View: 848|Reply: 10
|
[Tempatan]
Selangor nilai semula kadar tarif, air percuma
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM, 4 Sept (Bernama) -- Selangor akan menilai semula kadar tarif air dan program pemberian air percuma supaya tidak membebankan kerajaan negeri dan pengguna di terlibat.
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata, bagaimanapun buat masa ini kerajaan negeri berpendirian untuk mengekalkan tarif air serta program pemberian air percuma itu.
"Matlamat penstrukturan air di Selangor sebelum ini adalah untuk mengambil alih operasi rawatan dan pengagihan bekalan air daripada syarikat konsesi sedia ada.
“Justeru, bila masa sesuai, kita harus nilai (tarif dan air percuma) semula supaya ia tidak bebankan kerajaan negeri dan rakyat,” katanya.
Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua berkata demikian ketika menjawab soalan Lau Weng San (ADUN Banting) mengenai penstukturan air di Selangor pada sidang dewan undangan negeri di sini, hari ini.
Beliau berkata dengan pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sendirian Berhad (SPLASH) bernilai RM2.55 bilion susulan rundingan selama hampir setahun antara pihak itu dan Air Selangor pada 3 Ogos lepas, pengurusan air telah dapat ditangani dengan baik dan saksama.
"Dengan penyelesaian isu penstrukturan industri air, yang mana kini pengurusan air (negeri) diletakkan di bawah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), ia turut mengurangkan kos pengurusan air terawat di negeri ini,” katanya.
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Amboi, mentang-mentanglah korang dah membentuk kerajaan pusat. |
|
|
|
|
|
|
|
dia mai dah hahaha ingat senang byr kroni 2.6bil hahaha tanggunglah Bertabahlah Malaysia ku hahaha hahaha hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
dari dulu lagi dah tahu air percuma ni semata2 langkah populis
nak PHancing undi punya pasal |
|
|
|
|
|
|
|
ada lagi ke puak2 nak back up PHancing ni? dah nampak sangat dah game depa ni. lepas satu2 |
|
|
|
|
|
|
|
tak pe
kita tunggu apa geng mahacai nak bekap kali ni
|
|
|
|
|
|
|
|
yg dikendong berciciran ... yg sedia ada dihapuskan... brim hapus... subsidi hapus... bantuan hapus... cukai2 baru diperkenalkan
|
|
|
|
|
|
|
|
hambik ko
14 sen sekepala kena sebat dek PHundet
haa.. tepuk
|
|
|
|
|
|
|
|
bonus kktgn awam Selangor pun mungkin ikut stail pusat. jangan terkejut tiba tiba setengah bulan bonus pun yillek sbb alasan hutang 1 trillion. |
|
|
|
|
|
|
| |
|