CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3195|Reply: 16

[Buku] Novel Thriller/aksi terbaru dari saya

[Copy link]
Post time 2-9-2018 10:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 3-9-2018 06:42 PM

Salam....

Novel saya yang terbaru sudah terbit sebenarnya tengah bulan Ogos yang lalu. Ini Novel solo yang ke empat bertajuk SINDIKET, kali ini saya menulis tentang satu topik yang ramai tahu tetapi kita tidak ambil tahu iaitu tentang pemerdagangan Manusia dan penjualan Organ. Satu kegiatan yang semakin berkembang dan mengancam banyak nyawa. Novel kali ini bukan hanya di adunkan dengan aksi-aksi yang mendebarkan tetapi ianya di selitkan dengan nilai-nilai kekeluargaan dan kesedihan. Jika ada kelapangan sila dapatkan...pasti anda tidak akan kechewa....hehehh

Sinopsis cerita.
Ianya kisah tentang seorang wanita muda bernama Munira. Seorang ibu tunggal yang mempunyai dua anak, hidupnya menjadi berantakan bila kedua anaknya telah diculik oleh kumpulan Van Putih semasa pulang dari sekolah. Harapannya musnah bila pihak Polis sendiri buntu untuk menyelesaikan kes penculikan ini. Kerana kecewa dia bertekad untuk menyiasat sendiri kes kehilangan anaknya. Munira fikirkan dia mampu menjejaki kehilangan anaknya tetapi dia telah tersalah langkah bila dia di tangkap oleh Sindiket tersebut. Nyawanya di hujung tanduk, dengan pertolongan Somchai salah seorang ketua kumpulan sindiket itu dia berjaya melepaskan diri.

Somchai salah seorang anggota sindiket itu yang terhutang budi pada Munira kerana menyelamatkannya bersetuju menolong Munira. Misi mereka bukannya mudah, mereka diburu oleh sindiket yang ganas itu. Munira sudah kesuntukan masa kerana nyawa anaknya di hujung tanduk. keadaan menjadi semakin rumit apabila mereka ditangkap oleh Sindiket tersebut. Tetapi kejutan demi kejutan bukan sahaja mengejutkan Munira malahan Somchai sendiri.

Apakah kaitan Munira dan Somchai? kenapa Somchai sanggup berpaling tadah? siapa yang menculik anak-anak Munira? Adakah Munira mampu menewaskan Sindiket yang begitu berkuasa sekali...

"Aku hanya mempunyai dua pilihan...membunuh atau di bunuh"




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2018 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
nama watak terlalu tipikal.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2018 07:40 PM | Show all posts
Tahniah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2018 08:40 PM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 3-9-2018 04:02 PM
nama watak terlalu tipikal.

hehe...maksudnya apa tu?
tetapi ceritanya tidak seperti tipikal novel yang biasa...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2018 08:43 PM | Show all posts
SINDIKET
komen pertama dari pembaca Novel Sindiket...


Arman Jazee
12/8/2018

Semalam post kat group Buku Tiga Lima. Lupa nak post kat wall sendiri.

Akhirnya jumpa perkataan TAMAT tepat jam 2.59 pm setelah bersambung-sambung bacaannya. 😁.
Permulaan cerita kisah Naim dan Naina. Sungguh sedih saat dua beradik ni diperlakukan tanpa belas kasihan sehingga berlaku sesuatu yang dasyat. Masuk scene Munira, pada mulanya memang tak boleh nak kaitkan dengan kisah Naim dan Naina. Tetapi...dari bab ke bab..masyaAllah..superb!!
Bila Munira bertemu dengan Somchai, plot semakin menarik. Tertanya- tanya juga kenapa Somchai tak bunuh Munira. Mana Nadia menghilang? Telahan saya tidak tersasar!! Itu yang penting😂😂😂..akhirnya terjawab juga. Sangat- sangat menarik!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2018 08:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2018 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
jagosam70 replied at 3-9-2018 08:40 PM
hehe...maksudnya apa tu?
tetapi ceritanya tidak seperti tipikal novel yang biasa...

nama watak agak tipikal bagi pendapat saya.tapi itu satu perkara enteng saja, jika garapannya bagus, letaklah apa pun nama watak2 itu, pembaca mesti sukakannya.

jika berpeluang saya akan memiliki naskah saudara/saudari.semoga sukses selalu.tahniah ya!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2018 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 3-9-2018 07:40 PM
Tahniah

cik seri ada novel DUKE tak?kalau ada pada simpanan cik seri pm saya.

Comments

Tak de :)  Post time 4-9-2018 12:47 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2018 10:09 PM | Show all posts
KILL_NANCY replied at 3-9-2018 10:58 PM
nama watak agak tipikal bagi pendapat saya.tapi itu satu perkara enteng saja, jika garapannya bagu ...

ok saya faham Kill_Nancy....semua watak-watak novel saya adalah nama-nama yang biasa...kira nama-nama orang kampung. Tak ada nama-nama yang canggih seperti novel-novel lain. Saya sukakan nama seperti itu sebab tak janggal di mata dan hati. Bila membaca kita terasa nama dan watak-watak ini dekat di hati. Kebanyakkan tulisan saya mengangkat orang-orang kecil yang berjiwa besar dan tidak mudah mengalah...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2018 12:07 AM | Show all posts
⭐⭐⭐⭐⭐.. Best !! .. Taniah bang!! Teruskan berkarya . 😊 -Arman Jazee.
No automatic alt text available.

komen terbaru untuk Novel Sindiket...syukran for 5 star...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2018 10:45 PM | Show all posts
lagi komen dari pembaca Novel terbaru saya...Sindiket...

Oleh kerana hari hujan, mari kita cerita pasal buku. Ekhem.. Buku pilihan hari ini - Sindiket, karya tuan Arman Jazee. Tebal 501 m/s. Terbitan Buku Prima. Cerita dia? Hmm.. tertumpu pada 2 watak penting, Munira dan Somchai. Berkisarkan realiti hidup. Kisah jenayah pemerdagangan manusia yang tragis. Sindiket gila yang menyiksa ribuan (ataupun jutaan?) manusia.
Dalam novel ini korang akan rasai pergolakan watak Munira yang pada mulanya begitu lemah sampai aku pun naik geram. Tetapi berikutan satu kejadian hitam telah mengubah hidupnya secara total dan membuatkan aku respek pada dia.
Somchai. Siapa Somchai? Dia adalah lelaki yang mempunyai sejarah hidup yang tak disangka. Kenapa? Bagaimana pula dia boleh dipertemukan dengan Munira? Apa konflik yang berlaku? Itu korang kena baca sendiri.
Tapi apapun korang boleh terkesima dengan endingnya. Aku pun tak sangka weh! Ingatkan begini, rupanya begitu kaedahnya. Haha. Tapi aku boleh janji yang korang akan dipertemukan dengan aksi yang mendebarkan, konflik yang tak berkesudahan, sudah tentu adegan ngeri di sana sini tapi masih punya kisah sedih tersendiri.
Sekian ulasan syok sendiri dari aku. Apapun aku bagi 4/5 bintang untuk novel Sindiket ini.
👍👍👍

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2018 09:33 PM | Show all posts
Dadah adalah musuh nombor 1 negara, ramai yang menjadi mangsa. Tetapi tahukah anda, jenayah yang lebih besar dan kejam semakin berleluasa. Jenayah yang bukan melibatkan penagih dan pengedar sahaja tetapi setiap lapisan masyarakat.
Permedagangan manusia dan penjualan Organ adalah jenayah yang semakin berkembang di seluruh dunia. Permintaan yang tinggi dan penawaran yang kurang menyebabkan penjenayah mula beralih ke kegiatan ini yang kurang risiko. Jenayah ini tidak mengenal usia, sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa.
Dalam Novel Sindiket anda akan di dedahkan tentang modus operandi mereka ini...kekejaman dan kebuasan adalah mainan mereka kerana wang manusia menjadi buta...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2018 09:57 PM | Show all posts
Edited by jagosam70 at 9-10-2018 10:01 PM

Syukurlah...Sindiket dalam top 10 untuk bukan ogos ni...
jika anda mahu membaca kisah thriller dan aksi yang boleh menumpahkan

air mata anda...inilah novelnya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:13 PM | Show all posts
Sindiket sudah ada dalam Goodread...rating setakat ini 4.8
sila click di bawa untuk baca apa komen pembaca....


https://www.goodreads.com/book/show/41740639-sindiket

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2018 09:55 AM | Show all posts
jagosam replied at 19-10-2018 09:13 PM
Sindiket sudah ada dalam Goodread...rating setakat ini 4.8
sila click di bawa untuk baca apa komen  ...

Copi satu...

Read in September 2018
Thriller yang sangat mengancam dan ohsem.. Penulis berjaya menjadikan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya sebagai punca ibu itu menjadi kuat demi menyelamatkan anaknya.. Peristiwa kejam dan menyayat hati membentuk seorang lelaki menjadi kejam namun Allah itu maha kuasa dan hidayah itu boleh datang bila-bila sahaja.. Somchai dan Munira mempunyai pertalian yang tak disangka.. Kerana pertalian itu mereka mengejar musuh.. Puas.. Memang puas.. Isu penjualan organ dan penculikkan kanak-kanak yang berjaya..

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2018 09:32 PM | Show all posts
seribulan replied at 20-10-2018 09:55 AM
Copi satu...

Read in September 2018

terima kasih


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.086326 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list