CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11785|Reply: 60

[Tempatan] Pemuda diperas ugut dengan video bogel sendiri. Pemuda klaim rakam video bogel

 Close [Copy link]
Post time 8-8-2018 09:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 8-8-2018 01:45 AM

Rakam video bogel akibat dipukau 'wanita cantik'

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/08/07/dipukau-kenalan-instagram/


Diterbitkan: Selasa, 7 Ogos 2018 8:55 PM


Mangsa merayu agar rakan-rakannya tidak menonton aksi video lucah dirinya yang berlaku akibat dipukau.

PETALING JAYA: Siapa sangka perbuatan berbalas pesanan dengan seorang 'wanita cantik' telah bertukar mimpi ngeri apabila si pemuda mendakwa dirinya dipukau hingga melakukan perbuatan tidak senonoh.

Kejadian itu berlaku apabila pemuda tersebut tanpa berfikir panjang telah memberikan nombor telefon kepada wanita yang tidak dikenali selepas saling berbalas pesanan menerusi aplikasi Instagram.

Sejurus nombor telefon diberikan, pemuda terbabit menerima panggilan daripada wanita tersebut dan mendakwa dirinya dalam keadaan tidak sedar selepas menjawab panggilan itu.

Insiden yang diceritakan semula oleh rakannya, Amirul Aiman Amran itu tular di Twitter pada Jumaat lalu.

"Bila tersedar, dia dalam keadaan berbogel dalam bilik (air) dah. Dia pun tak tahu kenapa.

"Dia tersedar dari pukau tu pun sebab mak dia gegar pintu bilik air kerana dia ada lama sangat dalam (bilik air) dan tak buka air pun," tulis Amirul Amran menerusi posting tersebut.


Akaun Instagram 'wanita cantik' yang didakwa digunakan untuk  mendekati mangsa.

Tidak lama selepas itu, mangsa menerima pautan video daripada aplikasi WhatsApp yang menunjukkan dirinya dalam keadaan tanpa seurat benang di dalam bilik air tersebut.

Kenalan baharu pemuda itu yang dikatakan 'wanita cantik' itu rupa-rupanya seorang lelaki yang cuba memeras ugut mangsa supaya membayar sejumlah wang, jika tidak memenuhi tuntutan itu video aksi tidak senonoh pemuda itu akan disebarkan.

"Rakan saya terus pergi buat laporan polis, (tetapi) polis pun tak boleh nak buat apa-apa lagi sebab masih belum ada unsur jenayah.

"Polis minta rakan saya ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tanya bagaimana nak selesaikan kes ni," jelas Amirul Amran.

Menurut pemuda yang juga pemain bola sepak PJ Rangers FC itu, rakannya enggan menuruti permintaan lelaki yang memukaunya itu untuk menyerahkan wang sebanyak RM1,000 walaupun diugut berulang kali.

Kata Amirul Amran, tindakannya menceritakan mengenai kejadian itu adalah untuk memberi peringatan kepada orang awam agar sentiasa berhati-hati dan mengelak daripada terkena dengan taktik licik scammer seperti itu.


Pautan video dan pesanan berbaur ugutan yang dihantar oleh scammer kepada mangsa.

Usaha mStar Online untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung insiden itu daripada pemain berusia 22 tahun berkenaan belum berhasil.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Fauziah Mohd. Saad berkata, kejadian pukau menerusi panggilan telefon memang boleh berlaku sekiranya ia melibatkan unsur-unsur sihir.

"Dalam psikologi, tiada istilah pukau tetapi hipnosis digunakan dalam keadaan separa sedar untuk mencungkil kenangan dan menjalankan proses intervensi.

"Pukau ni kalau pakai sihir memang boleh berlaku. Jadi, elakkan menjawab panggilan daripada nombor tidak dikenali agar perkara seperti ini tidak berlaku," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa untuk mengulas mengenai insiden tersebut.

Tambah beliau, agak sukar untuk tidak menjawab langsung panggilan daripada nombor asing, namun pengguna telefon bimbit boleh menghantar khidmat pesanan ringkas kepada pemanggil untuk bertanya siapa gerangannya dan niat untuk menghubungi.

Menurut Fauziah, kes pukau seperti itu sering terjadi dan ramai orang tidak mempercayainya kerana tidak mengalaminya sendiri.

"Scammer ini sangat licik dan pakar memanipulasi minda mangsa dengan menggunakan ayat-ayat manis.

"Sebagai pengguna, anda haruslah bijak melindungi diri dan jangan buka 'pintu gerbang' kepada orang luar untuk mengambil kesempatan ke atas diri anda," jelasnya.

Bebenang penuh mengenai kejadian pukau yang menimpa rakan Amirul Aiman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2018 09:56 AM | Show all posts
so pukau melalui talian ke caner ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 09:58 AM | Show all posts
semoga menjadi pengajaran..

***e tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 10:04 AM | Show all posts
pukau la sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama kes syafiq kyle ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 10:14 AM | Show all posts
hahah....padahal nafsu sendiri....PUKAU pula jadi mangsa....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2018 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti capik ckp kt family dia kne pukau gak
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 10:31 AM | Show all posts
Aiii suara nigerr pun bole t erpukau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2018 10:34 AM | Show all posts
Pukau konon..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 10:34 AM | Show all posts
nigga ke? voodoo lah kalau nigga bukan pukau.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 10:46 AM | Show all posts
ak syak dia terpukau ngn perempuan acah2 cantik. pdhal wat cter kena pukau.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Pukau lah sgt
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 11:07 AM | Show all posts
pukau mung pukauu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 11:11 AM | Show all posts
aiyooo jangan la camtu
sendiri bogel & vc
salahkan pukau pulak
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 11:15 AM | Show all posts
so sahih ke xsahih ni boleh pukau melalui fon?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
tak kisah la pukau ke idok, masalahnya helok ke tidak helok? bakalan menjadi jamuan supper sistur @Changa atau sis @Bedah.Cun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2018 12:05 PM | Show all posts
hahaah bogel tu aku percaya..pukau tu macam ajinomoto nak cover sbb dah terbogel nak web sex ke apa ntah bebudak skrg ni suka buat
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuh lah kau percaya sangat internet.laki boleh jadi perempuan.perempuan pun boleh jadi laki tau.hah la ni lelaki jadi wanita cantik pulak
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 01:00 PM | Show all posts
nasib lah ko nak
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia mintak RM1000 je? Sikitnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.510718 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list