View: 1530|Reply: 6
|
Gara-Gara Rebut Pelanggan, Pemandu Limusin Bertindak Ganas
[Copy link]
|
|
Gara-gara salah anggap pemandu pelancong merebut pelanggannya, seorang pemandu limusin Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) bertindak menumbuk pemandu pelancong tersebut.
Kredit foto: carian internet
Memetik laporan Bernama, kejadian yang berlaku 2 petang semalam di hadapan pintu ketibaan lapangan terbang itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A.A Anbalagan.
Tambah Supt A.A Anbalagan, hasil laporan polis yang dibuat mangsa, suspek yang bersikap panas baran itu berusia 42 tahun telah berjaya ditahan di Sungai Burung pada hari yang sama.
“Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang, mangsa berusia 62 tahun itu berada di hadapan pintu ketibaan LTAPP untuk menunggu pelanggannya sebelum pemandu limusin berkenaan memarahi serta mengarahkannya keluar dari kawasan lapangan terbang berkenaan."
"Mangsa memaklumkan kepada pemandu limusin berkenaan dia sedang menunggu pelanggannya namun suspek yang berang bertindak menumbuk muka mangsa sehingga menyebabkan dahinya luka."
Tmbahnya mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Balik Pulau dan menerima lima jahitan pada luka di dahinya itu.
Anbalagan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan serta pemandu limusin itu akan direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
bila suspicious plus impatience cepat je la nak marah dan bertindak melulu |
|
|
|
|
|
|
|
pemandu limosin pun samseng macam kogsi gelap! |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin ada kaitan dengan musim panas sekarang nih. Cuaca panas + panas baran = cepat naik darah... |
|
|
|
|
|
|
|
Pulau ppl |
|
|
|
|
|
|
|
Org tua pun ko nak tutuh
Dasar pondan
Klu pakcik ni ada anak cucu pi kutip pondan tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|