CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 74607|Reply: 644

Fazura tak nafi ada artis wanita dan pengikutnya dah lama nak jatuhkan dia.

  [Copy link]
Post time 14-8-2018 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by ninyahnoks at 14-8-2018 10:40 PM

Macam first time kak Faz mention ni.
Katanya artis tu pun duk up gosip pasal kak Faz kat rancangan tv dia mlm tadi. Nak start perang dah ke?



EKSKLUSIF! - Salah Faham Di Antara Fazura & Seorang Pereka Fesyen Angkara Sabotaj?
14 August, 2018

Semalam tiba-tiba laman sosial Instagram menjadi hangat gara-gara seorang pereka fesyen dari Singapura yang berpangkalan di London telah memuatnaik sebuah video berserta kapsyen yang mendakwa aktres Nur Fazura meniru atau plagiat gimik ‘finale’ pertunjukan fesyennya.

Ashley Isham mendakwa gimik model berbaring di akhir pertunjukan fesyen itu telah dilakukannya terlebih dahulu di sebuah pertunjukan fesyen pada tahun 2014.

Pertunjukan fesyen Nur Fazura di Kuala Lumpur Fashion Week 2018 (KLFW2018) telah mendapat pujian ramai kerana gimik yang mengagumkan di akhir pertunjukan.

Disebabkan status itu, ramai netizen yang menghentam aktres jelita itu yang dikatakan cuba meniru hasil kreativiti orang lain.

Namun selepas itu, pereka fesyen berkenaan telah memadamkan status yang dimuatnaiknya dan memuatnaik status yang baru.

Dalam status terbaru itu, Ashley telah memohon maaf kepada Nur Fazura kerana semua yang berlaku adalah disebabkan oleh salah faham. Katanya lagi dalam status itu, fesyen adalah sesuatu yang ‘universal’ dan mungkin perkara ini telah diaturkan oleh tuhan untuk menemukan mereka berdua.

SURIA berkesempatan bertemu Nur Fazura sewaktu sesi fotografi bersama akhbar The STAR dan bertanyakan sendiri tentang isu yang sedikit sebanyak telah mencalarkan imejnya ini.

Menurut Fazura, beliau sendiri terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ashley kerana beliau sendiri tidak mengenali siapa pereka fesyen itu.

“Sejujurnya saya tidak pernah dengar atau mengenali siapa sebenarnya Ashley Isham. Yang saya kenal kebanyakannya pereka fesyen daripada Malaysia dan luar negara. Tapi Ashley saya percaya mungkin dia merupakan pereka fesyen terkenal tetapi saya tidak mengenali serta mengikuti perkembangannya.

Apabila saya dimaklumkan tentang status yang dimuatnaik olehnya, saya memang amat terkejut kerana ‘finale’ yang dilakukan olehnya pada tahun 2014 itu agak sama dengan ‘finale’ yang saya buat untuk KLFW2018 baru-baru ini.

Tetapi apabila saya dituduh melakukan plagiat atau meniru dia, saya menafikan sebab ianya tidak benar sama sekali kerana saya sendiri pun tidak pernah melihat ‘finale’ yang dibuat oleh Ashley pada tahun 2014″, jelasnya.

Namun kata Fazura, beliau memang mengakui ‘finale’ yang dilakukannya pada KLFW2018 itu diinspirasikan daripada ‘finale’ pertunjukan fesyen pereka antarabangsa Dries Van Noten.

“Fesyen adalah sesuatu yang sangat ‘universal’. Kita sentiasa terinspirasi oleh satu sama lain. Banyak pereka fesyen antarabangsa dan juga tempatan yang saling terinpirasi oleh rekaan masing-masing.

Bila saya berbincang dengan kumpulan saya, kita semua sedar bahawa saya punya konsep adalah ‘Euphoria’ yang membawa maksud kegembiraan, kebebasan dan keberanian. Pada masa yang sama saya juga ingin meraikan kecantikan wanita dalam pelbagai saiz. Sebab itu saya memohon Pom untuk berjalan di atas pentas untuk memberikan mesej bahawa ‘body shaming is not cool and beauty comes in all sizes”.

Oleh kerana tahun ini saya diberikan peluang untuk membuat pertunjukan fesyen secara solo tanpa berkongsi dengan pereka lain, saya ingin lakukan sesuatu yang berbeza daripada yang sebelum ini. Dan kerana ianya didedikasikan untuk peminat saya, saya mahu peminat saya dapat melihat saya walaupun mereka berdiri dari tingkat lima.

Disebabkan saya pendek, dan modelpula tinggi, jadi saya mengambil inspirasi dari pertunjukan fesyen Dries Van Noten dimana sewaktu ‘finale’ pertunjukan fesyen beliau, kesemuamodel duduk di atas pentas. Tapi saya terfikir kalau mereka duduk, susah untuk saya berjalan melewati mereka kerana takut akan terlanggar bahu dan sebagainya. Dan ianya tidak selari dengan mesej yang saya mahu sampaikan di mana apabila model itu rebah, bererti sesiapa sahaja akan melalui halangan-halangan di hadapan. Tetapi apabila kita pasang niat untuk terus berjalan dengan berani dan penuh positif, segala halangan ini akan jatuh dan rebah.

Kalau saya sengaja nak buat gimik, saya tidak akan menjemput Pom untuk berjalan di atas pentas dan saya tidak akan menamakan koleksi saya Euphoria”, ujarnya.

Tambah Fazura lagi, segala yang dilakukan diatas pentasKLFW2018 baru-baru imi telah pun dibincangkan dengan penyelaras majlis serta model-model yang terlibat. Malah kesemua model-model berkenaan memberikan kerjasama yang sangat baik.

Disebabkan salah faham yang berlaku ini menjadi semakin hangat dek perbalahan netizen, Ashley telah menghubungi Fazura sendiri pada tengah malam semalam untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

“Ashley menghubungi saya pada tengah malam semalam dan memperkenalkan dirinya kepada saya. Katanya ada ‘seseorang’ yang telah menghantar video pertunjukan fesyen itu kepadanya dan dia menerima pelbagai mesej provokasi dari beberapa pihak untuk menaikkan kemarahannya.Tanpa berfikir dengan panjang, Ashley telah memuatnaik status itu kerana sudah terlalu marah.

Namun akhirnya beliau tersedar apa yang dilakukannya itu adalah salah dan telah pun memohon maaf kepada saya dan berkata sebenarnya fesyen adalah sesuatu yang ‘universal’ .

“Saya juga bercakapnya dengannya secara baik dan meminta maaf bahawa saya tidak pernah mengenalinya dan mendengar namanya sebelum ini tetapi saya pasti dia mesti sangat terkenal di negaranya. Jadi tiada sebab untuk saya menonton video pertunjukan fesyennya di YouTube.

Untuk berkata saya menirunya adalah salah kerana arah saya berbeza dengannya dan keseluruhan gimik itu terjadi secara kebetulan. Allah telah kurniakan akal fikiran serta inspirasi kepada kita mungkin ada yang sama. Dan dia juga mengakui serta menyedari akan perkara itu.

Dia telah memohon maaf kepada saya secara baik dan tidak mahu memperbesarkan lagi hal ini. Dan sebagai seorang yang pemaaf, saya juga telah memaafkan dia”, terang Fazura.

Ditanya kepada Fazura adakah beliau merasakan perkara ini merupakan unsur-unsur sabotaj yang cuba dilakukan kepadanya, kata Fazura dia mengakui tentang hakikat itu.

“Saya harus mengakui sebagai manusia terdapat macam-macam hasutan serta perasan yang syaitan nak kita dihasuti dan tewas. Saya tidak nafikan perkara itu dan saya sedar ada sesetengah ‘puak’ yang sentiasa memerhatikan gerak geri serta mencari kesilapan saya. Mereka juga sering melakukan pelbagai provokasi serta cubaan-cubaan sabotaj untuk menjatuhkan saya”, katanya.

Fazura juga tidak menafikan apa yang terjadi ini mungkin tercetus daripada provokasi seorang artis wanita serta pengikutnya yang sejak sekian lama asyik cuba menjatuhkan dirinya.

“Saya sekadar mahu hidup dalam ketenangan dan sebagai seorang yang beragama Islam, saya sentiasa memaafkan mereka dan berharap semoga satu hari nanti mereka akan sedar dan mendapathidayah bahawa apa sahaja yang dilakukan mereka lama kelamaan akan berbalik kepada diri mereka. Apa sahaja yang kita lakukan ia mencerminkan hati dan juga peribadi kita. At the end of the day, love always win!“,Kata Fazura mengakhiri perbualan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2018 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow hotnyaa sapa lah yg send video tue kat Ashley??
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Konklusinya, pengikut2 taksub deyols la yg bodo. Ujung2 deyols dua2 kaya raya... pengikut n pentaksub apa jah yg hado?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Lopaklaa tu

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 10:53 PM | Show all posts
Hati dia busuk you.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 10:53 PM | Show all posts
siapa lagi kalau bukan Hajjah Lopak....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2018 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Lobenak troopers.. hati busuk hitam legam.. mind ur own idolat business please..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib ko la faz. Dh jodoh ko kawen ngn bekas hajjah hadap jela sgala provokasi lobenak yg smpai kesudah xmove on penuh dgn kebencian. Dulu dia aman2 jah hidup tapi skrg penuh dgn stalker yg tggu drop bomb je to destroy u.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2018 11:00 PM | Show all posts
sape lagi uols.. jahboobies laa.. sheols kan takan move on dr faz
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ko Tak pernah like ig yg up perli lofa,dasar fake,blah la ko tu Sapa org nak jatuhkan ko,time fan ko edit pic lofa pandai lak diam,ko buat org x nampak
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Time ko like ig tudung turki yg kata lofa tiru pecacai ko diam pulak
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka kena perli dgn retis, berangan
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Cicisweets replied at 14-8-2018 11:05 PM
Time ko like ig tudung turki yg kata lofa tiru pecacai ko diam pulak

Xde la plak fans faz pegi tagged or provoked designer tudung turki tu kn? situasi ni x sama k..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Fesyen pun meniru Ada hati kata org nak jatuhkan kan lawak of year by missfake
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
PTut la ko ni benak ciritsweet
Dah sah2 ada yg hantar video kat si ashley. Yg mengadu domba smpai dia bash si faz. Akhirnya benak juga yg malu sendiri

Yg serabutnya isu kecik je. Gimik lps abis fesyen bukannya tiru design baju ka.

Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
tu diaaaaa.. bertubi-tubi missile dh  dilepaskan binatang belaan jah... menggelupur hbs hati sedeyhhh hati pedyyyhhh.. maybe ot kot hr ni..sprt biasa buat keje lebih masa cuci n jilat taik idolat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2018 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 14-8-2018 11:10 PM
Xde la plak fans faz pegi tagged or provoked designer tudung turki tu kn? situasi ni x sama k..

Sapa kata tadak siap bawak balik sc Komen berjemaah kutuk lofa,korang start kutuk baju lofa bila fake Ada isu ingat org nak diam je mendapat la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2018 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai mencucuk orang tu. Memang takde life ke artis and fan yang dengki dengan kak faz tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian missfake dah termalu kantoi nak alih isu la tu salah Kan org Sana sini pulak
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2018 11:17 PM | Show all posts
Cicisweets replied at 14-8-2018 11:07 PM
Padan muka kena perli dgn retis, berangan

wow..ni memang betul2 benci fazura nampak gayanya ni ye sis.. Sampai 3 kali post lepas geram dendam amarah tu. Fazura kacau laki you ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.299880 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list