CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 795|Reply: 0

Kes Salah Guna Dana PRU 14: Bekas KP Perisikan Dibebaskan

[Copy link]
Post time 3-9-2018 04:21 PM | Show all posts |Read mode
Memetik laporan Bernama, bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid yang direman berhubung kes salah guna wang peruntukan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di Putrajaya hari ini.


Kredit foto: www.airtimes.my



Namun, Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad mengarahkan pasport Hasanah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Hasanah, 61, sebelum ini direman enam hari sejak 29 Ogos lalu mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.


Dalam pada itu, peguam Hasanah, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memaklumkan, pihak SPRM pada mulanya memohon supaya pasport anak guamnya diserahkan dan perlu menyerahkan wang jaminan sebanyak RM50,000.


Bagaimanapun, katanya, pihaknya membantah permohonan wang jaminan itu kerana tiada justifikasi undang-undang menetapkan pembebasan reman memerlukan seseorang itu mendepositkan wang sebagai jaminan.- CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.232322 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list