Betulkah Noh Hujan seorang 'hati tisu'? Baru saja dia bergurau kasar dengan Haqiem Rusli, tapi kini dia pula menyekat akaun seorang pengikut gara-gara dibahan.
Kredit foto: IG Noh Hujan
Semalam, seorang pengguna mendakwa dia disekat Noh selepas cuba bergurau dengan penyanyi itu menggunakan dialek Utara.
"Noh Hujan kalau dok belah utagha dia tak jadi Noh Hujan, dia akan jadi Hujan Noh," tulisnya.
Bagaimanapun, individu itu kemudian memuat naik tangkap layar menunjukkan akaunnya telah disekat Noh.
Rata-rata netizen pelik mengapa Noh menyekat individu berkenaan sedangkan gurauannya biasa-biasa saja?
Sekali kena terus koyak...
Namun, ada sesuatu yang tidak kena dengan tweet itu.
Kenapa ramai yang percaya?
Ya, tweet itu dimuat naik lapan bulan lalu! Habis pecah tembelang Sofi Zai.
Kredit foto: Twitter
Mungkin baru semalam Sofi perasan dirinya disekat oleh Noh, tapi tidak dapat dikenal pasti mengapa dia disekat. - CARI |