CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5552|Reply: 15

Jangan Pandang Ipoh Sebelah Mata! Ini 5 Tarikan Terhebat, Macam-Macam Ada

[Copy link]
Post time 10-8-2018 10:55 AM | Show all posts |Read mode


Terletak hanya kira-kira 2 hingga 3 jam pemanduan dari Kuala Lumpur, Ipoh sungguh mudah diakses. Kami yakin anda pasti sudah banyak kali ke Ipoh.


Namun ada banyak tarikan baru atau mungkin yang belum sempat anda lawati. Jom kenali dan terokai tarikan-tarikan tersebut di Ipoh, Perak Darul Rizuan:



Han Chin Pet Soo

Foto: Facebook


Han Chin Pet Soo ialah tarikan terbaru bandar Ipoh. Ia merupakan sebuah muzium yang yang menarik di bangunan Club Hakka Miners yang telah direnovasi.


Ia memberikan gambaran zaman gelap kelab itu yang dipenuhi kegiatan pelacuran, perjudian dan juga dadah yang berlangsung di belakang kelab elegan tersebut. Pameran muzium turut menceritakan kisah orang Hakka dan memberi penjelasan mengenai industri perlombongan timah.




Ho Yan Hor

Foto: Pohecho.com.my


Ketahui proses penciptaan yang rumit dari salah satu jenama herba Cina yang paling popular di Muzium Ho Yan Hor. Anda boleh merasa tiga teh herba percuma yang ditawarkan selepas anda menamatkan sesi lawatan di muzium ini.


Yuran masuk yang kecil dikenakan untuk melawat muzium ini. Tenggelam dalam aroma teh yang segar lagi menyihatkan di Muzium Ho Yan Hor!  


Concubine Lane

Foto:Facebook


Concubine Lane adalah lorong kecil yang terletak di Jalan Bandar Timah di Ipoh. Concubine Lane adalah laluan sempit dan tidak rata di Old Town Ipoh dipercayai telah ditubuhkan pada tahun 1908.


Concubine Lane menjadi kawasan perumahan ramai pegawai Cina yang kaya dan pegawai-pegawai British menyimpan gundik mereka di sana. Selain itu, kawasan ini juga terkenal dengan perjudian, candu dan pelacur.


Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kesemua pegawai British pergi ke negara mereka dan meninggalkan banyak bangunan bersejarah dan struktur kolonial. Lorong Concubine kini dipelihara dan dipulihkan dan terdapat banyak kedai-kedai makanan dan kedai jualan barangan.   


Yasmin Ahmad Koh Heng

Foto:Facebook


Yasmin Ahmad adalah seorang pengarah filem dan iklan dan terkenal dengan iklan komersialnya yang bertajuk 'Tan Hong Ming In Love'. Sebagai sebuah peringatan dan kehormatan kepadanya, terdapat sebuah muzium bernama 'Yasmin At Kong Heng', yang terletak di Ipoh, Perak.


Foto:Facebook


Ia didedikasikan kepadanya dan diasaskan oleh ibu dan kakak perempuan Yasmin. Muzium ini memaparkan fotografi, filemografi, serta ciptaan Yasmin bertujuan untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk menulis skrip filem atau komersial mereka sendiri.


Pasar Loken

Foto:Facebook


Pasar Karat Loken beroperasi hanya pada hari Ahad bermula seawal jam 6.30 pagi dan ditutup pada pukul 1.00 petang. Kawasan pasar ini kira-kira 2 kilometer panjang dan lebar.


Sekiranya anda melawat Ipoh, jangan lepaskan peluang untuk berjalan-jalan di Pasar Loken. Pasar Loken adalah pasaran terbuka yang menjual semua jenis barang, terutama barang lama dan antik.


Anda mesti tak sabar nak kembali melawat Ipoh kan? Jom sama-sama ke Ipoh! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2018 10:56 AM | Show all posts
spelling error - JANGAN = JANAGAN
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 11:04 AM | Show all posts
xde apa lah concubine lane tu..tapi anak iols suka gi situ...bandar2 lama kata dia..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 11:06 AM | Show all posts
ipoh mmg best.... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 11:20 AM | Show all posts
Kene pi ni..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat ipoh apa makanan yang best selain nasi ganja?

And, new hollywood tempat breakfast best tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2018 12:05 PM | Show all posts
bosanla kat ipoh..takde apa
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2018 03:30 PM | Show all posts
CardiGans85 replied at 10-8-2018 11:29 AM
Kat ipoh apa makanan yang best selain nasi ganja?

And, new hollywood tempat breakfast best tak?

aku suka breakfast kat new hollywood tu. chi chon fun dia sedap. char kue teow pun sedap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2018 06:43 PM | Show all posts
Boring.... hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 07:37 AM | Show all posts
Takde ape lah ipoh

Pergi pekan parit jelah
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 05:21 PM | Show all posts
panas la Ipoh...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 09:49 AM | Show all posts
umah pakcik aku kat Gunung rapat best.. pagi2 sejuk je.. sebab belakang tu gunung ganang...
haihhhh

nak buat food trip ke ipoh la..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2018 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
pittjie: aku suka breakfast kat new hollywood tu. chi chon fun dia sedap. char kue teow pun sedap.


Me lagi love it too. Terbaik sgt
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2018 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukaa sangat pi ipoh sebab rasa damai bila celik mata nampak bukit bukau? Eh ke gunung2?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2018 11:30 PM | Show all posts
suka kat bangunan lama,rasa klasik ja bila kt situ.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2018 06:02 PM | Show all posts
pittjie replied at 10-8-2018 03:30 PM
aku suka breakfast kat new hollywood tu. chi chon fun dia sedap. char kue teow pun sedap.

sedappp kan char kue teow dieee...
aritu nak try Chee Chong Fun die..tapi abesssss dah..kecewa..
Mee Wantan die pun sedap...dgn dumpling soup pun..
ehh semua sedap..HAHHAHHA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.284974 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list