|
|
Wah, romantik sungguh Ainul Aishah sambut hari jadi kekasihnya, Khalid Redzuan! Kekasihnya begitu terkejut dengan sambutan di luar jangkaannya.
 Foto: IG Ainul Aishah
Kenangan indah ini turut dimuat naik dalam Instagram masing-masing. Khalid benar-benar menghargai usaha yang dilakukan oleh Ainul.
Suasana romantik ini turut diserikan lagi dengan pemandangan KLCC pada waktu malam. Tambah pula panorama tersebut dapat menyaksikan lagi pertunjukkan bunga api sempena kemerdekaan.
Kalau begini sambutannya setiap tahun, pasti cair hati Khalid dan tidak akan memandang wanita lain.
Moga hubungan mereka suatu hari nanti diakhiri sebagai suami isteri yang sah. Jangan pula sewaktu menjadi kekasih sahaja romantik. Harap lepas kahwin juga begitu. - CARI
|
|