CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 624|Reply: 5

[Tempatan] Ada hakim tak layak naik pangkat. Tidak ambil kira kekananan dan kepintaran

  [Copy link]
Post time 16-8-2018 12:11 AM | Show all posts |Read mode
TIADA peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan menjamin proses lantikan hakim di negara ini adalah bebas daripada politik.

Profesor Undang-Undang Universiti Malaya Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi berkata, amat mengecewakan kerana tiada garis panduan dalam proses kenaikan pangkat hakim dengan kekananan dan kepintaran tidak diambil kira.

Katanya, dalam proses itu budi bicara Ketua Hakim Negara dan Perdana Menteri adalah yang paling utama.

“Ada hakim yang tidak menulis penghakiman dalam 35 kes tetapi dinaikkan pangkat kepada hakim Mahkamah Rayuan dan kemudian ke Mahkamah Persekutuan.

“Kita juga mengetahui mengenai dua hakim terkenal dalam menegakkan kebebasan kehakiman dalam penghakiman mereka iaitu Hakim Tan Sri Abdul Malek Ahmad dan Datuk Hishamudin Yunus, bagaimanapun tidak mendapat kenaikan.

“Hanya beberapa kali Majlis Raja-Raja dapat menghalang pelantikan dan kenaikan pangkat yang tidak wajar membabitkan hakim yang hanya mengikut telunjuk ,” katanya.

Shad Saleem berkata, beberapa minggu lalu apabila hakim Mahkamah Persekutuan paling kanan yang dihormati di peringkat antarabangsa berikutan penghakiman menentangnya dilantik menjadi Ketua Hakim Negara oleh kerajaan baharu, ada yang pihak yang mempersoalkan.

“Golongan ekstrim agama dan bangsa ini dengan tidak mengendahkan perlembagaan mempersoalkan kewajaran melantik Tan Sri Richard Malanjum sebagai jawatan tertinggi dalam kehakiman,” katanya.

Saleem Shad berkata demikian ketika menyampaikan Syarahan Memorial Raja Aziz Addruse bertajuk Ulang Tahun Ke-30 Krisis Kehakiman 1988: Pengajaran Mengenai Kepentingan Kebebasan Kehakiman dan Berlaku Adil pada Persidangan Antarabangsa Undang-Undang Malaysia 2018 hari ini

Raja Aziz adalah bekas presiden Badan Peguam Malaysia sebanyak tiga kali.

Turut hadir, Malanjum dan Presiden Badan Peguam George Varughese.

Saleem Shad berkata, antara kesan positif daripada krisis kehakiman itu ialah terdapat lebih banyak penghakiman yang menegakkan prinsip perundangan dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan walaupun pada zaman bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Mohamed Salleh Abas itu sendiri adalah era perkembangan mahkamah bagi isu perlembagaan.

Beliau berkata, berikutan terdapat desakan terhadap badankehakiman pada waktu itu menyaksikan beberapa kes perlembagaan membabitkan doktrin struktur asas dikaji.

“Kuasa kehakiman mahkamah yang dilindungi oleh pindaan kepada Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dilihat sudah dikembalikan... Kuasa semakan mahkamah sivil atas mahkamah Syariah kini ditegaskan.

“Selain itu, keadilan asasi dinaiktaraf daripada peraturan undang-undang lazim kepadasebahagian proses dan layanan saksama mengikut Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam penghakimanyang inovatif, mahkamah menyatakan bahawa perkataan’kehidupan’ dalam Perkara 5 juga bermaksud rezeki dan ‘kebebasan’ termasuk hak untuk didengar di mahkamah,” katanya.

Mengenang kembali krisis kehakiman itu, Saleem Shad berkata kehakiman negara mengalami siri bencana apabila Salleh yang juga Presiden Mahkamah Agung (ketika itu) dan lima lagi hakim mahkamah sama digantung.

Beliau berkata, akhirnya tiga daripada mereka dipecat dan tiga lagi dikembalikan jawatan manakala Pengerusi Tribunal yang mengesyorkan Salleh dipecat dilantik sebagai Presiden Mahkamah Agung baharu.

Ends...

#kwkrisiskehakiman , #kwshadsaleem ,#kwsallehabas

From: Ahmad Johari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2018 09:47 AM | Show all posts
Badan kehakiman mesti terpisah, bebas
16 Ogos 2018

KUALA LUMPUR –  Badan Kehakiman adalah komponen penting, walaupun bukan satu-satunya dalam sistem semak dan imbang.

Prof Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, pemegang Kursi Tunku Abdul Rahman, Fakulti Undang-undang Universiti Malaya berkata badan kehakiman mestilah terpisah dan bebas daripada dua badan lain di negara ini iaitu badan eksekutif dan perundangan.

“Ia adalah seperti injap keselamatan yang tanpanya demokrasi tidak dapat berkembang. Atas sebab ini, kebebasan badan kehakiman harus dilindungi, integriti dan kebolehannya harus dihargai dan menghormati keputusan mahkamah harus dipertahankan.

Para hakim, baik lelaki dan wanita, mestilah berintegriti, tidak berat sebelah dan mempunyai kebijaksanaan dalam perundangan. Selain mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai undang-undang, mereka juga harus mempunyai “sense of justice.”

Mereka harus mempunyai keberanian moral untuk berdepan antara rakyat dan negara serta mentadbir keadilan tanpa berat sebelah dan takut kepada dua badan lain,” kata beliau dalam ucapannya bertajuk “30th Anniversary of the 1998 Judicial Crisis: Lesson about  the Importance  of Judicial Independence and Impartiality” di sini.

Beliau juga berkata doktrin struktur asa telah dipulihkan dan bidang kuasa kehakiman yang tersekat melalui pindaan kepada Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan nampaknya telah dikembalikan dan menambah kuasa semakan mahkamah sivil terhadap mahkamah-mahkamah syariah telah ditekankan.

“Peraturan “locus standi” telah diliberalisasikan. Doktrin baharu “proportionaliti” dalam undang-undang pentadbiran telah diperkenalkan,” kata beliau.

Shad selanjutnya berkata prinsip keadilan semulajadi telah diangkat daripada peraturan common law kepada sebahagian daripada proses sewajarnya dan pelaksanaan saksama di bawah Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan dan dalam kebanyakan kes, perlembagaan ditafsirkan secara prismatik. - Bernama


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:38 PM | Show all posts






correct correct correct... wakakakakakkakakaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:42 PM | Show all posts
JohnnySins replied at 16-8-2018 03:38 PM
correct correct correct... wakakakakakkakakaa

Inilah antara kerosakan yang berlaku dalam tempoh 22 tahun dari 61 tahun era BN yang dilaungkan oleh cacai PH hari ni... Tapi malangnya, PM yg sama hari ini diangkat oleh cacai PH sambil laung kata negara telah rosak teruk selepas 60 tahun diperintah BN...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:45 PM | Show all posts
namirulmukminin replied at 16-8-2018 03:42 PM
Inilah antara kerosakan yang berlaku dalam tempoh 22 tahun dari 61 tahun era BN yang dilaungkan ol ...

tapi macai2 pakatan hanat ni keraih betui hati depa..tak tau la bowdow ka atau in denial....depa tetap sokong...asai baik dengan jijah dan anwaq depa ok ja...wakakakkakakakaka

my favourite video special for macai hanat...wakakakakakakak


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:49 PM | Show all posts
JohnnySins replied at 16-8-2018 03:45 PM
tapi macai2 pakatan hanat ni keraih betui hati depa..tak tau la bowdow ka atau in denial....depa t ...

Tu belum citer pasal pemecatan Tun Salim Abas (Ketua Hakim Negara) lagi tu... krisis Perlembagaan, krisis Kehakiman... paling teruk kerosakan oleh BN berlaku adalah dlm tempoh 22 tahun tu sebenarnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.059792 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list