CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15625|Reply: 18

[DRAMA MELAYU] [Iflix originals] KL GANGSTER UNDERWORLD. Beto kusyairy, izzaty abdullah, nabila

  [Copy link]
Post time 10-8-2018 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode




KL GANGSTER: UNDERWORLD
Bermula 16 ogos 2018 tayangan di #iflixfree (kene download application yach!)
Mini series 6 episod
Pengarah : Faisal Ishak
Skrip : Nazri vovinski
Penerbit : Skop Production
Pelakon : Beto Kusyairy sebagai Shah, Ezzaty Abdullah sebagai Elina, Nabila Huda sebagau Shameen, Azhan Rani sebagai Tauke, Dynas Mokhtar sebagai Madam Wong. Lain2 pelakon  Fezrul Khan,Fadlan Hazim, Hasnul Rahmat.

Sinopsisnya:
Bercerita mengenai KL Gangster: Underworld, ia berkisar mengenai Shah yang ingin keluar dari dunia gengster.

“Shah adalah gengster yang berpangkat leftenan dalam kumpulannya. Namun, apabila jatuh cinta dengan gadis bernama Elina, dia ingin membersihkan diri dan keluar daripada kumpulannya.

“Disebabkan itu, ada pula pihak yang tidak berpuas hati kerana Elina adalah anak buah kepada ketua kumpulan gengster lain yang diketuai Tauke,” katanya.


* KL Gangster Underworld adalah original premium series oleh platform digital streaming (VOD) iflix. Uolss excited ke idok?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2018 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts


Tayangan premier will be on 15/8/2018. Ada contest utk menang tiket ke gala premier boleh la tgk details nya di fb iflix yach!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2018 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Meh layan teasers dulu..





Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2018 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh ada Zahiril Adzim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2018 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Teasers lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2018 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Episod 1 dah available... Free je uolss. Cuma kena donlod application iflix dulu yach!

Ni link nya (x reti nak jadikan biru)
https://piay.iflix.com/tv/kl-gangster-underworld-14723/
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2018 03:23 AM | Show all posts

KL Gangster Underworld Sangat Keras di iFlix

Edited by Lagubestbest at 19-8-2018 04:57 AM

Hebat citer ni. iFlix x Skop Production. Sangat ganas, gelap, bawah tanah, tiada cahaya. Joe Flizzow nyanyi F*tor, F*ta. Ada 6 episod. Cerita pada masa semua cawangan kongsi gelap di KL dah tidak dikawal akibat kepala ketua King, Shark & the gang dari Petaling Street dah mati selepas bergaduh hebat dalam filem KL Gangster 1 & 2.










This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2018 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Jap blom tgk.. tgh pulon series lain, kang aku start halfway bercelaru plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2018 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tengok dah. Plot ok tapi cerita dia lembap sikit and ada flaw sini dan sana etc but overall ok la.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 09:00 AM | Show all posts
ini kategori drama....lisa akan move ke bod drama

kalaa sana dah ada…..kena merge
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 11:39 AM | Show all posts

KL Gangster Underworld pecah tabu



BUKAN sekadar melontar kata-kata pujian terhadap buah tangan terbaharu hasil jalinan kerjasama antara Skop Productions dengan platform penstriman video-atas-permintaan, iflix iaitu KL Gangster Underworld. Namun, berkunjung pada majlis tayangan karya sutradara Faisal Ishak itu baru-baru ini, ia seperti memberi anjakan baharu buat penggiat industri kreatif tempatan.

Masakan tidak, selain nilai komersial, naskhah terbabit yang mencipta sejarah sebagai drama bersiri original Malaysia pertama yang bersiaran di iflix, sinematografi dan adegan aksi yang mengagumkan serta dibarisi pelakon berprofil tinggi, karya tersebut juga menjemput persoalan tentang ‘keterbukaan dialog’ yang tidak terpenjara.

Dalam erti kata lain, segala jargon atau istilah khusus berbaur kasar yang kebiasaannya tidak dibenarkan di kaca televisyen atau layar perak tempatan, diberi ‘lampu hijau’ untuk dilontarkan dalam siri berkenaan.

Mengulas persoalan yang tercetus, penerbit drama berkenaan, Syafiq Yusof berkata, meskipun bersiaran secara penstriman iflix dan para pelakon bebas melontarkan dialog yang dianggap sebagai tabu dalam kalangan masyarakat, mereka tetap mempunyai batasan agar tidak berlebihan, sesuai dengan adab orang Timur yang terkenal dengan kesopanan.

“Drama siri ini bersifat lebih berani dan terbuka. Bagaimanapun, kami masih menjaga batas agar tahap ekstrem yang dipaparkan tidak pergi terlalu jauh.
“Kalau kaji kehidupan gengster yang sebenar, bahasa kasar atau sumpah seranah itu memang begitu. Bahasa mereka gunakan perlu ditonjolkan dengan telus agar sampai kepada penonton. Pada masa yang sama, perlu sentiasa menjaga adab kerana negara kita ada banyak bangsa dan pegangan agama,” jelas Syafiq ringkas.

Perkara itu disokong Pengarah Global Program Original iflix, Mark Francis yang tidak menafikan kekuatan drama berkenaan adalah dari segi pembangunan karakter dan jalan cerita yang memungkinkan kesinambungan untuk musim kedua.

“Kita sudah mempunyai idea untuk musim kedua kerana semua karakter dalam drama bersiri ini amat kuat. Saya berharap dengan munculnya drama bersiri Melayu ini di iflix, akan membuka peluang untuk naskhah tempatan yang berkualiti terus berkembang,” tutur Mark.





Stamina Beto


Berbicara dengan barisan pelakon utama KL Gangster Underworld, Beto Kusyairy yang memegang watak sebagai Shah menegaskan, tiada alasan untuk dirinya menolak tawaran berlakon dalam naskhah terbabit.

“Orang selalu bayangkan saya melakonkan watak-watak serius, sedangkan saya bermula dalam industri sebagai seorang pelakon lagak ngeri (stuntman).
“Tiada alasan untuk saya menolak projek ini, bahkan rasa bertuah kerana bekerja dengan sahabat sendiri (pengarah) serta barisan pelakon lain yang menunjukkan komitmen amat tinggi,” tutur Beto, 38.

Mengulas lanjut, cabaran utama untuk Beto menterjemahkan karakter Shah sebaik mungkin adalah dia perlu berperang dengan faktor usia.
“Saya akui, stamina sekarang bukan seperti dahulu. Masalahnya, saya lebih suka melakukan sendiri lagak ngeri kerana itu memang cara saya kerana saya juga seorang stuntman.

“Agak meletihkan tetapi saya gembira kerana dapat melakonkan watak ini. Untuk menjayakannya, saya terpaksa menjalani babak aksi sehingga tiga hingga empat kali sehari selain meminta sedikit tunjuk ajar daripada gangster sebenar,” kata Pelakon Lelaki Terbaik Filem Anugerah Skrin 2015 itu bersahaja.

Dijentik pertanyaan mengenai naskhah tersebut yang sedikit ‘liar’ dengan dialog atau perkataan serta adegan melampau, Beto mempunyai jawapan tersendiri.
Jelasnya: “Naskhah ini tidaklah terlalu terbuka kerana kami masih mengerti norma atau sensitiviti orang Malaysia. Biarpun pasaran naskhah ini secara global, ia adalah produk buatan Malaysia dan dibikin di sini.

“Puas memang puas (dari segi dialog) namun, saya tidak sokong andai ia dipindahkan ke kaca televisyen. Kita banyak isu lain yang memeningkan kepala. Jadi saya tidak mahu industri kreatif menjadi beban ketika keadaan sosial kita yang sudah cukup terganggu dengan pelbagai perkara lain,” getus Beto.




Ezzaty jadi ‘ibu ayam’

Buat pelakon jelita Ezzaty Abdullah, 28, yang diberi peluang melakonkan watak ‘ibu ayam’ bernama Elina, dia mendedahkan banyak belajar daripada rakan-rakannya yang bekerja sebagai jurusolek untuk lebih memahami karakter berkenaan.

“Saya tidak tahu apa akan jadi tanpa bantuan jurusolek di set penggambaran. Saya kira memang watak Elina tidak akan menjadi. Saya amat terhutang budi terhadap mereka yang mengajar saya berjalan serta melontarkan dialog dengan betul,” kata Ezzaty.

Ezzaty yang pertama kali berpeluang membawakan watak sedemikian sebenarnya mempunyai beberapa pantang larang sebelum memberikan persetujuan.
Syarat pertama, dia menolak babak merokok dan kedua, tidak berpakaian terlalu seksi.

“Maaf, saya bukan prejudis tetapi walau apa pun saya memang ada prinsip dalam lakonan iaitu tidak akan menyentuh rokok. Tambahan lagi, sewaktu melakonkan watak dalam drama bersiri ini, saya sedang hamil.

“Berpakaian seksi juga ada batasannya. Saya minta kelonggaran daripada pihak produksi untuk tidak memakai seluar pendek seperti paras seluar dalam kerana tidak selesa.

“Selain itu, kalau ada babak intim atau di ranjang, saya tidak rasa ia keterlaluan dan telah dijayakan dengan baik,” terang isteri pelakon Azwan Kombos itu.





Zahiril mencarut

Pelakon yang memegang watak gangster bernama Adi, Zahiril Adzim pula mendedahkan dia diminta oleh pihak iflix untuk menggunakan kata-kata kasar dan mencarut dalam drama bersiri original terbabit.

Zahiril, 34, berkata, tindakan tersebut bagi menghidupkan watak yang dibawanya sebagai seorang ahli kumpulan gangster.

“Semasa dapat skrip, ada dua hingga tiga ayat mencarut tertulis tetapi saya teragak-agak untuk sebut kerana bahasa tersebut jarang digunakan dalam drama tempatan.

“Kemudian iflix tegur dan minta saya gunakan bahasa kasar dan mencarut dalam drama itu. Saya okey cuma masih jaga batasan,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, KL Gangster Underworld sebenarnya lebih matang dan ganas berbanding filem-filem aksi yang pernah dilakonkan sebelum ini.

“Dahulu, semasa dalam Kami dan Juvana saya bawa watak jahat tetapi watak budak-budak, bahasa pun masih saya dan awak. Kali ini lebih matang dan ganas. Banyak juga saya merokok dalam drama ini,” ujarnya.

Selain Zahiril, Ezzaty dan Beto, naskhah ini turut dijayakan pelakon-pelakon hebat lain seperti Nabila Huda, Azhan Rani, Hasnul Rahmat dan Dynas Mokhtar.


Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 01:11 PM | Show all posts
kenapa tak search dulu before new thread???
byk dah umah nih

sila masuk https://bm.cari.com.my/forum.php ... &extra=page%3D1

ok saya merge
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2018 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu bukan main lagi iols ni tunggu 16/8 baru start tayang klgu. Tup2 bila dah tayang (ya free aja) iols pulak bz memanjangggg.. Huhuhu..

Siapa dah nengok kasi review sket
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2018 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
1.ala-ala cerita hong kong young & dangerous aku rasa.Cubaan men "chan ho nam" kan beto jelas di situ.jalan cite nak kuar group pasal jatuh cinta ngan geng sebelah agak klise.
2.cerita ok.boleh layan sampai habis.tak sabar nak tunggu series 2
3.lakonan mantap tak boleh pertikaikan la masing-masing

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2018 02:11 PM | Show all posts
baru abes tgk semalam.

ezzaty dlm cerita ni nampak wow gitu. ada la certain scene yg dia berdialog tu nmpak kaku. boleh improve lagi.

i rasa mcm ni first time tgk nabila huda lawan2. selalu watak sedih2 atau bitchy.

dynaz pun cantik. dia jd org penting dlm cerita ni, jadi takde scene lawan2 sgt pn xpe.

akhirnya daniella sya dpt jgk blakon walaupun xde dialog sgt. fighting scene pn not bad!

watak yg jasmin suraya pegang tu blh kembangkan lagi kalau jalan cerita dikemaskan.


so lps ni ada season 2 ke cemane?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2018 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhaiii knp aku lembap sgt nak habis kan series ni.. 6 episod aje pun.. Baru tgk 2 epiaod tp seriously aku se-excited nak binge watch mcm mandatori dulu. Huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2018 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Geng tellygeram buat review klg underworld la.. I like...

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2019 04:28 PM | Show all posts


ada sambungan lah. KLGU Rise to Power bakal ditayang di iflix pada 19/9/19. Dari trailer, akan available free. Tapi macam bukan sambungan KLGU series tu, lebih kepada spinoff pasal madam wong.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2019 03:04 PM | Show all posts

Yeee sekarang ada rise to power lak kat iflix go.iflix.com/RTPTW
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.181347 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list