Kredit foto: @SonOfAryus dan google
Apabila ada dalam kalangan ahli keluarga yang meninggal dunia, kain kafan berwarna putih akan digunakan untuk membalut tubuh jenazah. Ada sesetengah daripada kita sengaja menyediakan kain kafan di rumah sebagai persediaan sekiranya ada berlaku kematian dalam ahli keluarga atau diri sendiri.
Kain kafan juga elok dibeli lebih supaya ia mencukupi dan tidak berlaku masalah tidak cukup kain ketika sedang menguruskan jenazah. Sekiranya ada lebihan kain kafan setelah selesai membalut tubuh jenazah, biasanya kain lebihan itu disimpan sahaja atau digunakan untuk pelbagai kegunaan agar ia tidak membazir.
Seorang pengguna twitter telah memuat naik status yang agak lucu dan dalam masa yang sama menyeramkan. Apa tidaknya, lebih kurang sebulan dia telah tidur beralaskan cadar yang dibuat daripada lebihan kain kafan. Setelah dia mengetahui daripada emaknya yang cadar putih itu adalah asalnya daripada lebihan kain kafan, dia mengakui yang dia sentiasa rasa ingin bertaubat sebelum tidur. Alahai, sungguh kelakar.
Terhibur tapi turut rasa insaf
Ramai netizen yang rasa terhibur dan tidak mampu menahan gelak. Dalam masa yang sama, mereka turut berasa insaf. Sekurang-kurang mereka ingat pada kematian.
Sesuai guna kain kafan untuk orang liat bangun subuh
Ada netizen berpendapat, bagus juga jika idea cadar putih daripada kain kafan itu digunakan kepada mereka yang liat bangun untuk solat subuh. Jika ada yang tidak mahu bangun solat, bungkus sahaja mereka seperti mayat dengan menggunakan cadar alas tidur itu.
Dah tahu kain kafan, masih nak guna ke cadar tu?
Ada juga netizen yang ingin tahu adakah lelaki ini masih mahu menggunakan cadar putih tersebut? Lucunya, dia berasa seram untuk menggunakan cadar daripada lebihan kain kafan itu lagi setelah dia mengetahui. Sedangkan sebelum ini elok sahaja dia tidur beralaskan kain kafan.
Jika difikirkan, apalah sangat menggunakan kain lebihan daripada kain kafan itu untuk dijadikan cadar. Tetapi ada orang yang tidak kuat semangat dan berasa lain macam apabila mengetahui kain itu sebenarnya adalah kain kafan. Apa-apa pun terpulang pada diri masing-masing. Betul tak? - CARI |