Seminggu sebelum majlis perkahwinan berlangsung, seorang wanita terpaksa reda apabila rumahnya kini hanya tinggal zink karat, selain 11 barang hantarannya menjadi abu.
mStar Online melaporkan, rumah pusaka yang didiami Nurul Ain Izzatti Arijan, 25 sekeluarga di Kampung Kuantan, Kuala Selangor hangus dijilat api.
Foto: mStar Online
Menurut Ain, "Ibu nampak lampu dapur berkelip-kelip dan dalam sekelip mata, api marak.
"Ibu memanggil ayah dan ketika itu saya berada di ruang tamu sedang menyiapkan beberapa barang hantaran.
"Saya terus menjerit keluar rumah meminta tolong, manakala ibu dan ayah terus keluar rumah.
Ain sekeluarga, Foto: mStar Online
"Saya juga ketika itu terus keluar rumah dengan baju tidur dan sempat capai bendera Malaysia di bawah rumah untuk tutup kepala sebelum menyelamatkan diri.
"Hanya beberapa minit rumah tinggal abu. Bomba tiba selepas 20 minit selepas saya menghubungi pasukan kecemasan.
"Tiada apa yang sempat diselamatkan kecuali telefon bimbit saya sahaja yang kebetulan ketika itu saya sedang gunakan.
Kenangan barang hantaran sebelum terbakar, Foto: mStar Online
"elamin, 11 barang hantaran yang saya sendiri siapkan serta wang tunai untuk digunakan majlis turut hangus.
"Tiga buah kipas dan sebuah mesin basuh yang baru dibeli minggu lepas juga hangus.
"Nasib baik juga ketika kejadian dua adik saya tidak berada di rumah. Mereka belajar di asrama dan di kolej."
Foto: mStar Online
Walau bagaimanapun Ain bersyukur ibu dan bapanya selamat walaupun ayahnya melecur sepuluh peratus.
"Walaupun semuanya sudah hangus, majlis perkahwinan akan diteruskan selepas berbincang dengan keluarga dan saudara mara. Lagi pun jemputan sudah diedarkan.
"Tunang saya Ahmad Akmal Abd Rahaman dan keluarganya juga telah dimaklumkan dan mereka juga faham.
"Kami memang rancang untuk adakan majlis perkahwinan di Pusat Tahfiz Al-Muhammadiah, yang terletak di hadapan rumah saya.
"Saya juga bersyukur kebakaran ini tidak merebak ke pusat tahfiz itu.
"Buat masa sekarang saya tumpang tinggal di rumah makcik di Kuala Selangor, manakala ibu dan ayah menumpang di pusat tahfiz.
Foto: mStar Online
"Cuma adik-adik saya balik nanti, belum pasti lagi penerimaan mereka," ujarnya.
"ihak bomba beritahu kemungkinan punca kebakaran kerana gas bocor.
"Memang tidak boleh bayangkan rumah pusaka keluarga hilang begitu sahaja. Doakan kami sekeluarga kuat menempuh dugaan ini." -CARI |