"ejabat Peguam Negara harus tampil memberikan penjelasan."
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata demikian berhubung pengguguran pendakwaan kes rasuah pembelian banglo di bawah harga pasaran membabitkan Lim Guan Eng.
Kredit foto: IG Nurul Izzah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini dalam satu kenyataan mendakwa terkejut dengan keputusan mahkamah itu.
Dalam kenyataan lain, Nurul Izzah menegaskan pendiriannya agar SPRM perlu diberikan kuasa untuk membuat pendakwaan.
Seorang pengguna Twitter memuat naik kenyataan Nurul Izzah ketika pertemuan tertutup pemimpin PKR dan SPRM di Bangunan Akademi Pencegahan Rasuah pada 2013.
Memetik Astro AWANI, Nurul Izzah pada 21 Ogos 2013 berkata, SPRM perlu diberi kuasa membuat pendakwaan memandangkan Peguam negara gagal melaksanakannya dengan adil. - CARI |