CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1020|Reply: 8

[Tempatan] Cikki ronda malam jaga kampung persis sri kandi

[Copy link]
Post time 16-8-2018 12:08 PM | Show all posts |Read mode



YAN - Lazimnya kerja menjaga keselamatan kampung pada waktu malam dilakukan golongan lelaki, namun atas rasa tanggungjawab sekumpulan wanita turut tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam tugas berkenaan.

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kuala Dulang Kechil sangat aktif dalam menjaga keselamatan sekitar kampung mereka.

Menurut Pegawai Perpaduan Daerah Yan, Nasriza Long, sekumpulan wanita ini merupakan ahli Skuad Elit Jiran Wanita (SeJiwa) kampung berkenaan.

Katanya, mereka sangat aktif membantu golongan lelaki menjaga keselamatan kampung.

"Ada dalam kalangan mereka mengambil mengambil tugas meronda di sekitar kawasan kampung dan ada juga yang duduk di pos kawalan," katanya.

Nasriza berkata, kesanggupan golongan ini bukanlah untuk mengejar nama ataupun wang.

"Mereka melakukan tugasan ini secara sukarela tanpa sebarang bayaran yang diberikan," katanya.

Beliau berkata, aktiviti menjaga kampung ataupun 'ronda malam' ini sangat penting bagi memastikan keadaan kampung terkawal.

"Kita tak mahu kes kecurian dan kes lain berlaku baru kita nak bertindak dan saya mengharapkan kerja mereka ini berterusan bagi memastikan keharmonian kawasan kampung berkenaan," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 12:24 PM | Show all posts
dah tak ada jantan ker kat kg depa
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 12:42 PM | Show all posts
lelaki duk rumah ka



Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 01:14 PM | Show all posts
sepiITUindah replied at 16-8-2018 12:24 PM
dah tak ada jantan ker kat kg depa

Yang jantan tau pergi merambu...tt session la dgn kawan2 bagai...gathering kelab keta/motor lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:33 PM | Show all posts
ape yg aku paham makcik2 tu join skali lelaki buat rondaan
xde plak dia tulis makcik2 buat rondaan, pakcik2 duduk rumah
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:52 PM | Show all posts
MEMBACA JAMBATAN ILMU
SILE LA BACA SEBLOM JD BAWANG
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2018 04:25 PM | Show all posts
Adess...bukan ke dah ditulis "mereka sangat aktif membantu golongan lelaki menjaga keselamatan kampung"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2018 04:30 PM | Show all posts
pprt sgt forumer CI ni kan....suka melompat kpd kesimpulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 04:34 PM | Show all posts
hahaha..aku igt aku jek cmtu

kita serupaaa..kita serupaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.078806 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list