View: 2276|Reply: 5
|
498 Penerbangan Terjejas Akibat Sambutan Hari Kemerdekaan Di Putrajaya
[Copy link]
|
|
Berikutan lokasi sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini dipindahkan dari Dataran Merdeka ke Putrajaya yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan KLIA 2, akibatnya beberapa jadual penerbangan mengalami gangguan.
Memetik laporan Berita Harian, sebanyak 498 jadual penerbangan bakal terjejas sepanjang lima hari berlangsungnya raptai persiapan sambutan Hari Kemerdekaan.
Kredit foto: Berita Harian
Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan memaklumkan, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan mengadakan persembahan formasi udara, justeru ketika persiapan sambutan Hari Kemerdekaan, ruang udara di kawasan berkenaan akan ditutup dari 27 hingga 31 Ogos pada jam 9.30 hingga 10.30 pagi.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) turut menyeru orang ramai menghubungi syarikat penerbangan terbabit untuk memperoleh maklumat jadual penerbangan yang terkini.
Kredit foto: Kosmo
Dalam pada itu, KKMM juga mengajak seluruh rakyat datang beramai-ramai ke Putrajaya untuk sama-sama meraikan sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos kelak.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
bertabah la orang putrajaya. jgn keluar rumah. tgk dari umah jet lintas atas umh pn boleh. klu kuar confirm menambah jem |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm... Kalau amik flight, kena amik lepas tengahari ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bukti Fakatan Harapan lebih patriotik dan lebih komited cintakan negara.... syabas fakatan |
|
|
|
|
|
|
|
Macam biasa, buat keputusan tanpa fikir dulu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|