CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Apa lagi Melayu nak? Hantu Kak Limah cecah RM32.5 juta #158

  [Copy link]
Post time 13-8-2018 08:15 AM | Show all posts
telah menyumbang gak pada hari 1st day ditayangkan..
bagi meols.. awal2 momentum dia best..  terutama part Ropie..
part shahwani dgn yeh sekupang pun ok la.. skript mantap sindir2.. saper cepat tangkap paham.
Awie.. maintain. Cuma kali ni mcm agak canggung sikit.. mungkin part dia Mamat nak bagi serius sikit kot.. tapi memang smpai hujung2 part bunian.. sedikit krikk krikk.. Zul pun tak best.. tak kena.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2018 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
iyer mula2 kelakar lepas tu mcm mendatar sikit. mcm HKLBR kita tgk sampai habih ternanti2.. yg HKL ni mcm watak tak dikembangkan sepenuhnya mcm HKLBR.. Watak yg easily forgotten je byk.. klu HKLBR usop wilcha tu viral la jgk kjp kan.. ini aku tgk pelakon x la best sgt.. awie.. ropie .. yeh sekupang ok la..julripin outtt x best..  uqasha tayang dada je x best..

tp okla ada part lawak tu lawakla tp HKLBR lg best.. apa pun bunian noraini tu lawa.. sapew teww
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 08:21 AM | Show all posts
missbelladania replied at 11-8-2018 11:48 PM
pada yang dah tengok uols bg berapa bintang?

bagi meols 3 bintang.. penyelamat utama bagi meols watak Ropie..
better lagi HKL Balik Rumah dgn Zombie Kg Pisang..

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 08:23 AM | Show all posts
becir replied at 12-8-2018 01:45 AM
First half je lawak .lps tu dragging..Rasa mcm lambatnyaaa nak abis. Scene Paling lawak adalah scene ...

setuju.. Ropie main petik2 suis utama eletrik pun klakor bak hang...
part bakor jari sendiri pun best...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 08:26 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 12-8-2018 01:59 AM
Takkanlah boleh cecah banyak tu .. ni mesti indon ngan bangla yg pegi tgk sebab ada pengrah meroyan  ...

Meols pergi masa hari khamis pagi tu utk 1st show hari tu..
meols ingat lagi masa klik2 utk beli tiket kat machine GSC tu.. depan meols patut ade orang penuh sebaris..
tp bila tayangan.. takde orang pun. So mungkin produksi ade peruntukkan sendiri utk beli seat?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 10:52 AM | Show all posts
belum tgk, tapi biasanya filem2 abg mamat x mengecewakan..
cerita2 sia simple tapi menghiburkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-8-2018 11:13 PM | Show all posts
Hantu Kak Limah cecah kutipan RM9 juta
13 Ogos 2018 5:56 PM


KUALA LUMPUR - Baru lima hari ditayangkan, filem francais komedi seram Hantu Kak Limah kini berjaya memecahkan rekod apabila mencatat kutipan melebihi RM9 juta sehingga tarikh 12 Ogos lalu.

Naskhah arahan pengarah tersohor Mamat Khalid itu sekaligus menjadi filem tempatan pertama mendapat kutipan tertinggi hanya dalam masa empat hari selepas ditayangkan.

Bukan itu sahaja, malah jumlah pawagam yang menayangkan filem lakonan Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie dan Mus May itu turut bertambah sehingga 137 buah panggung di seluruh Malaysia dan Brunei.

“Sambutan yang menggalakkan ini menjadikan saya sedar bahawa sebagai pengkarya, kita perlu membuat filem berdasarkan kehendak masyarakat, barulah penonton dapat menikmati naskhah tersebut.

“Filem ini juga sudah mendapat permintaan untuk ditayangkan di Singapura bermula 16 Ogos ini. Sepatutnya tarikh tayangan di negara itu lewat sedikit, namun mereka minta untuk ditayangkan lebih awal dari tarikh asal,” kata pengarah Mamat Khalid yang dihubungi Kosmo! Online hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok jah bagi akak filem ini, akak tak suka nak bandingkan, tapi filem yang menghiburkan bagi akak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2018 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
To me,i can only give this movie 4/5...sbb ada part y cliche (maybe trademark movie mamat khalid tp ai da bosan with that action)..additional zul sbg ckgu silat ok,but he could work more on his expression especially part nyanyi lagu tu..
Tp ai salute mekap efek dlm cte ni..geli betul dowh tgk kaki hantu tu and ending unexpected which is good tanpa ada hint..hehe..kudos to mamat khalid dlm part tu..and pacik y men cello,violin etc tu mmg great addition to its scene..ai tkekek2 gelak tgk pacik tu..hihihi~
Overall,4/5..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
akak jenis suka lihat filam 29 februari atau pulang

jenis bangang2 kak limah ni tunggu raya je ok. sbb merendahkan iq aku je rasanya..pfghhrttt
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
AshkieLa replied at 13-8-2018 08:26 AM
Meols pergi masa hari khamis pagi tu utk 1st show hari tu..
meols ingat lagi masa klik2 utk beli ...

Erk geng k limah ke yg beli? Ngeri pulak
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 09:39 AM | Show all posts
mmg klakar nak mampus...
i is enjoyyyssss...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
sofiazara replied at 14-8-2018 07:16 AM
akak jenis suka lihat filam 29 februari atau pulang

jenis bangang2 kak limah ni tunggu raya je ok ...

Cerita mamat khalid ini jenis satira komedi sis, luaran cerita dia mmg nampak bangang, tapi ada jah pengisian nya.
Kalau ummah bimbo maybe tak dapat tangkap isi dan sindiran dalam cerita heshe.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2018 10:22 AM | Show all posts
Changa replied at 15-8-2018 09:44 AM
Cerita mamat khalid ini jenis satira komedi sis, luaran cerita dia mmg nampak bangang, tapi ada ja ...

ummah meleis marhaen rempit je yang tonton filam ni sis
wat du yu expect sangat? mampu ke otak mereka menterjemah satira jadi lawak classy katanya? lol
ummah yang sama juga menonton maharaja lawak super spontan parodi meletop bagai.
akal boleh dibaca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2018 09:43 AM | Show all posts
Tidak sangka Hantu Kak Limah ‘meletup’
16 Ogos 2018 3:00 AM

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Genap seminggu ditayangkan, filem terbaharu arahan pengarah terke­nal, Mamat Khalid iaitu Hantu Kak Limah (HKL) berjaya meraih kutipan lebih RM9 juta.

Rekod ini menjadikan HKL sebagai filem tempatan pertama mendapat kutipan tertinggi selepas tujuh hari ditayangkan.

Bagi pengarah ternama itu, kutipan RM9 juta bagi naskhah sentuhannya itu merupakan satu berita yang amat menggembirakannya.

Dalam masa sama, Mamat langsung tidak menjangka HKL akan mencipta rekod yang membanggakan.

“Memang tidak dijangka sama sekali. Hasil kutipan yang mencipta rekod ini merupakan satu kejutan bukan sahaja kepada saya malah seluruh tenaga kerja yang menjayakan filem itu,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada hari pertama taya­ngan iaitu pada 9 Ogos lalu, HKL mendapat maklum balas luar biasa daripada penonton dengan kutipan diperoleh sebanyak RM1.8 juta menjadikan jena­ma Kak Limah yang diilhamkan oleh Mamat sebagai karya yang popular.

Filem HKL merupakan sekuel ketiga je­nama Kak Limah yang dibintangi oleh Delima­wati dan Datuk Awie serta dibantu oleh Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Sharwani dan TJ Isa.

Naskhah yang diterbitkan dengan kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold ini turut menampilkan bintang undangan seperti Mus May, Jue Aziz, Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.

Utusan Malaysia difahamkan dalam masa terdekat, kutipan filem HKL bakal mencecah lebih RM10 juta.

Sementara itu, ditanya me­ngenai perbandingan yang dibuat oleh netizen mengenai kutipan antara HKL yang jauh meninggalkan kutipan filem Pulang yang turut dita­yangkan dalam masa sama, Mamat berkata, adalah tidak adil untuk berbuat demikian memandangkan kedua-dua naskhah berkenaan berbeza genre.

Pulang arahan Kabir Bhatia, kata Mamat, diakui sebuah naskhah yang baik dan pujian harus diberikan kepada seluruh produksi filem tersebut.

“Pulang sebuah naskhah yang dihasilkan dengan baik sekali.

Saya yang menontonnya sangat menyanjungi kehebatan kerja dan usaha yang diberikan oleh pe­ngarah dan tenaga pro­duk­sinya.

Ia me­ru­pa­kan sebuah cerita yang berat manakala HKL adalah se­buah filem hiburan semata-mata,” ujar Mamat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 11:05 AM | Show all posts
nt nak tgk his weekend
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 11:06 AM | Show all posts
cite ni ok je, tp lawak seks pun byk..  dah ler ramai kanak2 tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Last tgk cite melayu kat wayang syukur 21 lepas tu terus taubat dah
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 16-8-2018 11:15 AM
Last tgk cite melayu kat wayang syukur 21 lepas tu terus taubat dah

Sister, kalau tengok cerita luar pun takat cerita Transformers, Spiderman etc baik tak payah, filem Hollywood yang commercial banyak yang sampah sarap juga.
Formula sama jah, tukar jalan cerita sikit2.

Last tengok cerita Hollywood yg alien kena diam itu bukan main ramai yg puji, akak tengok sangat sampah sarap, sama jah formula macam cerita Hollywood yang lain. Nothing new pun
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 11:38 AM | Show all posts
Changa replied at 16-8-2018 11:20 AM
Sister, kalau tengok cerita luar pun takat cerita Transformers, Spiderman etc baik tak payah, file ...

iya sis..ms kawan akak ajak tgk sipderman tu, bleh lak akak tertido mmg nampak sgt bosan

tau2 je dah nak ending

film hollywood pun byk yg sampah sarap taraf loji kumbahan
tp sbb ummah lokal meleis suka pandang tinggi pd ummah kokesen, maka dipuji2 la filem omputeh dan mengeji filem meleis
gitttewwwww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.239044 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list