CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3599|Reply: 8

Baba Vanga : Kisah Benar Si Nujum Buta Yang Mampu Meramal Masa Hadapan

[Copy link]
Post time 20-8-2018 05:22 PM | Show all posts |Read mode
Siapakah sebenarnya Baba Vanga? Beliau merupakan seorang wanita buta dari Bulgaria yang popular di kalangan penggemar teori konspirasi sebagai bukti bahawa dia mampu meramalkan masa depan. Beliau juga dikenali sebagai 'Nostradamus dari Balkan'.
Ramalan Baba Vanga telah dikaitkan dengan peristiwa seperti serangan 11 September dan sebagainya. Berikut adalah semua yang anda perlu tahu.



Sumber foto : Google



Baba Vanga dilahirkan di Vangelia Pandeva Dimitrova dan dibesarkan di Strumica. Beliau meninggal dunia pada tahun 1996, ketika berusia 85 tahun, dan diberi julukan "Nostradamus dari Balkan." Baba menjalani kehidupan normal sama seperti orang lain sehinggalah beliau mencecah usia 12 tahun - secara tiba-tiba beliau kehilangan penglihatannya semasa ribut besar melanda yang digambarkan sebagai tornado luar biasa.



Baba dikatakan telah tercampak ke udara dan kemudian dilemparkan ke tanah dengan angin ribut yang sangat kuat. Keluarganya dilaporkan menjumpai Baba yang nyaris mati beberapa hari selepas kejadian - matanya cedera dan tertutup rapat, diselaputi dengan lapisan tebal debu dan kotoran. Baba kemudian berkata bahawa dia telah mengalami visi pertamanya sewaktu dia hilang dan percaya dia telah dianugerahkan dengan keupayaan untuk menyembuhkan orang ramai dan mampu meramal masa depan.






Sumber foto : Google


Apa yang telah Baba Vanga ramalkan dan menjadi kenyataan?

Senarai ramalan Baba Vanga yang disenaraikan di bawah dikatakan mempunyai kadar kejayaan 85 peratus.


  • Bencana kapal selam nuklear Kursk: Pada tahun 1980, Baba berkata Kursk akan "diliputi air dan seluruh dunia akan menangis" dan mendakwa bencana itu akan berlaku pada bulan Ogos 1999. Kapal selam Rusia itu benar-benar tenggelam pada Ogos 2000 dan membunuh semua penumpang.
  • ISIS: Baba juga dikatakan telah meramalkan kebangkitan kumpulan pengganas ISIS.
  • Tsunami: Pada tahun 1950, salah satu ramalan yang paling mengejutkan yang dibuat oleh Baba Vanga adalah bencana tsunami. Dalam ramalannya, dia mengatakan bahawa gelombang besar akan meliputi pantai yang besar dengan penduduk dan kampung di mana segala-galanya bakal ditenggelami air.
  • Serangan 9/11: Dia bukan sahaja meramalkan kemusnahan tetapi juga memberikan ramalan mengenai aktiviti pengganas di Amerika. Dia berkata "Sangat seram! Amerika akan jatuh selepas diserang oleh burung-burung keluli. Serigala akan melolong di belukar, dan darah yang tidak bersalah akan memancut keluar!"
  • Kematian Pelakon Dan Penyanyi Silvana Armenulic: Ramalan ini mempunyai cerita di sebaliknya. Pada tahun 1976, ketika pelakon Yugoslav Silvana Armenulic berkunjung ke Bulgaria, dia memutuskan untuk bertemu dengan Baba Vanga. Pertemuan itu tidak berjalan dengan baik kerana Baba Vanga tidak mahu untuk bercakap dengan Silvana apatah lagi untuk duduk bersamanya. Selepas diam membisu sepanjang perjumpaan, Baba Vanga berkata, "Saya tidak mahu bercakap dengan anda" dan memintanya untuk datang menemuinya semula selepas tiga bulan. Ketika Silvana mula berjalan keluar, Vanga memanggilnya: "Tunggu! Anda tidak akan dapat datang. Sekiranya anda dapat kembali dalam tiga bulan, datanglah." Silvana mengambil kenyataan itu sebagai ramalan bahawa dia akan mati dalam tempoh tiga bulan lagi dan dia meninggalkan tempat itu dengan linangan air mata. Kurang dari dua bulan selepas pertemuan mereka pada 10 Oktober 1976, Silvana meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada usia 38 tahun bersama kakaknya Mirjana.
Baba juga meramalkan bahawa dunia akan kiamat pada tahun 2341 tetapi pada waktu itu teknologi di bumi sudah mampu melakukan pemindahan penduduk dunia ke planet lain. Pengembaraan masa juga diramalkan akan menjadi kenyataan pada tahun sekitar 2262 ke 2304. Tidak dilupakan, beliau meramalkan di mana seluruh alam semesta akan berakhir pada tahun 5079!


Nasihat penulis, bacalah untuk menambahkan ilmu tetapi jangan pula kita beragama Islam percaya dengan ramalan-ramalan beliau! - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2018 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu pernah baca ramalan dia sampai kiamat. Tak boleh brain.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2018 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
uik lambatnya nak kiamat...xcaya sungguh..sedangkan tanda2 besar berlambak dah depan mata

dia buta tapi dia tetap makhluk biasa mcm kita...xyah taksub
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 10:11 AM | Show all posts
bullcr*p!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2018 11:26 PM | Show all posts
awaynepian replied at 20-8-2018 09:42 PM
uik lambatnya nak kiamat...xcaya sungguh..sedangkan tanda2 besar berlambak dah depan mata

dia but ...

Baca just for fun jer.. huhuhu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 12:53 PM | Show all posts
Baca boleh...caya jangan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2018 05:16 PM | Show all posts
dulu suka baca pasal Nostradamus. tp takde la sampai percaya tilikan dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik dah mati.. mh370 takde pula dia ramal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2018 10:36 AM | Show all posts
sekadar kebetulan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.062561 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list