View: 1709|Reply: 10
|
Tiada Kenaikan Tarif Air, Rakyat Selangor Kekal Guna Air Percuma- MB
[Copy link]
|
|
Berita baik untuk seluruh rakyat Selangor Darul Ehsan.
Memetik laporan FMT, program air percuma yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan selama ini akan dikekalkan.
Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Besar Selangor Amirudin Shari di DUN Selangor hari ini.
Kredit foto: carian internet
Menurut Amirudin Shari, tindakan tidak menaikkan tarif air adalah bagi memastikan kejayaan dan kesejahteraan mereka dapat dijaga dan dipelihara.
“Pihak kerajaan negeri mengekalkan prinsip sebarang tindakan dan keputusan berkenaan tarif air akan melihat kepada kemampuan rakyat supaya tidak membebankan rakyat di masa depan.”
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Adun Banting Lau Weng San dan Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi masing-masing dari Pakatan Harapan dan PAS berhubung pengambilalihan Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) akan memberi kesan kepada tarif dan pemberian air percuma di negeri itu.
Bagaimanapun, tambah Amirudin, kerajaan negeri juga menganggap apabila tiba masa yang sesuai mereka harus menilai semula pemberian air percuma dan tarif air berkenaan.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Berryboo-Riboo Tanyah
Pakatan Selangor berjaya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih pembangkang..mohon banyak2 kan lagi fitnah yg menguntungkan rakyat sebegini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ala.. Jamal baru nak demo. |
|
|
|
|
|
|
|
Ala.. baru nak tengok Jamal demo. |
|
|
|
|
|
|
|
tak baca ke ayat last tu. bukannya tarif air tak akan naik sampai kiamat. tu belum cerita lg kerajaan negeri mintak tlg siapa yg subsidikan air tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Semalam dengar ucapan Tun M di Brunei. Tun ckp di masa akan datang setiap rumah perlu ada sistem tadah air hujan. Logic jugak .. kita dpt banyak hujan tapi air hujan mengalir balik masuk tanah masuk sungai. Masa akan datang bila kemarau melanda kita tidak punya masalah air.
|
|
|
|
|
|
|
|
@admin6 @CARI-LTS
Admin,
Seperti mana anda memerlukan masa untuk membalas dan membuat siasatan aduan saya, begitu juga saya memerlukan masa untuk membalas jawapan anda. Sebab itu saya mahu thread yang telah digodam itu dibiarkan hidup.
Sekarang thread telah ditutup semula. Tidak mengapa.
Saya memudahkan kerja Admin. Setelah menjalankan siasatan sendiri, wartawan yang mengodam thread saya itu ialah @CARI-LTS dari bod Isu Semasa.
Saya juga dapati ini bukanlah kali pertama wartawan CARI-LTS mengodam artikel forumer untuk diletakkan di Portal CARI.
Pernah juga forumer membuat aduan kepada Admin kerana wartawan CARI-LTS melakukan kerja-kerja pengeditan yang menghancurkan artikel mereka dengan meninggalkan sampah-sarap berupa kod HTML, tetapi Admin tidak mengambil sebarang tindakan.
Saya memudahkan kerja Admin lagi. Saya mahu wartawan CARI-LTS tampil ke depan membuat permohonan maaf secara rasmi, bukan sahaja kepada saya, tetapi juga kepada semua mangsa godaman beliau sebelum ini.
Permohonan maaf bertulis menggunakan kepala surat CARI. Selepas itu letak di semua bod yang pernah digodamnya. Pastikan pihak atasan dan editorial CARI serta superiornya turut diberikan salinan permohonan maaf tersebut.
Sekian, terima kasih.
|
|
|
|
|
|
|
|
bila musim kemarau masing masing org selangor berbaris bawa baldi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kangkung1M at 4-9-2018 08:22 PM
cc @admin6
@CARI-LTS,
Beri penjelasan kepada I kenapa you godam thread I.
Thread tu susah payah I buka & jaga, dalam masa sebulan lebih je views hampir 90k, komentar 1000++, bilangan muka surat >40. Tapi sekarang thread terpaksa ditutup sebab habis jahanam dan huru-hara hasil kerja tangan you.
You padam artikel versi cerpen garapan I sendiri, lepas tu tepek artikel you, then letak kat Portal Semasa CARI. Siapa beri you akses untuk buat semua ni?
Sila jawab!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|