CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1142|Reply: 19

[Tempatan] Lelaki herdik ayah hanya kerana kucing

[Copy link]
Post time 16-8-2018 12:10 PM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki mengamuk dengan menunjukkan sebilah parang panjang kearah ayahnya hanya disebabkan tidak berpuas hati disuruh mengeluarkan seekor kucing yang masuk ke dalam rumah, dalam kejadian di Gong Badak, Kuala Nerus, Ahad lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam, lelaki berusia 29 tahun itu turut bersikap biadap terhadap mangsa yang berusia 53 tahun apabila tergamak mengherdiknya hanya disebabkan arahan itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, kejadian dipercayai berpunca selepas mangsa ada mengarahkan suspek mengeluarkan seekor kucing yang berada di dalam rumah.

“Mangsa menyuruh suspek meletakkan kucing itu di luar rumah kerana bimbang haiwan tersebut akan membuang najis merata-rata di dalam rumah.

“Bagaimanapun, suspek yang tidak berpuas hati dengan arahan itu bertindak menjerit ke arah mangsa dengan sekuat hati sebelum mengamuk sambil mengacukan sebilah parang panjang ke arah ayahnya,” katanya ketika dihubungi.

Idris berkata, selepas kejadian itu, mangsa turut dimaklumkan oleh anak-anaknya yang lain bahawa suspek memang ada menyimpan sebilah parang panjang di dalam biliknya.

“Bimbang perkara tidak diingini akan berlaku pada dirinya dan ahli keluarga lain pada masa akan datang, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Kes berkenaan kini disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan suspek yang melarikan diri selepas kejadian itu kini sedang diburu,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 12:36 PM | Show all posts
sayang anak ditangan2kan supaya mak bapak
tak menyesal dikemudian hari..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 12:43 PM | Show all posts
hui cat lover tegar ni .. sampai sanggup ugut parang bapak demi kucim
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dadah ke?
Sampai.samnggup nak.berparang bagai?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 01:16 PM | Show all posts
sewel ler ni @ mat gian
benda kecik jerk pun..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:38 PM | Show all posts
dah 29 tahun dah matang sgt nk bezakan baik dan buruk
melainkan mmg terdidik sebegitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2018 03:42 PM | Show all posts
sah kes dadah..

awwal2 bekap anak..

sampai tahap anak angkat parang, baru tau nk repot polis
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes2 orang baran begini mesti melibatkan parang. Parang ni memang senjata orang melayu mengamuk kah. Anyway, bagus tindakan si ayah cepat buat laporan polis sebelum terjadi kes amuk tetak orang. Semoga anaknya bertaubat. Kalau ada ahli keluarga yg panas baran atau penagih dadah cenderung mengamuk tu sila sorok parang atau senjata berbahaya awal2.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua akibat besarkan anak sebagai Tuan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:53 PM | Show all posts
nasib ugut je
buatnye dibuat cm kat puchong aritu
x ke haru
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:55 PM | Show all posts
ada manusia lagi sayang binatang daripada manusia sendiri...adoi la...wakakakakakkakaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2018 04:56 PM | Show all posts
Ni bukan cat lover tapi sememangnya anak biadap, pemalas. Harus di tangan2 sedari kecil.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2018 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Aerhys replied at 16-8-2018 03:53 PM
Kes2 orang baran begini mesti melibatkan parang. Parang ni memang senjata orang melayu mengamuk kah. ...

Tak payah nak sebut bangsa orang lain nyahhh.

Masa Cina bergaduh bertetak parang kat kubur Cina Pekan Sabak tu kau tak gaduh sebut bangsa dia pulak.

Masa Cina bergaduh bertetak parang kat stesen minyak takda pulak kau gaduh sebut bangsa dia.

Huaren Shi hen yuchun!
华人是愚蠢!
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2018 04:09 AM From the mobile phone | Show all posts
nobito replied at 18-8-2018 06:51 PM
Tak payah nak sebut bangsa orang lain nyahhh.

Masa Cina bergaduh bertetak parang kat kubur Cina ...

Wow someone would get butthurt over some fact. Truth hurts I guess. Tak kuasa sy nak compare bangsa kat sini. Nampaknya menyebut perkataan Melayu pun boleh jadi isu sensitif pada ultras, semua nak sentap padahal tak ada kena mengena dengan racism pun *eyerolls*
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2018 04:42 AM From the mobile phone | Show all posts
I speku anak dia mat gian or kalau tak mendadih, mmg dari kecik mmg selalu kena herdik dgan mak bapak so dh besar emosi dendam kt mak pak smpai ke sudah tu yg keluar parang tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2018 04:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin ramai anak2 tak hormat makbapak,siap herdik dengan berparang...semoga dijauhi perangai begini pada anak2 kita dan keturunan kita,semoga dikurniakan ahklak yg baik2 sahaja hendaknya..amiiin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2018 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Astaga... Mental ke apa dia? Ataupun high?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2018 09:13 AM | Show all posts
serabutnya kalau ada anak2 mental mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2018 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua. Dgg pun dah liat. Masuh tak leh berfikir secara matang. Ada sakit apa2 ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2018 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Penangih dadah kasi tembak mati saja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.077121 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list