CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 624|Reply: 2

[Tempatan] Syarat wajibkan taska pasang CCTV dalam perbincangan

[Copy link]
Post time 16-8-2018 03:30 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Mekanisme pengurusan bagi cadangan pelaksanaan syarat mewajibkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) masih di peringkat perbincangan dengan pihak berkaitan, kata Timbalan Perdana Menteri  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  berkata, pihaknya mengambil maklum cadangan beberapa pihak supaya langkah itu menjadi syarat membuka taska bagi memantau keselamatan kanak-kanak.

“Untuk menyelesaikan masalah ini, kita bincang dengan agensi-agensi berkenaan seperti siapa yang akan pantau, siapa yang akan pasang dan bagaimana ia hendak diletakkan bagi memantau secara lebih menyeluruh taska-taska ini," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang menyentuh soal 'memutihkan' pusat asuhan kanak-kanak tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain mencadangkan jabatan khusus bagi menyelaras semua aspek berkaitan pusat asuhan kanak-kanak.

Dr Wan Azizah berkata cadangan itu akan diteliti dengan lebih mendalam.

Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata buat masa ini JKM membuat pemeriksaan berkala terhadap taska bagi memastikan ia mengikut kualiti dan peraturan ditetapkan.

"Jika kita dapati ia tidak mengikut peraturan kita akan beri arahan bertulis untuk tutup sementara, sita atau kompaun taska-taska ini," katanya.

Menjawab soalan asal Noraini mengenai pengasuh berdaftar yang tidak memenuhi kelayakan minimum Kursus Asuhan dan Didikan Awal Permata (KAP), Wan Azizah berkata faktor tukar ganti yang amat tinggi dalam kalangan pengasuh menyebabkan jumlah pengasuh lulus KAP ini masih rendah.

Katanya, ini disebabkan kebanyakan mereka menerima tawaran bekerja sebagai pengasuh sementara menunggu kerja lain mengikut kelayakan mereka.

"Pada 2013, terdapat 5,720 yang telah lulus KAP namun hanya 2,171 yang masih kekal dalam industri sehingga kini," katanya.

Jelas Dr Wan Azizah, bagi menggalakkan lebih ramai pengasuh menghadiri KAP, kementerian mengambil langkah proaktif termasuk melaksanakan kursus secara dalam talian dengan kerjasama JKM dan UPSI Holdings Sdn Bhd.

Ia menyediakan masa latihan fleksibel dan yuran lebih murah iaitu RM500 berbanding RM900 sedia ada.  – Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2018 03:51 PM | Show all posts
elokler tu..setuju sgt2..sbb makin banyak lak kes dera mendera ni..trigger aq tgklah!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2018 05:03 PM | Show all posts
BOLEH SAJA LETAK CCTV

Tapi janganlah pula jika org yg incharged itu yg buat salah nanti diputar balik kpd pekerja bawahan yg xmampu mempertahankan diri difitnah pula,maklumlah betina macam sheila pundek adalah barah dalam taska cisss ko keling candu.

Tp aku ada lain lagi cadangan ,jika ko sbg mak ayah merasa was-was baik ko jgn hantar anak ke situ kerana jgn pula cctv jadi persis senjata makan tuan ,bilamana ko terpaksa menyaksikan anak ko mati dibunuh di taska tempat ko hantar itu

sebab nya , cctv itu xboleh betulkan tingkahlaku manusia yg jahat , sebab atas melebihi cctv  iaitu Allah yang maha melihat pun mrk buat bodoh sahaja ,kisah apa Tuhan nampak,,,kalau sudah jahat mmg jahat ada cctv atau xde cctv.Harap wan Azizah belai Anwar baik2 lah ye .

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.091376 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list