View: 3266|Reply: 15
|
10 Fakta Yang Mungkin Jarang Anda Dengar Tetapi Benar Mengenai Malaysia
[Copy link]
|
|
Sempena hari kebangsaan Malaysia yang ke-61 yang bakal kita sambut tidak lama lagi, bagi menyemarakkan lagi rasa cinta terhadap tanah air yang tercinta ini, berikut merupakan fakta yang mungkin jarang kita dengar tetapi benar mengenai Malaysia.
(Sumber foto : Google)
1. Sebelum Malaysia mendapat namanya, ahli geologi Greco-Roman Ptolemy menamakan negara kita sebagai Aurea Chersonesus, yang bermaksud 'semenanjung emas'. Nama itu ditemukan di dalam buku Ptolemy yang berjudul Geographia.
2. Nama "Malaysia" adalah gabungan perkataan "Melayu" di dalam bahasa Inggeris dan pengakhirannya berasal dari bahasa Latin-Yunani yang berbunyi "-sia".
3. Lagu kebangsaan Malaysia "Negaraku" berasal dari lagu negeri Perak yang berjudul “Allah Lanjutkan Usia Sultan”.
4. Di Malaysia, walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara, tetapi kebanyakan daripada kita lebih gemar menggunakan bahasa rojak yang dicampurkan dengan bahasa Inggeris, Tamil, Mandarin, dan sebagainya.
5. Rakyat Malaysia adalah orang yang paling mesra dan peramah di dunia... di Facebook! Menurut tinjauan pada tahun 2010 yang dijalankan oleh TNS, sebuah firma antarabangsa ; rakyat Malaysia mempunyai purata 233 rakan - antara yang paling banyak di dunia! Ini diikuti oleh Brazil dan juga Norway.
6. Roti canai yang merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia dipercayai dibawa masuk dari negara India melalui pendatang India Muslim suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, roti canai tidak pernah wujud di India.
(Sumber foto : Google)
7. Masa setempat di Malaysia telah diselaraskan sebanyak lapan kali! Pada tahun 1932, jam telah dicepatkan selama 20 minit untuk memanjangkan masa di siang hari. Pada tahun 1941 pula, masa itu telah dipercepatkan 10 minit lagi! Tahun 1942, ia mempercepatkan dua jam lagi untuk mengikuti masa di Tokyo, Jepun. Pada tahun 1945, mereka membalikkan jam ke masa seperti pada tahun 1941, dan akhirnya, pada 1 Januari 1982, Tun Dr. Mahathir memutuskan untuk melambatkan 30 minit untuk menyelaraskan masa dengan Sabah dan Sarawak. Menariknya, Singapura juga menyesuaikan jam mereka pada hari yang sama.
8. Secara teori, anda boleh memandu dari Malaysia ke Norway tanpa perlu mengambil feri atau kapal terbang. Ia akan mengambil sedikit masa - jaraknya ialah sejauh 5,867 batu! Tetapi anda boleh melakukannya dengan melewati hanya lima negara selain Malaysia dan Norway - Thailand, Burma, China, Kazakhstan dan Rusia.
9. "Roundabout" yang terbesar di dunia terletak di Putrajaya, Malaysia yang berkeluasan sepanjang 3.5 kilometer!
(Sumber foto : Google)
10. Setiap perkataan yang keluar dari mulut seorang rakyat Malaysia, samada berbahasa Melayu, Inggeris, Tamil atau Mandarin pasti berakhir dengan perkataan -LAH!
(Sumber foto : Google)
Penulis ingin mengucapkan selamat hari kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia! Diiringi semangat Malaysia Baru, diharapkan kita akan bersama-sama memperoleh kemakmuran dan kesenangan yang berpanjangan di bumi tercinta kita, MALAYSIA! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
11.satu2 negara di dunia ini yg warga asing boleh buat sukati mereka ialah Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih lah atas informasi ini |
|
|
|
|
|
|
|
10. Setiap perkataan yang keluar dari mulut seorang rakyat Malaysia, samada berbahasa Melayu, Inggeris, Tamil atau Mandarin pasti berakhir dengan perkataan -LAH!
Wahahah. Serius betul lah!
Kalau nak tahu seseorang tu orang Malaysia, mesti ada partikel "lah" digunakan. |
|
|
|
|
|
|
|
6. Roti canai yang merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia dipercayai dibawa masuk dari negara India melalui pendatang India Muslim suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, roti canai tidak pernah wujud di India.
ape pulak takde.. parotha tu roti canai laa
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-8-2018 11:49 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Foxey: terima kasih lah atas informasi ini
Kih3 {:nose {:nose |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 29-8-2018 11:50 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
fizafaizal: 6. Roti canai yang merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia dipercayai dibawa masuk dari negara India melalui pendatang India Muslim suatu ketika d ...
Pratha lain... Roti canai mmg xde kt sana
|
|
|
|
|
|
|
|
Roti canai.. Mungkin mai dari Chennai.. Roti dari Chennai.. Lama2 jadi roti canai.. |
|
|
|
|
|
|
|
2. Nama "Malaysia" adalah gabungan perkataan "Melayu" di dalam bahasa Inggeris dan pengakhirannya berasal dari bahasa Latin-Yunani yang berbunyi "-sia".
Sia dalam bahasa Latin- Yunani tu, maksudnya apa?
Nama Malaysia dah ada tertulis semenjak 1937. Rupert Emerson, antropologis dr USA, wakil CFR awal lagi dah cerita pasal Tanah Melayu, Federated Malay State tapi beliau istilahkan dengan nama Malaysia.
Boleh baca buku "Malaysia- A Study in Drect & Indirect Rule", 1937
|
|
|
|
|
|
|
|
3. Lagu kebangsaan Malaysia "Negaraku" berasal dari lagu negeri Perak yang berjudul “Allah Lanjutkan Usia Sultan”. Dulu depa kata lagu Negaraku ni, asal dari rentak dan irama lagu negeri Perak, Terang Boelan.. Terang Boelan asal dari lagu Hawaii,.. Namun melodi ni kabarnya pula berasal dari lagu Perancis pula, La Rosalie..
|
|
|
|
|
|
|
|
yg no 7 boleh buat soalan math tu basically jawapan akhirnya adalah waktu malaysia kembali kepada yg asal la kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Info menarik pasal asal usul nama Malaysia ada dalam akhbar kosmo hari ni. Nama Malaysia telah digunakan sejak tahun 1889, menurut Prof Madya Mat Zin Mat Kib dari UiTM Sabah la.. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tak silap aku, tarikh kemerdekaan 31 ogos 1957 diputuskan oleh datuk Pak Lah setelah membuat tilikan (ilmu falak).
Betulkan aku kalau silap. |
|
|
|
|
|
|
|
tq for info tt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Paling menarik fakta drive dari msia ke Norway...Sapa la nak cuba.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 3-9-2018 12:46 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
EvieWanKenobi replied at 1-9-2018 06:12 PM
tq for info tt..
Welcome huhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|