CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1892|Reply: 7

LeBron James Buka Sekolah 'Percuma' Untuk Kanak-kanak Tidak Berkemampuan

[Copy link]
Post time 8-8-2018 03:35 PM | Show all posts |Read mode
Atlet bola keranjang dunia LeBron James yang telah memenangi pelbagai anugerah termasuk beberapa trofi NBA, MPV dan juga pingat emas Olimpik menggemparkan dunia apabila mengumumkan perpindahannya dari kelab Cleveland ke LA Lakers dengan yuran sebanyak USD154 juta (RM626 juta), bulan lalu.


Pasti anda tertanya-tanya apakah yang dilakukan bintang kelahiran Akron, Ohio ini dengan duit sebanyak itu.




Kredit Foto: IG LeBron James




Persoalan itu terjawab apabila hari ini, Lebron mengumumkan pembukaan sekolah miliknya, I Promise School di daerah kelahirannya sendiri khas untuk kanak-kanak yang tidak berkemampuan.


Uniknya, sekolah ini menjanjikan pendidikan, uniform, makanan, pengangkutan dan basikal percuma kepada semua anak muridnya. Selain itu, sekolah ini juga memberikan biasiswa kepada semua pelajarnya yang berjaya menyambung pelajaran ke Universiti Akron.


Bagi keluarga yang tidak berkemampuan, sekolah LeBron berjanji akan memberikan bantuan mencari peluang pekerjaan untuk ibu bapa pelajar.




Kredit Foto: LA Times



"Ia sangat bermakna buat saya. Saya rasakan inilah pencapaian terbesar kerana ia bukan milik saya seorang, tetapi semua pasukan, organisasi dan pihak perbandaran yang menyokong saya," katanya kepada AP.




Kredit Foto: LA Times




LeBron mengimbau suka-duka zaman kanak-kanak bersama ibunya di mana hidup mereka sangat susah ketika itu dan terpaksa berpindah randah akibat kemiskinan. Hanya belas ehsan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang mengubah nasib LeBron sehingga berjaya kini.



Kredit Foto: LA Times




Kini, LeBron bertekad untuk membalas jasa semua pihak dengan membuka sekolah percuma ini khas untuk kanak-kanak yang senasib dengannya dahulu.


Syabas, LeBron! Kejayaan dan kesenangan dikongsi dengan semua orang, bukan semua orang mampu melakukannya. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2018 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan jadi pusat memedo, udah
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2018 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey: Jangan jadi pusat memedo, udah


Betul tu mcm kes haiti tu yeye politicians, celebrities kempen konon nk bantu minta derma sana sinun ujung2 abis diseludup nye manga bebudak haiti utk jual kt kroni pedo. Nasib baik kantoi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2018 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu minta derma orang ramai utk buat sekolah,apatah lagi minta murid jual kismis.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2018 12:41 PM | Show all posts
Edited by manjalara_01 at 9-8-2018 12:44 PM
chazey replied at 8-8-2018 03:36 PM
Jangan jadi pusat memedo, udah

berita lame...tp mungkin ramai yg x tahu...
https://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/africaandindianocean/southafrica/5082517/Oprah-Winfrey-school-in-South-Africa-faces-second-sex-scandal.html

music video lame..tp mungkin ade yg x tahu..

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2018 01:53 PM | Show all posts
good deed, indeed!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2018 11:40 AM | Show all posts
Bagus betul..duit banyak2 buat amal jariah
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2018 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah bagus dia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.107173 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list