|
Seorang pereka fesyen mendakwa dirogol pakar bius selepas menjalani pembedahan payudara di Samara, Russia, lapor The Sun.
Mangsa, Erika Bykova, berkata, ketika kejadian dia masih di bawah pengaruh ubat bius menyebabkan dia tidak berdaya menjerit untuk meminta pertolongan atau menghentikan perbuatan doktor terbabit.
Tertuduh mengaku melakukan hubungan kelamin dengan wanita berkenaan beberapa minit selepas pembedahannya dan berkeras menegaskan ia adalah atas kerelaan pesakit.
Doktor Yury Chernikov, 59, didakwa berkata kepada polis bahawa mangsa memberitahunya dia 'berasa seronok' ketika diserang tertuduh.
Erika, bagaimanapun berkata, "Memang saya mengerang. Tetapi, saya mengerang kerana tidak mampu untuk menjerit."
Difahamkan, ia merupakan kali pertama mangsa berusia 35 tahun itu melakukan pembedahan sedemikian dan hanya mereka berdua berada di dalam bilik pembedahan ketika kejadian berlaku.
Kredit foto: The Sun
"Tubuh saya menggigil selepas pembedahan itu, namun saya tidak mampu melakukan apa-apa ketika doktor berkenaan menyerang saya.
"Saya sedar apa yang sedang berlaku kepada saya, tetapi nak buka matapun saya tak larat," katanya.
Erika, kemudian membuat aduan kepada Kementerian Dalam Negeri Samara sebaik dibenarkan pulang.
Dr Chernigov berdepan hukuman penjara sehingga enam tahun, jika sabit kesalahan atas tuduhan rogol dan keganasan seksual. - CARI |
|