CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3632|Reply: 11

Dipaksa Mencarut, Zahiril Adzim Takut Orang Menyampah

  [Copy link]
Post time 16-8-2018 03:12 PM | Show all posts |Read mode
Pihak penstriman dalam talian Iflix meminta Zahiril Adzim membawa watak dengan lebih ganas lagi dan salah satu cabarannya adalah dia perlu mencarut dalam menjayakan lakonannya untuk drama KL Gangster Underworld.


Watak Zahiril sebagai ahli gangster yang ganas perlu dibawa dengan lebih kasar supaya watak itu lebih menonjol dan menyamai gangster secara realiti.


Foto: IG Zahiril Adzim


"Masa saya dapat skrip ada dua tiga ayat mencarut ada tertulis tapi saya teragak-agak untuk gunakan kerana bahasa tersebut jarang digunakan dalam drama tempatan.


"Kemudian Iflix tegur dan minta saya gunakan bahasa kasar dan mencarut dalam drama itu. Saya okey sahaja cuma saya masih jaga batasannya," ujarnya kepada mStar Online.


  



Sudah 10 tahun tidak membawa watak sejahat itu yang diberi nama sebagai Adi dalam drama tersebut.


Dia juga menambah watak-watak yang ada dalam drama ini bukanlah seperti filem-filem aksi yang ada sebelum ini. Drama ini sangat berbeza pendekatan wataknya.


"Dulu masa filem Kami dan Juvana saya bawa watak jahat tapi budak-budak, bahasa pun masih saya dan awak. Kali ini lebih matang dan ganas banyak juga saya merokok dalam drama ini," ujarnya.


  



Kebebasan yang diberikan oleh Iflix membuatkan dirinya berasa puas ketika berlakon namun masih menjaga batas bimbang watak itu berlebih-lebihan hingga menimbulkan rasa benci berterusan kepada penonton.


"uas sebab bebas tanpa sekatan kerana siaran ini hanya untuk internet sahaja, sayang kalau kita tak buat betul-betul dengan kebebasan yang diberi.

  



"Namun, cabaran pula takut kita terbuat berlebih-lebihan sehingga orang menyampah," ujarnya.


Barisan pelakon juga hebat belaka dan bukan calang-calang dalam industri. Antaranya adalah Nabila huda, Beto Kusyairi, Azhan Rani, Hasnul Rahmat, Ezzaty Abdullah dan Dynas Mokhtar.


Mesti gempak drama gangster kali ini. Rugi kalau tidak tengok! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 03:14 PM | Show all posts
teringat juvana dlu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 03:15 PM | Show all posts
cam best. tp iflix? ala netflix tkde?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 06:11 PM | Show all posts
promote ler tu supaya org tengok
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 07:10 PM | Show all posts
semua pelakon hebat woooo!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 08:31 AM | Show all posts
aku tengok 2 episod je malam tadi
sama je la lakonan dia ni & beto
bagus dari kayu kayan lain
tapi
takde beza pun macam drama biasa2 je berlakon

& sorry, kl gangster : underworld ni boring

2 episo is more than enough for me ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2018 09:18 AM | Show all posts
Semua pelakon yg iols minat

Tp mcmna nak tgok kat iflix ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 09:51 AM | Show all posts
KALAU CHUOLS ADA BELI TENET DARI SELKOM, DIA BG FREE JE IFLIX NI.LAYAN LA SAMPAI LEMBAM TERSEMBAM. UNLIMITED.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2018 10:30 AM | Show all posts
Wowowo macam best je semua pelakonnya
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 03:59 PM | Show all posts
gengster lagi....penting betul 'gengster' dalam hidup orang melayu ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 04:14 PM | Show all posts
ItisDD replied at 17-8-2018 09:18 AM
Semua pelakon yg iols minat

Tp mcmna nak tgok kat iflix ni

download apps iflix.. free jer. Then boleh layan semua episode.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2018 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Suke geng2 diorg ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.158149 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list