CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6759|Reply: 7

Cocos Island Di Australia: Pulau Yang Penuh Didiami Orang Melayu

[Copy link]
Post time 21-8-2018 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Pulau Cocos atau Pulau Keeling merupakan sebuah pulau yang terletak di bawah kerajaan Australia.

Menariknya, pulau ini diduduki ramai orang Melayu. Bagaimana mereka boleh menetap di sana?


Foto: iluminasi.com



Sebelum itu jom kenali Pulau Cocos terlebih dahulu. Pulau ini dikelilingi air laut berwarna biru kehijauan dan sungguh jernih.


Foto:Tourism Australia


Ia juga kaya dengan batu karang, penyu, dan hidupan laut yang lain. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah selam skuba dan memancing.


Foto:Tourism Australia


Anda juga boleh menyelami budaya orang Melayu di Pulau Cocos. Terdapat 27 buah pulau di sini dan hanya dua pulau didiami manusia.


Lapangan terbang terletak di West Island. Anda boleh menetap di sini dan banyak kemudahan seperti penginapan, pasar raya, pusat pelancong, restoran dan lain-lain.


Foto:Tourism Australia


Penempatan orang Melayu terletak di Pulau Home. Terdapat kira-kira 450 orang Melayu di sini.

Asalnya mereka dibawa ke pulau ini sebagai hamba pada abad ke -19 oleh Alexander Hare, seorang peneroka Inggeris.

Orang Melayu di Pulau Cocos boleh berbahasa Inggeris, Melayu dan juga Melayu Cocos dan mempraktikkan ajaran Islam Sunni.


Di sini anda boleh mengikuti dua jam lawatan budaya. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah membuat raga, mempelajari bahasa Melayu Cocos dan juga melawat muzium.


Foto:Tourism Australia


Ia boleh dilakukan setiap hari Selasa, Rabu dan juga Khamis. Terdapat juga restoran yang dibuka setiap hari untuk makan tengah hari manakala untuk makan malam hanya setiap hari Rabu.  


Pulau ini lebih meriah pada  Hari Raya Puasa kerana terdapat perlumbaan bot dan juga makan besar secara terbuka di kampung ini.


Foto:Tourism Australia


Cara untuk ke Pulau Cocos.


Anda hendaklah ke Perth atau Christmas Island terlebih dahulu. Dari situ anda boleh menaiki penerbangan Virgin Australia untuk ke Pulau Cocos.


Hanya dua kali penerbangan setiap minggu iaitu pada hari Sabtu dan Selasa.


Rasa teruja tak nak jumpa bangsa Melayu yang mendiami pulau di Australia? Cubalah semak harga tiket kapal terbang sekarang!  -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2018 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
so siapa yang "keeling" sebenarnya.

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
cocos aussie ni sama tak dgn cocos sabah?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 02:46 PM | Show all posts
wahhh cantik tempatnya
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah pernah masuk majalah 3 dulu2..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 03:23 PM | Show all posts
Sebut pasal Cocos Island ni mesti teringat pasal event ketam merah setiap tahun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2018 04:49 PM | Show all posts
kat Malaysia pun ramai Melayu tk yah terbang sana...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 01:42 PM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 21-8-2018 12:57 PM
so siapa yang "keeling" sebenarnya.

hanglah keling.  tidak syak lagi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.048044 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list