|
Biasanya haruman pudina kita nikmati di dalam minuman teh. Selain teh, kesegaran pudina sudah pasti dimiliki oleh semua jenis ubat gigi yan ada di dunia ini. Tapi, agak jarang kita merasa nasi goreng yang mengandungi rasa kesegaran pudina.
Foto: My Resipi
Jom ikuti resipi yang telah dikongsi oleh Chef Hanieliza bagaimana caranya hendak memasak nasi goreng pudina.
Bahan-bahan:
3 cawan nasi sejuk (Diperoi)
1 ekor sotong
10 ekor udang
3 biji bawang merah (Dihiris)
3 ulas bawang putih (Dihiris)
2 biji cili merah (Dihiris)
5 biji cili api (Dihiris)
½ sudu teh belacan (Dihiris)
5 urat kacang panjang (Dipotong pendek)
Sedikit kubis (Dipotong kecil)
½ batang lobak merah (Dipotong dadu)
½ cawan daun pudina
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Cara-cara membuatnya:
1. Buangkan kulit sotong dan udang. Potong sotong kecil-kecil.
2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi.
3. Masukkan sotong, udang, kacang panjang, kubis, lobak merah, dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan nasi dan gaul rata lagi. Padamkan api.
5. Masukkan daun pudina dan kacau rata. Hidangkan. - CARI
Kredit resipi: Chef Hanieliza Via MyResipi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|