Sumber Foto: Wales Online
Ini adalah Gwilym Pugh yang berasal dari London. 12 tahun dahulu (2006), dia merupakan seorang broker insurans. Ketika itu, dia tidak gembira dengan kualiti kehidupan yang dilaluinya. Siapa sangka nasibnya berubah setelah mendengar nasihat tukang gunting rambutnya!
Memetik INSIDER, Pugh yang merasakan kualiti hidupnya merosot hari demi hari, tekad untuk meningkatkan tahap kesihatannya. Pugh mula mengamalkan diet pemakanan yang lebih sihat, mengira langkahnya dan melakukan senaman 'fasted cardio' setiap pagi. Ini menyebabkan berat badannya mulai turun.
Tapi tunggu, tak habis lagi! Seterusnya, minat kepada musik membuatkan beliau menyertai sebuah kumpulan muzik bersama rakan-rakan.
Menyedari perubahan Pugh yang mula kelihatan, seorang tukang gunting rambut yang sering dikunjungi beliau mengatakan kepadanya bahawa berjambang amat menepati imej seorang pemain gitar.
Merasakan bahawa memiliki jambang berwarna perang kemerahan (ginger) merupakan sesuatu yang lucu, Pugh memutuskan untuk mengikut saranan tukang gunting rambut tersebut.
Ternyata, tindakan beliau memberikan hasil yang tidak disangka! Beliau menggunakan Instagram untuk berkongsi proses pertumbuhan jambangnya. Tanpa disangka-sangka, imej berkenaan berjaya menarik perhatian beberapa jurufoto.
Sumber Foto: Instagram Gwilym Pugh
Meskipun pada mulanya berasa kurang selesa, Pugh akhirnya menerima tawaran untuk menjadi seorang model. Kerjayanya bermula dengan kemunculannya dalam buku berjudul “100 Beards” dan “Red Hot”.
Bukan itu sahaja, kemuncaknya Pugh telah didekati oleh sebuah agensi model di London, AMCK ketika sedang membeli-belah. Sejak itu, namanya mula melonjak naik di persada fesyen.
Pugh mula menerima tugas di atas pentas peragaan. Wajah tampannya pula muncul di majalah fesyen antarabangsa seperti GQ.
Sumber Foto: Instagram Gwilym Pugh
Berbeza sungguh penampilan pemuda ini! Kini, Pugh telah menjadi duta kepada House 999 yang dimiliki oleh David Beckham. Hidupnya berubah gara-gara jambang yang disimpannya itu!
Sumber Foto: Instagram Gwilym Pugh
Untuk mengikuti perkembangan pemuda ini, Pugh boleh didekati melalui akaun Instagram beliau, gwilymcpugh. Beliau juga memiliki laman sesawang profesional sendiri.
Sumber Foto: Instagram Gwilym Pugh
Sumber Foto: Instagram Gwilym Pugh
Kepada pemuda di luar sana, adakah anda pernah mempertimbangkan saranan tukang gunting rambut dengan serius? Siapa tahu, saranannya mungkin boleh mengubah nasib anda pula? - CARI |