"Sehari, empat biji anak saya telan (supplement)."
Pelbagai lambakan produk kecantikan dan kesihatan boleh kita lihat berada di pasaran hari ini. Lebih menakutkan, golongan ibu juga semakin 'terdesak' mendapatkan produk makanan tambahan kanak-kanak untuk anak mereka.
Namun, adakah semua produk ini boleh dipercayai keberkesanannya?
Terbaru, tindakan seorang ibu memberi empat biji supplement setiap hari kepada anaknya mendapat kecaman ramai di laman sosial.
Kita nak bagi anak kita putih gebu...
"Bolehkah telan supplement melebihi tiga biji sehari?" tanya netizen.
Perkara itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang mengecam kebanyakan orang Melayu hari ini tidak dapat menerima hakikat kerana memiliki kulit gelap.
Mak dia tak dapat terima hakikat keturunan dia hitam
Dalam masa sama, perkongsian ini juga menarik perhatian pelakon Tiz Zaqyah yang bimbangkan kesihatan kanak-kanak terbabit.
"Tak fikir masa depan anak-anak ke?" soal Tiz.
Manakala, beberapa netizen turut dilihat 'mengadu' mengenai perkara itu kepada Dr Nur Amalina Che Bakri.
Dr Amalina, tengok ni...
Kredit foto: Twitter
Tak salah mahukan anak sihat, cantik, putih gebu dan sebagainya. Namun, fikirkanlah kesan dan akibat dari pemakanan yang tidak diketahui sumber dan keberkesanannya.
Dapatkan nasihat daripada yang lebih pakar. Jangan anggap diri lebih hebat dan pandai daripada doktor. - CARI |