CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 723|Reply: 4

[Tempatan] Tokan dadah ditahan khalwat

[Copy link]
Post time 16-8-2018 02:49 PM | Show all posts |Read mode



BALING - Seorang tokan dadah ditahan Pejabat Agama Islam Baling kerana disyaki berkhalwat bersama kekasihnya di Kampung Baru, malam tadi.

Pasangan itu tinggal dalam sebuah rumah yang turut dihuni ibu, bapa tiri dan adik wanita berkenaan.

Ketika serbuan, ibu dan bapa tiri wanita itu sanggup menipu pihak berkuasa kononnya tiada kekasih anaknya di rumah.

Mereka akhirnya memberikan kerjasama hasil ketegasan pihak berkuasa.

Operasi bermula jam 10 hingga 3 pagi di tujuh lokasi itu hasil kerjasama polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Baling dan Skuad Al-Ansar seramai 28 anggota.

Ia diketuai Penolong Pegawai Agama daerah Baling, Syeikh Mohd Rasydan A Rahman.

Pegawai Agama daerah Baling, Syeikh Mohamad Naem Ahmad berkata, pasangan itu ditahan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah  (Kedah Darul Aman 2014) bawah Seksyen 25.

"Sewaktu ditahan mereka disyaki tidur di bilik dan rumah yang sama berdasarkan perhatian dan tanda," katanya.

Menurutnya, hasil ujian air kencing oleh AADK, kedua pasangan itu positif dadah jenis syabu dan morfin.

"Mereka memberikan alasan untuk bernikah. Apa pun alasan, kita masih boleh libatkan kes ini dibawah kesalahan-kesalahan tersebut.

"Si lelaki dikenali sebagai seorang tokan di Baling dan turut dijumpai padanya ialah morfin. Hasil siasatan, dia juga baru selesai menghisap syabu,"katanya.

Mohamad Naem berkata, lelaki berkenaan juga dipercayai sempat menyembunyikan bekalan dadah jenis syabu.

"Dia kemungkinan besar telah membuang dadah dalam kuantiti besar ketika serbuan kerana kita tidak tahu lelaki itu berada di situ pada mulanya," katanya.

Beliau berkata, ayah tiri dan dua adik lelaki wanita tersebut turut terlibat najis dadah.

"Pejabat Agama Islam Baling mempunyai operasi berkala sama ada  peringkat bulanan atau bersepadu.

"Ibu bapa dinasihati mengambil berat tentang anak-anak. Jika tidak dikawal, mungkin mereka terlibat dengan salah laku yang boleh disabitkan dengan seksyen tertentu," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 03:24 PM | Show all posts
mak bapak sanggup sekongkol sekali? gilewww
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakar jah rumah dengan isi2 rumah ni sekali..keluarga haprak!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:35 PM | Show all posts
Sib baik kat Kedah.. Kalu kena kat Kelantan ni, bebakul2 dh kena kutuk k'jaan pak lebai tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:51 PM | Show all posts
MAKNYE DIAMKAN JE KE...TOKAN BYK DUIT WOOO
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.058569 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list