CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3698|Reply: 18

Mak aku ni dah kenapa?

[Copy link]
Post time 29-8-2018 12:10 AM | Show all posts |Read mode
Asslamualaikum.. dan slm sejahtera mungkin ni pertama kali aku buka thread dalam BOD MPS ni. Izinkan aku bercerita dan meminta pandangan...

Mak aku ni baru discaj dari hospital dalam 3 minggu yang lepas akibat strok. Sekarang implikasi dari strok tu, mak aku tak boleh gerak tangan kanan dan tak boleh bercakap dengan jelas.. mulut dia senget sikit sblh knan dan kadang2 keluar air liur...,pemikiran dia pun kadang2 boleh bingung, cepat lupa dan kadang2 dia bercakap 'merapu'. Dan dia ni memang ada mcm2 penyakit la..buah pinggang rosak (dialisis), kencing manis (dah pernah buat pembedahan), dan skg dah pernah strok (mkn ubat warfarin sepanjang hayat)

Ceritanya tadi petang..sorang technician lelaki cuckoo datang ke rumah sebab nak pasang filter tu. Dan tak lama lepas tu tiba2 la mak aku jadi tak keruan, cakap merapu-rapu.. membebel, sebab dia pun cakap tak jelas lagi.. jadi dia nak sebut satu perkataan "______" tapi tak tersebut olehnya.. so mak aku marah2 sambil pukul2 dada dia, tampar2 mulut dia..sambil nangis2 mengogoi..sambil pusing2 keluar masuk rumah, nangis di beranda, berdiri-duduk di sofa tak keruan berulang kali.  Dia paksa aku sebut benda tu.. dia bagi hint2 muka hodoh dan menakutkan sambil nangis2..aku sebut la semua perkataan hantu, setan, iblis... last2 aku sebut jin. mak aku kata.. "Haaaaaaaaaaahh!!" itu la" Aku tanya kenapa dgn jin.. mak aku kata dia nampak jin tu kat dapur.. satu besar, satu kecik. Masa tu ada org cuckoo tu kat dapur. Aku suruh mak aku mengucap.. dan suruh dia duduk dan rehat.. muka dia berkerut-kerut. Lepas aku sebut 'jin' tu dia dan cool down sikit.  Aku malas nak layan sebenarnya benda2 gini.. lagi2 klu ada stranger dlm rmh, nti klu aku banyak tanya, byk pulak benda yg uncontrolled mak aku buat. Dan masa tu aku susah hati sbb dah kelakuan mak aku mcm x waras. Habis selesai org cuckoo tu pasang kat dapur dan beri penerangan kat aku, dia pun balik.

Aku tanya la mak aku apa dia nampak, dia nampak jin, satu saiz besar.. satu saiz kecik.. aku tanya anak beranak ka? dia angguk. Aku dah mula meremang bulu roma. Aku dah mula pikir, selama ni dapur kami ni tempat jin beranak ka? padahal dapur kami ni bersih dan teratur ja. Mungkin jgk tmpt pembakaran sampah di blkg dapur ni? Tak cakap banyak, aku suruh mak rehat.. terpikir mak aku ni penat dan sakit agaknya.. tu yg smpi tenampak benda tu. Tak lama lepas tu, adik aku balik dari kerja. Aku cerita la kat adik aku.. pastu aku pegi masak kat dapur. Adik aku yg sorang ni je yg kadang2 paham apa yg mak aku explen.. sebab mak aku ni, pecakapan dia mmg tak jelas.. "pu pa pu yang kuku gagu"...kdg2 aku x phm dia kata apa.

Jadi tgh aku masak, adik aku bawa mak aku becakap apa dia nmpk tadi. So adik aku kata technician cuckoo tu yg bawak 'benda' tu masuk. Terus aku terpikir.. "hmmm?'' betul ke mak aku ni.. mak aku kata dia rasa sesuatu 'aura' masa org tu masuk. Org tu tak tengok pun mata mak aku masa dia masuk. Dan mmg betul, org cuckoo tu mmg buat keja sndiri tak bcakap dan pandang pn mak aku. Org tu ada saka ka? aku tengok nama org tu dr feedback mesej yg cuckoo hntr di phone, nama org tu nama jawa/indon. So adakah benda tu bukan sedia ada kat dapur aku, tapi org tu bawak?

Sebenarnya ni kali kedua mak aku mengamuk dan marah2 camni sebab ternampak benda tu. Yang pertama kali tu, masa abang aku baru balik dari kerja jam 2 pagi. Abang aku kerja baiki mesin darah kat patalogi hospital. Kerja dia mmg oncall. Pagi2 balik tu biasa. So satu pagi buta tu, abg aku sampai rmh dah jam 2 pagi... mak aku buka pintu dan tiba2 mengamuk dan maki2 abang aku tanya 'siapa' yg dia bawak. Abg aku jawab, mana ada org lain? Mak aku marah2 dan nangis2 lagi ambil penyapu dan hentak meja ruang tamu kuat2, sampai pecah cermin atas meja. 'Benda' tu pun dah duduk atas meja. Sebenarnya masa kejadian ni aku tidur mati kat bilik atas, aku tekejut bila bangun pagi2, kaca cermin berselerakan kat atas lantai dengan penyapu, serta meja terkopek. Aku ingatkan ada org gaduh semalam. Rupanya tak.. adik aku cerita yg mak aku mengamuk tanya abg sbb bawa 'org' masuk rmh mlm2. Abg aku ni pun klu kat hospital, selalu la parking sebelah bangunan bilik mayat, dah tu kalau sampai rumah tak mandi, terus tidur sbb penat dan mengantuk kn.. tu sebab mungkin terbawa 'benda' masuk. Tapi serius la.. Mak aku ni kdg2 mata hijab dia terbuka.. tak tentu masa,, mungkin sebab dia sakit? sbb mlm abg aku balik jam 2 tu mmg mak aku demam panas. Korang rasa kenapa eh? ada ke kaitan sakit dan masa sakit ni la  jugak hati kita lemah, 'benda' tu mmg senang nak nampak? komen korang?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2018 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
hi mujer.

sebelum tu takziah pada ibu awak ya.banyakkan berdoa semoga dia cepat sembuh ya.

ada betul juga seperti kata mujer di atas, masa sakit badan memang lemah dan senang untuk benda2 halus dekat.pada masa yang sama faktor dadah dan juga halusinasi.tapi saya tak kata ibu awak berhalusinasi atau faktor dadah.

sebab saya juga ada melalui macam mujer, ayah saya nampak saya bawa balik perempuan, perempuan tu ikut saya terus dalam bilik, saya masa tu tegur ayah sikit je.ayah tau tu bukan manusia, ayah tidur dekat depan pintu bilik saya sampai ke pagi.saya pulak?langsung takde rasa, saya nyenyak tidur malam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
mak pulak dulu selalu nampak saya dalam rumah, tapi saya takde kat rumah.saya pernah menyewa dengan kawan2, kalau saya balik ke rumah parents, ada sorang ni akan nampak saya tidur di sebelahnya.siap lalu masuk ke bilik air.tapi saya tak guna pemakai apa2 pun.entahlah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak u gifted. Sama ada gifted hijab dia terbukak, atau ada pendamping yang protect mak u. So bile mak u marah2 tu mgkin pendamping dia mengamuk bile ade benda lain dlm rumah. Mostly pendamping ni kalangan jin tapi Islam.

Again kalau betul pendamping tu jin Islam, kite xbole jugak mntk tlg kt jin. Ataupun pendamping tu khadam ayat. Tu susah nk cakap betul ke x, hanya orang yang tinggil ilmu makrifat je boleh sahkan.

Kalau mak u bukan antara diatas, tapi hijab dia nipis atau dibuka, maka mak u gitfted. I sendiri kalu bole nk hijab i terbukak, tapi masih bnyk dosa agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Seramnye baca
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus la...atleast ur mum leh protect n inform ada bnda lain dlm rumah..tp tulah orgcuckoo tu pun bawak benda..mgkn benda tu terikut org cuckoo tu kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2018 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Seram aku baca terus teringat mak mah dlm cite jgn pandang belakang dlu tu.Ckp sorg2 dlm bilik pastu ajak org dr luar masuk umah sedangkn kita xnampak mata kasar.

Takziah pada ibu tt semoga dipermudahkan segala.

Tp mmg ade sesetengah org tua dia sakit kadang berhalusinasi.Mcm arwah nenek aku dlu pon sama sbb terlampau banyak mkn ubat kdg2 mmg buat she merapu.penah la dia beria cakap ada org dtg melawat padahal xde sesape pon ms tu.Bila kitorg xnk layan dia mngamuk2 nk buktikan xdapat sbb kitorg mata kasar xnmpak sape.

Tp ada kemungkinan jgk mak tt mmg btol2 berkebolehan nampak bnda2 halus mcm tu.Mak aku dlu pnh kena ganggu pastu asik la berubat ngn perawat jgk penah nampak2 kelibat berbulu dlm umah gak pastu aku salu marah dia sbb lemah semangat.Entah2 perasaan dia je.Kdg dia tengah semayang pon dia ckp ada org perhatikan kt tepi pdhl xse sesape
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2018 07:25 AM | Show all posts
tak lawa ke jin2 tu? redha sajalah, bukan boleh buat ape sangat pun, jin lagi lama hidup kat bumi ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2018 09:25 AM | Show all posts
hijab mak TT baru terbuka sbb sakit ni rasanya dan  'benda' yg dia ternampak tu samada mmg dari dlm rmh TT atau yg mengikut org psg air cuckoo tu..biasanya klu org tengah sakit mmg senang nak ternampak benda2 halus ni..samada sedar atau separuh sedar.. suruh mak TT amalkan zikir dan klu ternampak lagi benda2 tu buat dek jela..melainkan klu dia mengacau..klu setakat lalu singgah gitu jer bacalah ayat kursi..ayat yg terakhir sekali tu ulang banyak2 kali ..baca dgn yakin..in sya Allah benda tu keluar..

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 11:17 AM | Show all posts
TT, i nak tumpang story.

My mom pesakit diabetis. Hari tu ada sekali tu dia cerita kat I ada benda pakai putih macam menjalar kat dinding rumah dia. dia duduk sorang kat rumah. everytime dalam pukul 11pm, cicak berbunyi and start benda tu muncul macam merayap-rayap dalam rumah. taknampak muka tapi macam nampak badan dia. merayap merangkak kat dinding and ada sekali tu benda tu macam try nak buka purse my mom and my mom jerkah benda tu hilang. She's so strong tau siap boleh jerkah2.

I dengar memang tak keruan dah.

after discuss with my sister, kitorang pon hantar my mom pergi Darulsyifa. Memang Ustazah tu ada bagi air for minum and mandi. ada daun bidara kot yang duri-duri tu. mandi dengan daun tu. and the few days later ada ustaz datang pagarkan rumah kitorang.

Disebalik cerita my mom, after kitorang pergi Darulsyifa, hantar dia ke klinik sebab dia macam pening2 and so on. rupanya high sugar beb. terus naik ambulance from klinik kesihatan to hospital. so she warded for 3d2n. Masa my mom warded tu my husband azan setiap penjuru rumah and we all baca yasin dalam rumah. itu sebelum ustaz datang pagar rumah la.

So what we conclude here, mungkin my mom berhalusinasi sebab sugar level dia tinggi gila sampai tak dapat nak baca that time.

After all, i bersyukur sebab my mom halusinasi je weyh heheheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 12:35 PM | Show all posts
Victorioussss replied at 29-8-2018 12:57 AM
Mak u gifted. Sama ada gifted hijab dia terbukak, atau ada pendamping yang protect mak u. So bile ma ...



hijab anak acik terbuka juga.. tapi somehow dia pandai kawal diri dia .
to tell you the truth kalau acik yg boleh nampak apa yg dia nampak mau acik demam kot .
tapi dia mmg berani sedari kecil lagi .  acik minta tutupkan hijab dia masa kecik sebab acik tak leh
handle dia cakap dgn tah sapa2 yg acik tak nampak. dia cakap kita tak dpt nak paham sbb kita tak nampak

now dia dah besar hijab dia terbuka juga semula sendiri. But sebab dia dah boleh explain dan dia boleh handle .
acik terima je la anugerah Allah nak kasi kat dia

dia tak la kasi tau org apa dia nampak tapi kalau dia nampak org yg sakit kena gangguan biasanya dia tak sampai ati nak diam je dia akan kasi tau .
terpulang kat org tu je la nak percaya apa yg dia nampak and usaha untuk ubat diri diorang di mana2 darul syifa ke hapa
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 12:40 PM | Show all posts


badan lemah dan sakit mmg senang sgt untuk di ganggu.

harap mak mujer cepat sembuh

benda2 ni kadang dia pilih org gak nak menampak kan diri.
hijab buka ke tak.. kalau dia nak org nampak dia mmg dia menjelma or makes themselve appear.

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
dewi replied at 30-8-2018 12:35 PM
hijab anak acik terbuka juga.. tapi somehow dia pandai kawal diri dia .
to tell you the trut ...

Syaitan iblis jin dn makhluk halus tau sesiapa y hijab terbuka. Dorg tau ada manusia bole nmpk dorg dn dorg akan pelik. Bile dorg pelik, dorang nak tau mcm mana bole nampak, dn akan ikut, berborak, atau kacau org tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 01:36 PM | Show all posts
Victorioussss replied at 30-8-2018 01:05 PM
Syaitan iblis jin dn makhluk halus tau sesiapa y hijab terbuka. Dorg tau ada manusia bole nmpk dor ...

yes i know...

memula dulu mmg byk yg ikut dia sampai ke rumah.

sbb tu we take the extra protection , pagar rumah. kuat kan pendinding diri dgn zikir
my house is a the only sanctuary where my anak can have some peace. tak de gangguan

it takes getting use to la mula2. tapi dah lama2 dia pun tak kisah.
tau la dia macam ne nak communicate dgn benda tu nak soh balik ke jgn ikut dia ke
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2018 02:25 PM | Show all posts
Kebetulan baru semalam  office mate cerita pasal anak dia...
anak dia ni Autisem dan 20 tahun... tapi mmg dia boleh nampak
makhluk2 yg kita mata kasar tak nampak.  Dari kecik lagi dia dah boleh nampak.
Kalu masa kecik.. kalau yg dia nampak tu menakutkan..dia akan nangis...
kalau yg ok... dia layan aja..berborak  ke gelak ke... Mak dia dah bawak berubat dgn ustaZ...

Tapi mak dia cakap bila dah besar ni dia selalu tundukkan muka dia ... dia kata dia
tak sanggup nak tengok sebab banyak sangat yg dia nampak ... terutama kalau dia
keluar dari rumah...gi shopping kee...restoren ke... kesian dia...
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2018 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Victorioussss replied at 29-8-2018 12:57 AM
Mak u gifted. Sama ada gifted hijab dia terbukak, atau ada pendamping yang protect mak u. So bile ma ...

Bukan gifted. Mak dia sakit. Org sakit hijabnya terbuka. Bawa dia berubat.

Beza dgn gifted atau ilmu : ia boleh mengawal sama ada mahu tgk atau tidak mahu tengok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2018 02:29 PM | Show all posts
sy rasa sbb dia kena strok tu.....sbb mak sy pernah kene strok tp minor je....
masa memula dia balik sepital..malam tu dia menjerit dia kata ade budak duduk kat kaki la..ade nurse la, ade india dukung budak la mcm2...
kiranye sepanjang dia sakit dia akan menjerit kejutkan org dlm rumah... n tempat dia tidur mesti lampu tak tutup..
tp lelama dia ok dh...sekarang dia dh tak de lg nampak benda2 mcm tu lg..

ayah sy pong nampak  gak...tp dia kata dia nampak org seba putih kat gates pintu rumah...
sampai mak sy(masa arwah ayah sakit mak sihat lg) buatkan bilik tuk dia pong dia kata org tu ade kat tingkap rumah...sampai arwah ayah sy dh lali dh..sbb org tu ta kacau dia...dia kata org tu tengok je dia...
Dedua adik sy panggil utaz dtng rumah...dan dua kali gak ustaz kata tak de ape2 pung kat umah n pada ayah  n mak sy...

pada sy tu pandang mata dia org masa sakit...bile sihat tak de lagi la dia memandang mcm2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2018 10:09 PM | Show all posts
Update: saya perasan setiap petang nak menjelang maghrib dalam jam 5-6 ptg camtu, mak saya akan mula tak keruan, akan mula keluh kesah.. kadang2 murung sendiri... emosi dan mental tak stabil.. mula nak nangis, padahal takda apa benda pun yg nak dirisaukan. Semua kerja2 rumah saya yang settle kan. Saya tanya mak pikir apa? dia jwb mcm2 la, dia jwb benda2  rutin yg belum  selesai dan byk tak puas hati.. contoh: mcm kucing belum masuk kandang la, tak puas hati sbb adik belum balik rumah la, risau abg tak sampai rumah lagi, kdg2 baju dia tak cuci lagi.. benda ni boleh buat dia bimbang yg amat dan boleh nangis mcm budak2 kecil. ...benda2 simple tapi boleh buat dia mcm RISAU YANG AMAT macam org hilang anak, mcm org baru kena bencana musibah, kalau tengok raut wajah dia masa tak keruan tu, muka dia buruk sy tgk...murung habis, saya kadang2 sakit hati tengok sebab DIA RISAU BENDA YANG TAK PATUT.

Kadang2 kami standby dah kalau dalam jam 5 hingga 7 mlm, kami pasang kuat2 ayat2 Quran biar berkumandang satu rumah ni. Masa2 gini sy start dah  suruh mak jangan pikir lebih2 sebab benda yg dia risaukan tu semua memang kami akan settlekan. Kdg2 saya marah betul dan sakit hati dengan sikap dia yang suka pikir masalah dan risau benda remeh temeh. Sebenarnya sejak arwah abah saya meninggal, perangai cepat risau dan bimbang dia makin menjadi.. suka pikir negatif, kalau kami sekeluarga berkumpul pakcik makcik saudara jauh semua tu, semua org klu boleh malas nk ajak dia berbual2 sebab dia akan ckp benda2 negatif.. ckp pasal masalah dia, kesusahan yg dia hadapi, padahal dia dah cerita kisah tu lebih dari 10 kali.. sy perasan org lain pun muak dgr cerita dia. kdg2 jg dia ckp pasal keburukan org, memburuk-burukkan org..so bila suasana yg happy2 kdg2 boleh bertukar menjadi negatif dan tak best. Mak sy ni klu dlm kumpulan org tgh syok bercerita, dia  boleh jadi si 'perosak mood' suasana. Saya dah nasihat dia berkali-kali, jgn bawa sikap negatif dia tu. Buang jauh2 pikiran negatif. Sy marah betul klu pasal ni.. sebab satu rumah tu akan jadi murung gara2 dgn sikap dia. Terutama masa kami berkumpul makan, dia akan start ckp benda2 negatif, padahal org tgh makan, dan baru balik kerja penat.. dia akan merosakkan mood di meja makan smpi 1 masa kami mkn sendiri2, tak berkumpul utk dinner sama2, sorg mkn awal di sofa, sorg lagi mkn di bilik, atau ada yg mkn lambat depan tv. camtu la. Masa ni sy stress sgt2.. stress sbb aura negatif yg ada di rumah.. dan negatif vibe yg di bawa oleh mak sndiri.

Tapi tu dulu masa mula2 arwah abah ninggal.. skg tak sangat sbb dah di bg nasihat berkali kali. Nak bawa jumpa kauseling pn, dia kata dah.. tapi saya rasa dia tipu. Sebab dia ni pun klu bercakap tak boleh percaya sangat. Selalu in denial. Cuma lepas dia strok ni, perangai RISAU dan BIMBANG dia datang balik. Kmi pun x tau apa sebab dia risau dan bimbang yg terlampau smpi jd camni. Terutama bila menjelang waktu maghrib.

Petang tadi pakcik saya sudah bagitahu yg dia akan bawa kawan ustaz dia untuk ruqyahkan mak sy ni,,, dan tengok2 klu ada jin ke apa dlm rumah ni. Sebab 3 hari lepas dlm jam 5.40 camtu mak sy jadi tak keruan lagi smpi dia claim nmpk benda tu. Saya nampak mak sy ni lebih kepada hati dia lemah x stabil dan tak boleh control emosi. Mungkin jg dia nmpk benda tu. Apapun, mlm esok ustaz tu akan dtg. Mudah2an dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 09:13 AM | Show all posts
rasernya kalo kite tgh sakit badan lemah fikiran jadi x keruan sikit. dari pengalaman saya lah kalo sakit saya mmg akan mimpi pelik2. sbb badan kita lemah.

n kalo sakit tu teruk sikit boleh jadi meracau.
sbb tu saya sokmo doa kalo time period hopefully x sakit lah mcm demam ke ape. sbb mimpi yg di alami tu mmg x best.

walopun aya no gemor nengok citer antu tapi Alhamdulillah x pernah terbawak dalam mimpi.
mimpi menakutkan ni happen bile sakit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.238998 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list