, Najah Bahrin Shah dan Muhammad Amar Haqim Ramli dengan masing-masing berusia 15 tahun bakal diuji dalam pertandingan berlangsung selama tiga hari bersaing dengan pelajar-pelajar daripada negara-negara maju.

Pelajar tersebut dipilih ke Korea Selatan selepas cemerlang menduduki tempat pertama dalam saringan penulisan esei mengenai keselamatan di lapangan terbang yang dianjurkan oleh Jabatan Standard Malaysia (Standard Malaysia).

Pencapaian tersebut bakal melonjakkan nama Sahut di persada antarabangsa selain mengharumkan nama Malaysia.

Guru pembimbing, Ahmad Ridhuan Azman berkata, program yang dijalankan di peringkat negara dan antarabangsa itu bagi meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai kepenggunaan standard terutama dalam kegiatan industri dan kepentingannya.

“Dalam erti kata lain, ia memberi peluang kepada pelajar untuk mereka cipta sesuatu inovasi yang mampu digunakan secara global dan menyeluruh.

“Penyertaan bagi pertandi­ngan ini ditaja oleh pihak Korean Agency For Technology and Standards (KATS) yang me­ngelolakan pertandingan ini di peringkat antarabangsa mulai 2015,” katanya di sini yang turut dihadiri Pengetua Sahut, Mohd. Khairi Muda.

Pertandingan bertujuan memupuk kesedaran meluas di ka­langan pelajar peringkat menengah di seluruh dunia dunia mengenai standard dan sumbangan terhadap kehidupan yang lebih selesa dan selamat.

Salah seorang peserta, Najah ketika ditemui semalam menyatakan rasa teruja untuk berlepas ke Korea Selatan mewakili negara dan telah bersiap untuk menghadapi persaingan.

“Bagi saya, kejayaan ini bukan sahaja membawa nama Malaysia malah negeri dan sekolah ke persada lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, tiga lagi pelajar sekolah itu juga turut terpilih mewakili negara ke program Kennedy Lugar Youth Exchange and Study di Amerika Syarikat (AS) awal Januari tahun depan.

Mereka terdiri daripada Alia Shahirah Shamsuddin, Che Ku Nur Umairah Che Ku Mohd. Marzuki dan Abdul Musdalif Mohd. Bukhori.
        
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/terengganu/sahut-harumkan-negara-1.724657

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2018 07:25 AM | Show all posts
hebat2 student terengganu skrg..aritu geng besut juara pertandingan nuklear
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 11:57 AM | Show all posts
teruskan usaha!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.063283 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list