CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13692|Reply: 158

[Tempatan] Apa lagi Melayu nak? Hantu Kak Limah cecah RM32.5 juta #158

  [Copy link]
Post time 11-8-2018 06:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 27-8-2018 03:51 PM

Kesungguhan Mamat Khalid meyakinkan orang ramai untuk keluar membeli tiket dan berhibur dengan menonton Hantu Kak Limah benar-benar membuahkan hasil.

Filem komedi seram itu berjaya meraih kutipan RM1.8 juta hanya sehari selepas ditayangkan di pawagam.

Berita itu dikongsikan akaun rasmi Instagram Astro Shaw.

“Perggh!!! Baru je start tayangan hari pertama semalam, Filem #HantuKakLimah dah melakar dua rekod!

“Kutipan tersebut sekaligus merekodkan Hantu Kak Limah sebagai filem yang menerima kutipan tertinggi di hari pembukaan,” menurut kenyataan itu.

Satu lagi pencapaian dilakar Hantu Kak Limah, menurut Astro Shaw, ialah mengenai kutipan terawal dibuat.

“Sebagai filem tempatan pertama yang menerima kutipan tertinggi iaitu lebih RM650 ribu di hari pembukaan sneak preview (pratonton tidak rasmi) pada 8 Ogos,” kata kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, Astro Shaw mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga Malaysia dan Brunei yang tidak melepaskan peluang menjadi penonton terawal menyaksikan Hantu Kak Limah.

“Tahniah kepada semua warga kerja filem #HantuKakLimah, terima kasih kepada semua pengedar dan terima kasih Malaysia dan Brunei.

“Korang memang ohsem! #HantuKakLimah #HKL #CerCiter #Hklperghh #KejungPerut

Terdahulu, Malaysiakini menyiarkan Mamat, 55, komited untuk menghasilkan sebuah karya yang mudah dah ringkas malah boleh membuatkan penonton yang menonton ketawa terbahak-bahak.

Dapatkan bantuan guru silat

Katanya, dia berazam untuk menghasilkan sebuah filem yang tidak kompleks kerana gerun dengan kegagalan beberapa naskhah pernah dihasilkannya sebelum ini.

“Saya nak penonton ketawa terbahak-bahak, nak penonton rasa tenang.

“Kalau (jalan cerita) kompleks anda takkan seronok, jadi benda itu saya hapuskan dan kita permudahkan,” katanya.

Hantu Kak Limah berkisahkan perjalanan hidup Kak Limah selepas dia berkahwin dengan seorang lelaki yang berusia jauh lebih muda daripadanya.

Bagaimanapun, watak dibawa pelakon veteran Delimawati itu tiba-tiba meninggal dunia dan kematiannya diselubungi misteri.

Sejak kematian Kak Limah, orang kampung mula diganggu dengan pelbagai peristiwa menyeramkan hingga menyebabkan Hussin watak dibawa Datuk Awie dan rakan-rakannya pergi mendapatkan khidmat Solihin (Zul Ariffin), seorang guru silat yang dikatakan mempunyai kebolehan menghalau makhluk halus.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2018 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah buat kami ketawa
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2018 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
akak pun sumbangkan bayaran pd hari pratonton 8 ogos tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2018 06:56 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 11-8-2018 06:54 PM
akak pun sumbangkan bayaran pd hari pratonton 8 ogos tu

Best ke? Kalau best, i tunggu torrent keluar je...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2018 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 11-8-2018 06:56 PM
Best ke? Kalau best, i tunggu torrent keluar je...

akak rs kelakar jah
cuma scene bunian2 tu je buat akak rs bosan sbb nelydia senrose sgt kayu kayan
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2018 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Awie ni walapun annoying, tapi bila dia berlakon komedi mamat kalid, tak jemu aku tgk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2018 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Menghiburkan. Cuma part bunian juga bosan sikit
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2018 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu jela taraf selera peminat filem melayu. Lawak bodoh, hantu ,cintan cintun, rempit, gengster. Ulang sampai abg jamil mampos
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2018 07:39 PM | Show all posts
krustykrab replied at 11-8-2018 07:00 PM
Awie ni walapun annoying, tapi bila dia berlakon komedi mamat kalid, tak jemu aku tgk.

mamat yg asik lengang lengang tu sapa nama..lupa plak...yg dok kosi roda tu..
Dia berlakon jugak ke?
Yusof WhellCha ke nama die.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2018 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nokiaman replied at 11-8-2018 07:39 PM
mamat yg asik lengang lengang tu sapa nama..lupa plak...yg dok kosi roda tu..
Dia berlakon jugak  ...

Shy 8... dulu penyanyi.. lagu AiDS salah satunya
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2018 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
So cerita ni best ke tidak..my sis said biasa2 je,mungkin she expect lebih kot.pape pon jap lagi i nak gi tengok..bertahun tak tengok wayang cerita melayu kekdahnya..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2018 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 11-8-2018 06:56 PM
Best ke? Kalau best, i tunggu torrent keluar je...

Haram wei.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2018 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya...nak gi tengok laaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2018 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 11-8-2018 08:03 PM
Haram wei.

Ye la sis. Ok la. X jadi nak torrent.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2018 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi saya, cerita ini best. Relax dan memang lawak.  Ada juga terselit beberapa hal politik tetapi disebabkan garapan pengarah bersahaja, jadi ringan.

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2018 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 11-8-2018 06:57 PM
akak rs kelakar jah
cuma scene bunian2 tu je buat akak rs bosan sbb nelydia senrose sgt kayu kaya ...

Bestlah kalau kelakar. Biasanya cerita hantu Malaysia agak boring.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2018 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 11-8-2018 07:14 PM
Itu jela taraf selera peminat filem melayu. Lawak bodoh, hantu ,cintan cintun, rempit, gengster. Ula ...

Dah tengok ke?

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2018 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 11-8-2018 06:57 PM
akak rs kelakar jah
cuma scene bunian2 tu je buat akak rs bosan sbb nelydia senrose sgt kayu kaya ...

Yang jadi bunian tu uqasha sis bukan nelly
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2018 09:51 PM | Show all posts
baru lepas tengok Pulang.

ada trailer Hantu Kak Limah tapi tak terliur pulak aku....

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2018 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 11-8-2018 09:51 PM
baru lepas tengok Pulang.

ada trailer Hantu Kak Limah tapi tak terliur pulak aku....

Brp bintang utk pulang.. khabir bathia mesti best
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.073257 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list