CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4158|Reply: 4

Raja Chulan @ Royale Chulan. Siapa Beliau Sebenarnya?

[Copy link]
Post time 14-8-2018 10:48 AM | Show all posts |Read mode

YTM Raja Chulan ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah dilahirkan di Tanjong Brambang pada 1 Julai 1869. Almarhum merupakan anak raja Perak yang menjadi orang Melayu Pertama berkhidmat dengan Malay Civil Services dan pernah menjawat jawatan tertinggi sewaktu berkhidmat di dalam perkhidmatan awam British ketika itu antaranya pembantu majistret, pegawai pemungut hasil, pegawai daerah, majistret, pembantu khas Sultan dan pegawai perundangan di peringkat persekutuan.

Almarhum Raja Chulan mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum menyambung pelajaran di Malacca High School dan seterusnya menyambung pelajaran ke Raffles Institute, Singapura. Kemudiannya Almarhum telah memulakan kehidupan sebagai seorang penjawat awam dan telah dimasukkan ke dalam Sekretariat Negeri Perak pada tahun 1886. Beberapa tahun kemudian, Almarhum telah pergi melawat bapanya, Almarhum Sultan Abdullah di Pulau Seychelles. Ya, Almarhum ayahanda Raja Chulan adalah Sultan yang telah memberi perkenan akan rancangan pembunuhan JWW Birch. Sekembalinya Almarhum Raja Chulan dari Seychelles, Almarhum telah menceritakan tentang sebuah lagu Perancis yang disukai oleh bapanya dan adik-beradiknya di sana kepada Almarhum Raja Ngah Mansur, abang kepada Almarhum Raja Chulan. Lagu itu dipercayai merupakan asal usul Lagu Rasmi Negeri Perak, Allah Lanjutkan Usia Sultan dan seterusnya dipilih menjadi Lagu Kebangsaan, Negaraku oleh YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Dalam hidup sehariannya, Almarhum Raja Chulan adalah seorang jurucakap yang vokal mewakili orang Melayu. Almarhum menjadi perwakilan komunal Melayu yang pertama di Majlis Persekutuan pada tahun 1924. Di dalam Majlis Persekutuan, Almarhum menggesa pihak British untuk meningkatkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan aksesibiliti mereka dalam perkhidmatan awam. Dalam Mesyuarat Majlis Persekutuan pada tahun 1931, beliau berpendapat bahawa penjimatan perbelanjaan yang besar dalam kerajaan dapat dicapai dengan menggunakan lebih banyak tenaga orang Melayu, sebelum ini dipelopori pegawai Eropah. Almarhum memahami bahawa pada masa itu, tidak mungkin semua jawatan boleh disandang oleh orang Melayu tetapi selepas 50 tahun pentadbiran British, Almarhum merasakan bahawa ada orang Melayu yang cukup terlatih untuk menjalankan kerja yang bertanggungjawab di jabatan teknikal seperti Jabatan Kerja Raya, Pejabat Pos dan Keretapi. Almarhum Raja Chulan turut mencadangkan keperluan pentadbiran British untuk melihat orang Melayu menggalakkan kajian perubatan dan pergigian. Almarhum berharap dapat menggerakkan orang Melayu ke arah ini dengan membentuk sebuah dana biasiswa, dengan syarat kerajaan berjanji untuk menyediakan pekerjaan kepada doktor dan doktor gigi Melayu selepas tamat pengajian mereka kelak.

Raja Chulan juga bersuara dalam hal pentadbiran British di Negeri-negeri Melayu. Almarhum tidak berpuas hati dengan keputusan untuk mengenakan duti import ke atas petrol dan minyak tanah kerana ini akan memberi kesan kepada golongan miskin. Sir Cecil Clementi, bekas Pesuruhjaya Tinggi pernah menerangkan tentang keperibadian Almarhum Raja Chulan, "Tidak ada orang Melayu zaman moden telah melakukan lebih banyak untuk negaranya daripada Raja Chulan".


Almarhum telah ditabalkan sebagaikan Raja Di-Hilir oleh Almarhum Sultan Iskandar pada 1 Disember 1920, selepas larangan menduduki tahta Perak terhadap keturunan Almarhum Sultan Abdullah ditarik balik oleh British. Almarhum merupakan orang Melayu berstatus bukan pemerintah yang pertama menerima KBE pada tahun 1930 dari Raja George V. Almarhum juga merupakan orang berperanan (bersama dengan Almarhum Sultan Iskandar ibni Sultan Idris, Tuanku Muhammad ibn Yamtuan Antah dan Datuk Abdullah Haji Dahan) dalam pembentukan Rejimen Askar Melayu Diraja yang dibentuk pada tahun 1933. Dalam Mesyuarat Majlis Persekutuan pada tahun 1931, Raja Chulan telah menjelaskan bahawa pembentukan rejimen ini akan memberikan rangsangan patriotisme di kalangan masyarakat Melayu.

Almarhum juga seorang yang aktif menulis. Antara karya agungnya ialah Misa Melayu. Misa Melayu ditulis atas titah ayahandanya untuk menceritakan tentang sejarah asal usul Kesultanan Perak dan kesultan sebelumnya. Almarhum mangkat pada 10 April 1933 dan dikebumikan di Makam Diraja Al-Ghufran, Bukit Chandan di Kuala Kangsar.
Pada tahun 1982 Jalan Weld di Kuala Lumpur ditukarkan kepada Jalan Raja Chulan bagi memperingati jasa Almarhum Raja Chulan.


Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia & The Star Online
Foto: National Portrait Gallery



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2018 01:07 PM | Show all posts
wooo bru tau psl raja chulan. ptt la byk nama dia kt kl ni. pic tu yg mna 1 raja chulan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2018 02:43 PM | Show all posts
yg kiri tu..yang kurus tu Sultan Perak, Sultan Idris 1 rasanya..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 11:17 AM | Show all posts
Nice info bro
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2019 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang bawa British masuk tu puak korang la....acah2 sengsara pulak.

Play Victim sangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.141346 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list