CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3492|Reply: 13

Betul Ke Filem Slender Man Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia?

[Copy link]
Post time 16-8-2018 12:41 PM | Show all posts |Read mode




Sumber Foto: IMDB/Rotten Tomatoes









Seram tak treler filem Slender Man ini?

Kepada yang tidak mengenali Slender Man, imej makhluk ini mula-mula muncul di sebuah forum Internet bernama Something Awful. Ia kemudiannya menjadi popular di laman sesawang bergenre seram Creepypasta. Sejak mitos urban ini diperkenalkan, pelbagai insiden yang dirasakan berkaitan dengan mitos ini mula dilaporkan.


Insiden yang paling mengejutkan adalah satu kejadian pembunuhan yang berlaku pada tahun 2014 di Amerika Syarikat, di mana dua remaja perempuan telah mendakwa bahawa mereka berada di bawah pengaruh makhluk Slender Man semasa membunuh seorang rakan mereka!

Sebuah filem yang mengisahkan satu kejadian mistik yang berlaku kepada sekumpulan remaja perempuan yang telah menyeru makhluk ini bakal ditayangkan di seluruh dunia secara serentak pada 10 Ogos 2018. Sudah pasti ramai pengikut laman sesawang Creepypasta termasuk golongan remaja generasi ini yang tertunggu-tunggu untuk menonton karya pengarah Sylvain White ini.



Sumber Foto: Rotten Tomatoes



Namun berdasarkan carian di laman sesawang IMDB, penulis mendapati bahawa Malaysia tidak termasuk di dalam senarai rasmi tayangan filem ini. Manakala CinemaOnline Malaysia seakan memberi indikasi bahawa filem ini tidak akan ditayangkan. Walau bagaimanapun, filem ini telah pun mula ditayangkan di Indonesia pada 10 Ogos 2018.




Sumber Foto: Cinema Online Malaysia


Tapi nanti dulu! Carian yang dilakukan di laman-laman sesawang pawagam TGV dan Lotus Five Star pula menunjukkan bahawa filem ini bakal menemui penonton Malaysia pada 23 Ogos 2018. Hmm.. Mana satu yang betul ni?


Mengimbas kembali, penghasilan filem Slender Man ini juga tidak sunyi dari kontroversi. Portal berita Yahoo News SG dan South China Morning Post (SCMP) telah melaporkan bahawa bapa kepada mangsa tragedi pembunuhan (yang dinyatakan di atas) dikatakan telah melahirkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan keputusan untuk menerbitkan filem ini.

Apa nak buat. Barangkali bagi keluarga mangsa, tragedi tersebut masih segar di ingatan walaupun 4 tahun telah berlalu. Selain itu, laman sesawang Rotten Tomatoes menunjukkan bahawa filem ini rata-ratanya menerima ulasan yang kurang memberangsangkan dari para pengkritik filem. Jika anda tidak menyukai sebarang 'spoiler', elakkan dari membaca ulasan-ulasan tersebut ya!


Sumber Foto: IMDB




Agak-agak kalau dapat menonton filem Slender Man ini, apa perasaan anda ya? Pssst, elakkan berswafoto di dalam pawagam semasa menonton filem ini nanti, takut-takut terkena tunafoto dari makhluk ini pula! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala asal lak?? Aku nak tgk citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:03 PM | Show all posts
tunggu rate dari IMdb.com ... kalau rate tinggi boleh tonton online ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 04:30 PM | Show all posts
alaa rugila
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 05:47 PM | Show all posts
brp banyak movie tak masuk mesia semua bole torrent la.
nanti torrent ada tengok la...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 11:31 PM | Show all posts
Leh je tgk online. Iols truja sgt nak tgk The Nun kat wayang!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2018 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgu online je lah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 01:10 AM | Show all posts
slenderman ni, macam antu galah nusantara ke ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2018 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa semua pakat2 takut dgn slender man ne? sampai skrg i takleh hadam, padahal tak menakutkan pun.. hantu2 lain lagi menakutkan
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2018 03:18 PM | Show all posts
asal??? aiyooo... aku dah lama dgr pasal slenderman ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2018 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ferr_Remy replied at 16-8-2018 11:31 PM
Leh je tgk online. Iols truja sgt nak tgk The Nun kat wayang!

Tgok jah The Nun di cermin yach
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2018 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 18-8-2018 08:03 PM
Tgok jah The Nun di cermin yach

Hengat lawak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2018 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ferr_Remy replied at 18-8-2018 08:40 PM
Hengat lawak?

Sapa pulak yg melawak? Iols berkata benar
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2018 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 18-8-2018 08:41 PM
Sapa pulak yg melawak? Iols berkata benar

Podacittttt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.098319 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list