Kes kecuaian ibu bapa sudah banyak terjadi sama ada ketika berada di rumah atau di luar rumah. Ada anak-anak yang dijumpai berada dalam keadaan selamat dan sebaliknya. Mungkin disebabkan sikap ibu bapa yang tidak begitu menitikberatkan keadaan dan keselamatan anak-anak atau disebabkan terleka walau sekejap.
Seorang pengguna twitter memuat naik status tentang seorang kanak-kanak yang dikatakan tertinggal oleh ahli keluarga mereka selepas menjamu selera di sebuah restoran ikan bakar. Kanak-kanak itu sedang nyenyak tidur di atas meja dan langsung tidak disedari oleh ahli keluarga mereka semasa meninggalkan kedai makan tersebut.
Nyenyak betul kanak-kanak ini tidur.
Netizen mengerumuni kanak-kanak tersebut bagi membantu mencari ibu bapanya dan menjaga keselamatannya.
Nasib baik ibu bapa mereka cepat sedar anak mereka tiada bersama
Setelah beberapa jam, ibu bapa kanak-kanak tersebut datang semula untuk mengambil anaknya yang tertinggal itu setelah menyedari anaknya tiada bersama dengan menelefon restoran ikan bakar tersebut. Nasib baik tidak berlaku perkara buruk dan anaknya berada dalam keadaan selamat.
Anak sendiri pun boleh terlupa?
Ramai netizen yang berasa tidak masuk akal apabila ibu bapa boleh terlupa tentang anaknya itu. Tapi, logiknya apabila keluar beramai-ramai dengan ahli keluarga, ibu bapa seakan lepas tangan menjaga anak-anaknya kerana beranggapan anaknya di jaga oleh ahli keluarga yang lain.
Ada juga netizen pernah kena tinggal
Tidak ketinggalan, beberapa orang netizen turut berkongsi kisah mereka dan ahli keluarga mereka yang pernah mengalami situasi yang sama. Nampaknya, kes-kes sebegini kerap berlaku tetapi bernasib baik kerana tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
Ingat, anak-anak itu amanah dan tanggung jawab ibu bapa. Walaupun keluar makan beramai-ramai dengan ahli keluarga, pastikan anak-anak ada dan sentiasa berada dalam keadaan selamat. Seperti pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna. - CARI |