Sekali lagi laman sosial Twitter menjadi platform untuk meraih perhatian pihak tertentu, dilakukan oleh segelintir individu yang berasa diri mereka teraniaya. Jika sebelum ini pelajar berbangsa Cina mengadu, kali ini pelajar berbangsa India pula menyatakan kekesalannya tidak dapat memasuki jurusan perubatan. Apa yang lebih memualkan, segala luahan perasaan tersebut ditujukan kepada Menteri Pendidikan, Dr.Maszlee Malik.
Hal ini menimbulkan kemarahan netizen kerana tidak sepatutnya segala aduan di Twitter di layani. Tidak semestinya hanya pelajar tersebut sahaja yang mendapat keputusan cemerlang. Ini kerana ramai yang bijak sekarang menyebabkan pelbagai kriteria harus diambil kira, bukannya permainan 'rasis' semata-mata.
Foto : Twitter
Ia berdasarkan tulisan pelajar berkenaan iaitu Narrisma yang tular di Twitter hingga mendapat respon daripada ramai pihak.
Kredit foto: Twitter
Setelah tulisan yang panjang lebar mengenai kekecewaanya tidak mendapat tawaran tersebut, ramai netizen yang tidak memahami relevannya menyebut nama Menteri Pendidikan. Adakah kerana agenda peribadi?
Malahan, pelajar terbabit sendiri menyatakan yang dia sebenarnya gagal dalam temuduga, jadi apa sebenarnya yang dia mahu?
Kredit foto: Google
"Jangan salahkan sistem. Sekarang semua pelajar pandai-pandai."
"Dia ingat Menteri tu abah dia ke? Gagal Interview, minta tolong kabel."
Tidak dinafikan, masalah yang diadukan di Twitter yang kemudiannya tular akan mendapat lebih perhatian daripada pihak berkuasa. Akhirnya mereka yang mengadu ini akan mendapat apa yang diidamkan (walaupun tidak kesemuanya).
Namun ini tidak adil kepada mereka yang menghadapi masalah sama tetapi tidak mendapat respon Menteri hanya kerana isu mereka tidak dicanang di media sosial. Jadi, ikutlah saluran yang betul jika mahu mendapat apa yang dicitakan. Jika gagal setelah berusaha, mungkin ada yang kurang dimana-mana, perbaikinya. Jangan menggunakan unsur-unsur rasis kerana ia hanya akan menyemarakkan lagi sentimen perkauman. Apa yang lebih penting perbaiki diri sendiri dan terima kenyataan. - CARI
|