CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2028|Reply: 12

[Dunia] Jepun bimbang 'ditelan' Taufan Jebi

[Copy link]
Post time 4-9-2018 02:52 PM | Show all posts |Read mode



TOKYO : Jepun mengeluarkan nasihat berpindah kepada hampir 300,000 penduduk dan membatalkan beratus penerbangan berikutan angin kencang dan hujan lebat akibat ketibaan Taufan Jebi di bahagian utara negara itu.

Jebi membawa maksud ‘telan’ dalam bahasa Korea ialah insiden cuaca buruk terbaru melanda Jepun pada musim panas kali ini selepas hujan lebat, tanah runtuh, banjir dan musim panas melampau sehingga meragut ratusan nyawa.

Taufan itu melalui bahagian barat Jepun dan dijangka melanda Shikoku iaitu pulau terkecil di rantau itu sebelum bergerak ke arah Honshu dan Osaka, bandaraya kedua terbesar negara berkenaan lewat hari ini.

Nasihat untuk berpindah itu dikeluarkan kepada hampir 280,000 penduduk berikutan keadaan angin dan hujan yang semakin buruk.

Visual televisyen turut memaparkan keadaan laut semakin bergelora dan amaran ombak besar khususnya lewat hari ini.

Jabatan kaji cuaca melaporkan, kelajuan angin mencecah 166 kilometer sejam (km/h) direkodkan di Shikoku dan dijangka mencapai kelajuan maksimum sebanyak 216 km/h.

Sementara itu, 87 milimeter (mm) hujan pula dilaporkan turun selama beberapa jam di sesetengah kawasan pagi tadi dan dijangkakan mencecah 500 mm dalam tempoh 24 jam.

Pihak berkuasa juga terpaksa membatalkan hampir 600 penerbangan selain sejumlah besar perjalanan membabitkan feri dan kereta api.

Turut terjejas ialah operasi kereta api laju dan taman tema Universal Studios yang terpaksa ditutup buat sementara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 September 2018 @ 2:15 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2018 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 hal la jepun
Tapi tetap ramai org nak pi sana
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 03:04 PM | Show all posts
scarrynye...mane la nk pindah beratus ribu plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 03:08 PM | Show all posts
Benda biasa je buat mereka setiap kali nak berubah musim bezanya kuat atau tidak je ia melanda.  Tadi kawan2 kat Jepun kata letirk pun tak ada buat sementara waktu jadi kalau dalam rumah agak panas tak boleh on aircon.  Nak bukak tingkap angin ribut kuat ler pulak katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 03:43 PM | Show all posts
nak pindah ke mana la hai... klu asyik tetiap tahun kene pindah, baik pindah terus la..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2018 04:11 PM | Show all posts
ini la bala yang kau tanggung bila kau tak ikut perintah Mahadedak...wakakakakkakakaka

pinjamkan kami uang!..wakakakakkakaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2018 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Japan punya kedudukan dalam peta dunia banyak suwey. Zai sha most deadly energy akan sentiasa menyerang wilayah japan. Bertabahlah
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 11:46 AM | Show all posts
xdapat nak bayangkan perasaan time tu kan..haruslah cuak kebebeh..tp xpe jepun ni advance,they gonna make it..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2018 11:59 AM | Show all posts
So, kereta nasional jepun boleh selamatkan jepon ker masa taufan jelebi neh
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 12:01 PM | Show all posts
JohnnySins replied at 4-9-2018 04:11 PM
ini la bala yang kau tanggung bila kau tak ikut perintah Mahadedak...wakakakakkakakaka

pinjamkan  ...

bende gini pun nak sarcastic nak buatlawak bodo politik bangang
x lawak langsung
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 12:06 PM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 5-9-2018 11:59 AM
So, kereta nasional jepun boleh selamatkan jepon ker masa taufan jelebi neh

sesungguhnya Proton Ertiga itu adalah Suzuki ZC dan perodua axia itu adalah Daihatsu Ayla...wakakakakkakakakakakkaka
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 12:16 PM | Show all posts
idril replied at 5-9-2018 12:01 PM
bende gini pun nak sarcastic nak buatlawak bodo politik bangang
x lawak langsung

Mungkin dengan taufan Jebi ini mampu menyedarkan Jepun bahawa budaya kerja keras sehingga melupakan kerohanian, pornografi yang MENGAIBKAN wanita walaupun ianya adalah CONSENSUAL SEX, penghambaan diri terhadap teknologi canggih, SEMANGAT PERKAUMAN terlampau dan menghina bangsa immigran dan prejudis terhadap immigran sehingga memanggil orang asing dengan gelaran Gaijin tidak mendatangkan kebaikan.....ya walaupun kita tak nampak kewujudan supernatural dan metafizik seperti yang dipeloporkan oleh penduboq2 etis...sedarlah bahawa gelombang tarikan graviti yang tidak dapat dilihat itu sendiri....yang dipeloporkan sains yang disanjung oleh penduboq2 etis itu hanyalah teori yang masih dipertikaikan dan bicabar teorinya oleh sesama saintis sendiri......wakakakakaakaka
kimochi desne haaaaaaaait...wakakakakakakakakka




Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 12:41 PM | Show all posts
teruk betul taufan kali ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.041139 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list