CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Illayana

Pengalaman mistik semasa membesar

  [Copy link]
 Author| Post time 15-8-2018 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Selain suka dgr cerita serams, sy jugak suka camping. First time sy camping ms sy darjah 5, kt padang sekolah je. Jadikla ms tu. Hehe.. Siang hr murid2 semua dh dibahagikan dlm kumpulan masing2 dan diarahkan psg khemah waktu pg. Ptg br perkhemahan bermula scr rasminya. Sbb blk sekolah pukul 1 br ambil beg baju dan dtg semula utk perasmian perkhemahan pukul 2 ptg. Hari pertama jatuh pada hari khamis. Sbb ni perkhemahan pertama sy, sy mmg semangatla siap bwk Lantern torch lg. Tak main la bwk torchlight kecik2. Hehe

Oleh kerana padang sekolah cuma tepi jalan besar dan sekolah ni dlm area bandar je, jd elemen seram tu kurang. Tp feeling dlm hutan jugak sbb padang ni byk pokok2 besar yg sgt tinggi. Separuh kwns padang mmg penuh dgn pokok2 ni dan separuh lg mmg padang bola yg luas. Jd khemah didirikan dikawasan yg byk pokok sbb sejuk esp tghr. Kalau tak, mau kena heat stroke semua. Hehe

Cuma spoil nye bila mlm tiba. Sbb? Wpn parents diingatkan supaya jgn dtg melawat anak2, ye la, nk bg feeling skit berkhemah, lgpn semua cikgu ada berkhemah sama sbb cikgu la chef utama kami, tp mlm pertama tu berduyun2 parents dtg jenguk anak. Hantar nasik la, jajan la, kfc la. Mcm pesta la pulak. Mmg tak seram langsung. Hehe

Siang hari tu, group sy yg terdiri drpd 5 org termasuk sy, dh pilih spot siap2 dkt dgn kaki pokok besar sbb nk spot yg redup. Hot spot, berebut jugak la dgn group lain. Semua nk tempat kena byg waktu siang. Spot khemah kami ni keblkg skit, kira dpn, kiri dan blkg khemah kami takde khemah. Mlm tu sy borak2 la dgn kwn baik sy, D. Kwn yg lain, E keluar sbb mak dgb abg dia dtg hantar mknn, F dan G keluar borak2 dgn kwn baik diorg kt khemah lain. Dh lama borak, dlm pukul 10 gitu, sy pn jenguk keluar khemah tgk scenery yg mcm pesta tu. Kejap2 ada kwn lain yg lalu dan tegur. D dh start baring2 nk tdo.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2018 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Parents sy mmg tak dtg sbb awal2 lg sy dh ckp jgn dtg Sambil tgk org lalu lalang, sy pn keluarkanlah lantern torch yg gabak tu nk test wpn tiada keperluan. Saja fefeeling camping tempat gelap wpn hakikatnya lampu jln dgn lampu spotlight menerangi padang kami. Tp sbb khemah sy ni dkt dgn pokok besar, cahaya spotlight mmg terhalang la skit. Khemah sy agak gelap. Jd, sy pn mula suluh keliling, suluh kwn2 yg duduk luar khemah, suluh khemah org lain, siap diorg jerit lg ckp sapa main torchlight. Haha

Lps tu sy pn dongak ke atas dan start suluh langit. Cahaya lantern torch ni mmg terang seronok sbb dia suluh jauh. Sambil2 tgk cahaya lampu sampai mana, sy suluh sekali pokok2 sekeliling. Benarla apa yg di nasihatkan, bila camping, jgn duk gatal suluh merata. Sambil baring cr mood tdo, D tnye, Yana, buat ape tu? Dhla, jom tdo. Sy ckp kejap. Awal lg. D dh ngantuk2 dh jd dia pn mengiring membelakangkan sy. Tgh suluh pokok kt tepi khemah kami, tiba2 sy nmpk sekeping kertas putih, saiz lebih kurang A2 melayang layang mcm ditiup angin kt sebelah pokok tu. Kedudukannya mmg tinggi, hampir dgn puncak pokok tu tp tak setinggi pokok tu. Pokok ni mmg jenis yg amat tinggi, kt atas je byk daun2, bkn jenis rendang ade dahan2. Tinggi pokok tu nk mencecah bumbung blok 3 tingkat sekolah kami dan besar dia dua pemeluk org dewasa. Angin kt padang tu mmg kuat, kalau waktu tghr mmg heaven. Sy ms tu fikir logik la kertas terbang kena tiup angin sbb angin mmg kuat. Logik kanak2. Hehe... Sy suluh agak lama sbb tertarik nk tgk kt mana kertas tu jatuh. Herannya, kertas (sy ingtkn kertas la sbb segiempat warna putih) tu beralun2 di kedudukan yg sama. Bila kertas ni nk jatuh?? Tunggu punya tunggu, E blk ke khemah kami nk pass kfc yg mak dan abg dia bwk. Trus dia sergah, haaa tgk ape tu. Sy pn bgthla ade kertas putih kena tiup angin tp tak jatuh2 lg so sy nk tgk mana kertas tu jatuh nnti. Trus E tutup torchlight dan ckp dgn nada yg sedikit cemas, dh jgn tgk. Msk. Lps tu dia pass kfc tu dan suruh tunggu dia. Siap pesan jgn tgk dh. Zip khemah. D tak jd nk tdo bila dgr. Trus dia ckp jgn tgk luar lg. Tp sy still tak rs takut ke ape, sbb ms tu still ingt kertas. Within 10 mins semua khemah mates sy blk sbb 10.30 nk lights off. Parents pn ramai dh blk. Ms semua kwn2 sy dh msk khemah, sempat sy jenguk kepala keluar tgk kwsn bwh pokok tu kot2 la kertas tu dh jatuh. Tp takde. Sy tak dongak ke atas sbb E dh warning td jgn tgk atas. D pn sama.

Sy cuma th kertas yg sy tgk mlm tu bkn la kertas beberapa thn kemudian, bila sy dgr pengalaman org lain mengenai kain putih yg melayang layang. Kalau ikut logik pn, mustahil angin tiup kertas dan kertas tu beralun2 di tempat yg sama pd ketinggian bepuluh kaki. Bila fikir blk, mujur la sy tak suluh lama sgt dan E dtg tepat pd ms utk tutup lampu suluh dan suruh sy msk khemah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 01:09 PM | Show all posts
menarik cite TT
tapi TT guna banyak sangat shortform
terpaksa iols mengeja satu2 nak hadamkan ape yg TT tulis
lepastu shortform untuk bilik dengan balik TT guna sama iaitu blk.
pening iols kejap balik kejap bilik.

tapi pengalaman TT memang best.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2018 03:55 PM | Show all posts
Noyen replied at 15-8-2018 01:09 PM
menarik cite TT
tapi TT guna banyak sangat shortform
terpaksa iols mengeja satu2 nak hadamkan ape  ...

Terima kasih

Insya Allah saya cuba kurangkan shortform dalam post2 akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Illayana replied at 9-8-2018 01:48 PM
Bila dh besar skit dh msk sekolah br sy terdedah dgn cerita2 mistik sbb sy suka sgt dgr cerita2 mist ...

Saya pernah rasa suasana kedap dan sunyi macam tu. Masa tu senja, saya dengan kakak kait buah mangga belakang rumah. Saya kedepan rumah sekejap dalam 5min.

Then saya kembali ke belakang rumah dan dari kejauhan saya nampak kakak tengah lambai lambai saya sambil jalan masuk hutan. Posisi kakak saya masa tu, kaki berjalan perlahan lahan tapi badan pusing belakang 90darjah sambil tangan gemalai lambai saya.

Saya jerit tanya dia nak kemana masuk hutan senja senja gitu. Time tu saya rasa sunyi je. Fokus saya hanya pada kakak saya dan kaki saya slowly menuju ke arah hutan.

Saya tersentak bila saya dengar orang tutup pintu dengan kuat. Time tu keadaan normal balik. Tak sunyi dah. Rupanya kakak saya ada je kat dalam rumah. Dia dah masuk rumah sebab saya pergi ke depan lama sangat. Dan of course dia yang hentak pintu dan buatkan saya tersedar.

Mujur juga saya tak ikut 'kakak' tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 06:21 PM | Show all posts
Illayana replied at 15-8-2018 03:55 PM
Terima kasih

Insya Allah saya cuba kurangkan shortform dalam post2 akan datang.

tq TT.
keep it up.
esok sambung baca thread ni.
dah petang nak kena balik.
skang sakan penampakan n gangguan kat opis time senja2 ni.
tak berani stayback.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-8-2018 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 15-8-2018 05:04 PM
Saya pernah rasa suasana kedap dan sunyi macam tu. Masa tu senja, saya dengan kakak kait buah mang ...

wahh.. Kalau awak ikut ntah kakak tu bwk pergi mana. Mujur tak sempat ikut jauh.

Kalau ada story lg share la sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2018 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Noyen replied at 15-8-2018 06:21 PM
tq TT.
keep it up.
esok sambung baca thread ni.

Ofis berhantu?? Harap @Noyen sudi share cerita kt sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2018 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa saya msk form 1, sy rapat dengan kawan baru duduk sebelah dlm kelas. Nama Mori (harusla bukan nama sebenar.. Hehe). Bila Mori tahu saya suka dgr cerita hantu, dia pn cerita pengalaman dia masa umur 6 thn kalau tak silap saya.

Biasala masa kita kecil kita selalu pergi rumah sedara mara yang dekat2 utk bermain dengan sepupu sepapat. Jadi, Mori dh biasa pergi rumah makcik dia, Aunty Ros utk bermain dengan sepupu dia, Kira. Satu hari, parents Mori ada hal kecemasan dan diorg drop Mori kat rumah Aunty Ros. Just dropped her and drove away. Oleh kerana Mori dah biasa, Mori pn ketuk2 pintu. Tunggu punya tunggu, Aunty Ros tak bukak pun pintu, jadi Mori cuba bukak pintu, tak berkunci. Mori ingatkan Aunty Ros tak dengar dia ketuk. So she let herself in. Mori tutup pintu. Jalan masuk tengok kat ruang tamu takde org, kat dapur pn takde. Mori pulas tombol pintu bilik Aunty Ros, tgk Aunty Ros tgh solat.

Mori pn masuk dan berdiri tepi katil tunggu Aunty Ros habis solat sbb nak tanya mana Kira. Tak lama mcm tu Aunty Ros habis solat dan beri salam. Aunty Ros solat ni membelakangi Mori so Mori nmpk blkg Aunty Ros je la all this while. Bila Aunty Ros bagi salam, alangkah terkejutnya Mori, muka org yang solat tu bukan Aunty Ros dan muka dia hitam sehitam hitamnya dan senyum ke arah Mori dengan wajah yang menakutkan. Mori apalagi, terus lari buka pintu bilik dan berlari ke arah pintu depan.

Masa Mori nk buka pintu, tiba2 pintu tu terbuka dan Aunty Ros terkejut nampak Mori. Eh, macam mana Mori boleh masuk? Tanya Aunty Ros. Mori terus cerita pasal kejadian yg baru berlaku tadi. Aunty Ros cakap dia mmg keluar ke kedai dpn rumah. Pintu pn dia dh kunci. Rupanya memang takde org kt rumah masa tu. Kira pun takde ikut baba dia, Uncle Man keluar pergi renew roadtax.

Aunty Ros pn seram lepas dengar cerita Mori jadi diorg berdua duduk kt luar tunggu sampai la Kira dan Uncle Man balik. Baru Aunty Ros berani masuk kedalam rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2018 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada mana2 fellow cari yang ada story mistik zaman kecil atau tak berapa kecil pn boleh share kt sini sementara saya akan cuba ingat lagi kisah2 yg saya pernah dengar dan alami. Biasa orang sekeliling saya yang banyak kejadian mistik yang mereka lalui. Insya Allah, saya akan share dari masa ke semasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2018 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Illayana at 15-8-2018 11:02 PM

Berbalik kepada rumah yang saya duduki dari sekolah rendah sampai la sekarang,  Alhamdulillah so far tenang2 aje. Tiada lagi insiden2 mistik yang saya encounter. Abang saya dari dulu tak pernah cerita apa2 yg scary pn psl rumah kami. Mungkin badan mak saya lemah sikit lepas operation jadi mak saya agak sensitif dengan alam lain masa tu.

Ada satu kali tu masa saya balik cuti semester, saya suka tak tutup pintu tandas rapat2 lepas guna tandas. Ada sekali mak saya tegur dan suruh tutup dan selak pintu tandas lepas keluar. Saya cakapla kenapa. Biasa ok je. Bukan terbukak seluas luas alam pun (jawapan anak tak berapa nak solehah ). Lepas tu mak saya buka cerita, ada suatu subuh, lepas mak saya guna tandas untuk ambil air sembahyang, mak saya pn tak tutup rapat pintu tandas (anak beranak 2x5 ). Masa mak saya tengah pakai telekung nak solat, mak saya perasan yang pintu tu bergerak, kedepan kebelakang kedepan kebelakang. Bukan saya tak percaya tapi kadang2 mak saya ni mcm overthinking. Semua nak dikaitkan dengan unsur2 mistik masa tu. Jadi saya cakap, alah, angin la tu. Sbb tandas tu dh dibuang cermin dia, just letak jaring2 besi halus tamau bagi nyamuk masuk. Kawasan rumah saya ni banyak nyamuk. Huhu

Mak saya cakap, takkk. Lain. Sbb pintu tu berayun depan belakang depan belakang, untuk jangka masa yang agak lama sepanjang mak saya perhatikan. Dan yang menakutkan mak saya, jarak ayunan agak besar dan ayunan tu konsisten jarak kedepan kebelakang. Kalau angin, pintu cuma gerak sikit je. Tak lama lps mak saya perhati, hayunan tu tiba2 berhenti. Macam tu je. Saya senyap je, malas nak argue further. Tp saya pun nmpk logik alasan mak saya tu sebab sekuat mana pun angin, pintu tandas tu biasa bergerak sikit aje. So i close the door just to humour her. Separuh hati still rasa it's just my mom's imagination.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2018 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Illayana at 1-8-2021 03:24 PM

Mungkin betul rumah tu ada kisah lama. Tp Alhamdulillah, lps lama duduk rumah ni, usikan2 beransur2 hilang.

Harapnya berkekalan la keamanan ini. Aamiin..
Mak saya ada bgth, ustaz yang mak ayah saya rujuk untuk minta pendapat dan pertolongan dlu cakap rumah ni terletak dalam laluan makhluk2 mistik ni. Wallahualam...

Tapi yang saya perasan, dulu jiran sebelah saya Chinese dan ada bela beberapa ekor anjing. Setiap kali azan, anjing2 peliharaan jiran saya ni akan melolong, bkn menyalak. Bermula dari azan start sampai azan hbs. Lps azan hbs je trus stop. Saya tak tahu la apa sebab sebenar, mungkin sebab speaker tu frequency nya terlalu tinggi. Tp bunyi yg dikeluarkan anjing2 tu mcm auuuuuuu... Gitu la. Bukan menyalak woof2. Tu je yg sy perasan, setiap kali azan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 08:39 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 15-8-2018 05:04 PM
Saya pernah rasa suasana kedap dan sunyi macam tu. Masa tu senja, saya dengan kakak kait buah mang ...

kurang ajar sangat main menyamar-menyamar ni.
nasib baik uols tak ikut 'kakak' uols tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 08:42 AM | Show all posts
Illayana replied at 15-8-2018 10:25 PM
Masa saya msk form 1, sy rapat dengan kawan baru duduk sebelah dlm kelas. Nama Mori (harusla bukan n ...

seramnya yg ni.
adoi laaa.
terbaca semalam.
teringat2 pulak time nak tido.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 08:51 AM | Show all posts
Illayana replied at 15-8-2018 10:07 PM
Ofis berhantu??  Harap @Noyen sudi share cerita kt sini

bukan iols yg kena.boss dengan colleague yg kena

hari selasa or rabu, pas ofis hour ade sorg boss stayback.
dia nampak ade kelibat lalu depan bilik dia.
dia mcm pelik so dia keluar nak tengok sape yg lalu,
ha kau, opis dah gelap. semua dah balik.
so dia pun trus angkat kaki.

that same week or minggu depan tu, colleague iols jugak.
dia dengar bunyi2 mcm ade org time stayback kt opis.
lepas check2, ternyata takde orang, semua dah balik.
dia rasa tak sedap hati, dia pun nak blah la.
dah sampai basement, otw ke kete tu dia rasa mcm ade yg mengikut.
tapi memang dia sorg je kt basement masa tu.
elok sampai kat kete, dia belum sempat masuk kete, kete dia dah gegar dulu mcm ade org masuk.
gelabah kawan. nasib baik tak tunjuk rupa.

minggu sebelum tu, iols dtg hari sabtu utk buat filing.
sebab jenis tak suka gangguan time nak buat filing
ofis iols tingkat atas.
iols sorang je haritu kt department iols.
pasang movie kuat2 sambil buat filing.
tapi perasan la mcm ade bunyi2 jugak kat meja belakang2 tu.
bunyi mcm ade org tgh buat keje.
iols abaikan.
dlm tengahari sikit ade pakcik maintenance dtg nak betulkan aircond.
dia terkejut tengok iols sorang kat situ.
dia pandang lama pastu dia cakap, "kome tak takut hantu ke?"
iols dah rasa semacam. tapi gelak2 je la bila pakcik tu tanya.
pastu dengan muka serius pakcik tu ulang soalan
dah rasa tak sedap ati.
iols dalam pikiran satu je, pakcik ni selalu keje weekend, so mungkin dia dah penah encounter.
iols cepat2 blah lepas tu,
next week tu lah yg boss iols nampak kelibat tu.

so iols rasa soalan pakcik tu pada iols lebih pada warning sbb dia dah penah encounter.
nasib la iols cepat2 blah.
skang istiqomah je buat filing hari bekerja. taknak dah dtg sabtu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2018 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Illayana at 17-8-2018 12:42 AM
Noyen replied at 16-8-2018 08:42 AM
seramnya yg ni.
adoi laaa.
terbaca semalam.


Kannn... Saya lepas dgr citer ni bertahun lepas tu pn still terbayang bayang. Huhu

Cerita pasal solat, pernah dengar cerita seram pasal surau kat rnr. Ada member cerita kawan dia berenti solat kt rnr. Kebetulan dia sorg. Tgh solat tu dia perasan ada orang lain yg masuk untuk solat jugak dan berdiri sebelah dia. Tp bknla betul2 sebelah dia. Selang beberapa gambar sejadah kt karpet yg surau/masjid selalu guna tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2018 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Illayana at 17-8-2018 12:39 AM

Normal la kan. So dia truskan solat mcm biasa sampai la dia duduk tahiyat akhir. Dia perasan org sebelah dia ni dari tadi berdiri tegak je. Tak rukuk, tak sujud. Dia dh start tak khusyuk. Then org sebelah dia mula gerak. Org tu tunduk mcm rukuk, then org tu berdiri tegak balik dan rukuk lagi. Mula2 slow tp makin lama makin laju. Kwn ni dh gelabah tp tetap hbskan solat tak pandang langsung org sebelah tu trus cabut keluar. Sejadah pn tak sempat lipat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2018 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Noyen replied at 16-8-2018 08:51 AM
bukan iols yg kena.boss dengan colleague yg kena

hari selasa or rabu, pas ofis hour ade sorg bo ...

Dia tak puas hati kot ade org lain ganggu shift dia. Hehe...

Wah, pakcik tu mmg jiwa kental la. Kalau dh kena ganggu pn still selamba je mai buat maintenance mcm biasa. Kagum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2018 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Illayana at 17-8-2018 01:00 AM

Zaman muda2 baru kerja dlu selalu OT. Pernah kwn sekerja cerita, masa kejadian tu kebetulan saya tak OT, dia sorg2 aje. Mula2 dia ingt nk stay sampai kerja siap. Tp dh dekat nak maghrib tiba2 dia rasa tak sedap hati. Sebab dh nk msk waktu maghrib, dia ingt nk solat maghrib siap2 lepas tu bawak balik kerja buat kt rumah. Jd, dia solat maghrib dlu.

Lps solat tu dia dgr ade org ketuk pintu ofis dia. Dia pn ingt ada kwn yg nk stay back nmpk lampu ofis dia menyala lagi dtg nk tegur. Dia bukak pintu tgk takde org. Dia jenguk tgk kiri kanan koridor, sunyi. Lps tu dia tutup blk. Bunyi lg org ketuk. Dia buka. Takde org pn. Bunyi org jln atau berlari pn takde. Sunyi je. Terus dia pack brg cpt2 dan balik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Illayana replied at 15-8-2018 02:05 PM
wahh.. Kalau awak ikut ntah kakak tu bwk pergi mana. Mujur tak sempat ikut jauh.

Kalau ada  ...

Dalam kalangan cucu kepada arwah nenek sebelah ayah saya, saya ni cucu ketiga yg cuba nak dibawa masuk ke alam lain.

Dulu kawasan kg saya tu agak hutan jugak lah, sebab belum ada pembangunan. Pernah saya nampak depan mata saya, ular warna silver melintas selamba je. Saya time kecik memang minat ular. So saya tak lari pun. Ular tu besar lengan orang lelaki dewasa, panjangnya 1setengah meter mungkin. Cantik berkilat. Saya tengok je sampai dia masuk hutan. Masa tu baru lepas tebang pokok besar yg sepupu saya tersadung sebab ada org dari alam lain suka kat dia.

Mak saya cerita lagi, masa kakak saya kecik, petang petang kalau main dekat halaman rumah akan ada beberapa ekor arnab join main sekali. Taktau mana datang arnab tu, mak saya anggap arnab hutan je. Ada warna putih, kelabu dan campur campur.

Sejak saya buat thread kat Cari ni, saya jadi penakut. Sebab tu saya dah tak update thread saya. Kalau malam malam saya duduk tepi tingkap mesti akan ada yang tegur saya. Suara perempuan. Dia panggil2 nama saya 3kali. Lepastu saya terus lari masuk bilik sebab terkejut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.272781 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list