CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5631|Reply: 3

EDISI KELANTAN : Anggur berbuah lebat di Pasir Mas

[Copy link]
Post time 13-8-2018 07:38 PM | Show all posts |Read mode
                     

PASIR MAS 12 Ogos - Percubaan seorang guru pertanian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedondong mengusahakan tanaman anggur di kawasan halaman rumah berbaloi apabila pohon itu berbuah lebat walaupun ditanam di kawasan beriklim Khatulistiwa.
                     
Wan Mohd. Radzi Wan Salleh, 51, berkata, projek yang diusahakan sejak empat tahun lalu mampu mengeluarkan 350 hingga 400 tangkai anggur untuk sebatang pokok yang sudah matang.
  
Menurutnya, dia memilih untuk mengusahakan tanaman itu kerana mahu mencabar kemampuan dalam bidang pertanian yang merupakan sebahagian daripada darah dagingnya.

“Anggur merupakan tanaman yang cukup lasak dan mampu tumbuh serta berbuah dalam apa juga keadaan cuaca termasuklah di iklim Khatulistiwa.

“Berbekalkan teknik tanaman yang betul dan pengetahuan, Alhamdulillah anggur saya mampu berbuah dalam tempoh lapan bulan daripada hari pertama ia mulai di tanam,” katanya.

Wan Mohd Radzi memberitahu, anggur yang diusahakannya bukan sahaja berbuah lebat malah rasanya manis menyamai rasa di kawasan beriklim empat musim.

Katanya, dia menggunakan kaedah pengawal atur pertumbuhan untuk menjadikan buah anggur itu manis.

“Melalui kaedah ini saya dapat mengawal cara pembajaan yang betul.

“Teknik ini akan menjadikan buah anggur manis dan menyamai yang ditanam di tanah tinggi atau negara asal,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
        
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/anggur-berbuah-lebat-di-pasir-mas-1.728096

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2021 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 02:51 AM | Show all posts
asedapppnya anggur
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2021 09:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.192411 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list