CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2018|Reply: 2

Masih segar dalam ingatan : mimpi bayang kaki panjang

[Copy link]
Post time 19-8-2018 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hi. Aku ada satu pengalaman peribadi yang nak dikongsi dengan ahli forum.Pernah masuk sini dulu tapi silence reader. Sebab nak bercerita punye pasal,aku buat id baru..heheh.

So cerita nye macam ni..dlm pkul 1 pagi dua hari lepas, kawan serumah balik dari panjat gunung. Tidak diketahui gunung ape sebab tak tanya pun. Disebabkan dia bawak balik kawan dan dorang tidur kat ruang tamu, maka aku angkat kaki msuk bilik tidur.


Sedang tidur tuh, aku mimpi...dalam mimipi tu aku tengah berdiri sambil tengok aku tengah tidur..bilik aku bilik single . Makna kata, sempit sikit . Muat2 almari dan meja solek kecik. Aku tengah berdiri kat meja solek tu sambil pandang aku yang tengah tidur dengan keadaan gelisah..Aku yang sedang berdiri tu dongak atas siling. Nampak kaki hitam yang sangat panjang ( nampak Kaki je).Bilik aku tak gelap gelita. Ada cahaya samar dari luar bilik..


Serentak dengan itu, aku yang tengah berdiri pergi bukak lampu bilik dan berdiri di rusuk Kiri ( Dalam mimpi tu je, in reality bila aku bukak mata lampu xbukak pun)..ketika ni Aku yang sedang tidur dengar suara eeeeekkkkk~ di telinga Kiri..dekat sangat.. ( imagine bunyi pintu kayu buruk dibuka tapi versi suara nenek yang meleret2). Agak2 korang paham ke setakat ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2018 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengar je bunyi meleret tu aku tersedar. Tapi Mata berat sangat nk bukak..aku sampai jerit dalam hati, bangun!!!!  Bila bukak mata, masih dengar bunyi eeeeeekkkkk tu tapi dah sayup..pastu hilang.


Aku termenung jab pastu bukak ayat kursi dalam phone, dengar guna earphones dan sambung tidur. Masa tersedar, jam tepat pukul 3 pagi.

Selingan, petang tu dekat2 maghrib aku dok belakang umah berkemas sapu sampah. Ke dia marah kacau tempat dia? Aku jarang hadapi mimipi2 macam ni. Jarang sekali. Seketul dua je..Aku share kat forum ni sebab curious. Nak tahu pendapat otai forum..

Itu ler experience aku.idok ler seram nye pun...



Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2018 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan you bwk benda balik ko dr gunung. Salu camtu ah xsdr ngikut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.067239 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list