Kisah cinta penyanyi terkenal Taylor Swift memang sentiasa menjadi tumpuan. Entah badi apa yang menimpa, Taylor sentiasa dirundung malang dalam percintaannya.
Terbaru, Taylor dikatakan sedang hangat memadu asmara dengan Joe Alwyn, seorang pelakon muda yang berasal dari England. Mereka sudah kenal lama tetapi mula rapat pada Mei 2017 di Los Angeles, ketika Taylor menghadiri tayangan perdana filem lakonan Joe 'Long Halftime Walk'. Ketika itu Taylor baru putus cinta dengan pelakon Tom Hiddleston.
Kredit Foto: RadarOnline.com
Bagaimanapun, spekulasi terbaru menyatakan hubungan cinta terbaru Taylor ini juga bakal diancam oleh faktor kesibukan.
Menurut Variety.com, Taylor baru menerima tawaran untuk membintangi sebuah filem berjudul 'Cat' adaptasi daripada teater muzikal karya Andrew Lloyd Webber. Selain Taylor, turut bakal membintangi filem ini termasuklah Jennifer Hudson, James Corden dan Ian McKellen.
Jadual penggambaran dikatakan sangat padat sehingga mengundang pertanyaan: 'Adakah kisah cinta Taylor dan Joe bakal ditimpa nasib yang sama seperti kisah cinta lampaunya'?
Kredit Foto: Youtube FAB Celebrity
Barisan teman lelaki Taylor sangat panjang; Joe Jonas, Calvin Harris, Harry Styles, Tom Hiddleston, Jake Gyllenhaal, John Mayer, Taylor Lutner, Connor Kennedy. Selain faktor kecurangan, punca utama hampir kesemua hubungan ini berkecai disebabkan kesibukan Taylor sendiri.
Kredit Foto: Getty Images
Istimewanya gambar Taylor bersama dengan Joe jarang dipamerkan di media. Malah Taylor sendiri cuba mengelakkan daripada dilihat berdua-duaan dengan Joe di tempat awam, tidak seperti hubungannya sebelum ini. Adakah ini bermakna Taylor ingin menghantar mesej bahawa hubungan ini paling bermakna baginya?
Hanya masa yang bakal menentukan. -CARI |