Masih lagi dengan isu Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT) yang tidak berkesudahan, nampaknya satu persatu sikap keterbukaan golongan ini perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia. Namun, isu kali ini ditimbulkan oleh mereka yang menjadi penyokong komuniti ini iaitu Alicia Amin, peserta Asia Next Top Model 5.
Dalam Tweetnya yang menimbulkan kemarahan ramai netizen, kerana dia seolah-olah menyokong golongan LGBT menderma darah dengan cara menipu status mereka sendiri.
Kredit foto: Twitter
Biarpun Alicia kemudiannya meminta maaf kerana Tweetnya di salah erti, namun dia menggunakan perkataan boleh menderma darah bukannya wajib berbuat demikian. Namun, ia tetap menimbulkan kemarahan netizen kerana Alicia mendorong LGBT menderma darah dengan cara menipu.
"Sedangkan nak beli baju pun kita nak yang bersih, ini kan pula darah yang memasuki badan."
Ya! Jika Alicia menyokong komuniti ini sekalipun, jangan mendorong mereka ke arah yang lebih menyusahkan.
Kredit foto: Google
"Jangan jadi bodoh! Orang yang kendalikan proses derma darah pun boleh terkena HIV ini."
Kredit foto: Google
Hingga ada netizen yang meminta nasihat daripada doktor di Twitter.
Selepas isu pondan masuk surau perempuan dan bilik air, nampaknya golongan LGBT ini tidak bersendirian, mereka disokong oleh puak liberal yang mahukan pelbagai hak asasi mereka diperjuangkan.
Namun, isu derma darah dengan menipu status sangat berbahaya bagi orang yang menerima darah tersebut. Fahaman songsang seperti ini perlu dibanteras dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersatu bagi mengekang permintaan mengarut ini dari tersebar luas hingga menyusahkan generasi akan datang. - CARI
|