CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rafiz28

Menantu dari Neraka..

  [Copy link]
 Author| Post time 17-9-2018 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
karlmax8 replied at 15-9-2018 02:07 AM
Betullah. Kita tak payah takut jin ni. Masalahnya macam aku terjaga satu malam tu, jelinglah kat pin ...

Poc ni muka dia kosong kan? Xde muka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2018 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
rafiz28 replied at 17-9-2018 11:29 AM
Sebelum tu nk cite pasal kisah org kg kawan aku..tajuk diberi..

Disihir isteri pertama..

Wei nanti sambung lagi ok. Take time.hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2018 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
rafiz28 replied at 17-9-2018 11:34 AM
Aku tgh buat kajian aaa..cmne la org bole buat cerita seram mcm mastika (dulu mastika best skrg mast ...

Ada hikmahnye nape ko x pandai nk olah cerita org ke dlm penulisan ko

Klu ko pandai create story dgn ayat dan dialog yg teratur, konfem ko tak menulis di sini dah..dan kami xdpt bc cerita baru dah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2018 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Okey sambung kisah kak su lagi..

Sementara nk tunggu anak no 3 kak su, amran nama diberi, si mira ni dh makin teruk, bbrapa kejiranan yg rapat dgn kak su ni ada yg baik hati dtg tiap mlm temankan kak su, nak pg kl sendiri tak boleh sbb mira xbole naik bas, kak su tak bole bawak kereta..yg lebih kronik lgi mira yg hilang ingatan ni boleh lumur bdn dan mukanya dgn darah dtg bulan, yg lebih menggelikan, dia bole cangkung dan drh tu dijilat2, kak su peluk balut dan usaha utk comfort anak dia..dan ada jgk yg pura2 baik ni sebarkan pada org lain,  jiran2 yg musibat ni dtg menyibuk2 nak tgok anak kak su yg xsiuman, jaja cerita sna sini..xlama amran dtg ambil kak su dan mira bawa ke kl..tapi xsenang utk bawak dua beranak ni keluar, pak kamsan xberi kak su tinggalkan kg..aneh suami yg durjana ni mcm suka tgok bininya menderita dri pg berubat..walhalnya bknnya dia tolong kak su pun...atas sebab ini pak kamsan aku tukar nama dia kpd jantan shundalllll...

Mira berubat dgn seorg hamba Allah yg baik..dtg berubat secara percuma..tak ada cas diberikan.. semuanya seikhlas hati..kalau nk beri duit saguhati bole xada paksaan.. alhamdulillah semuanya beransur baik..berbulan2 juga rumah ditinggalkan..mak cik2 bawang dah pedih telinga tak dpt cerita hiburan dan sensasi..bila semuanya dah beransur baik, kak su nak balik semula ke kg tapi ditegah oleh ustaz, dia kata dia xnak masuk campur urusan kak su sekeluarga, tapi kasihan melihat kak su , benda ni dihantar utk buat kak su menderita sbb itu kak su tak kena apa2 cuma org yg tersyg menjadi mangsa, penderitaan secara mental ni lebih teruk dari sakit disihir kata ustaz itu..dia xbenarkan kak su balik atau lepas kan sesuatu yg kak su syg utk dptkan semula sesuatu yg hilang..kak su faham apa yg di sampaikan oleh ustaz tersebut..dan kak su balik jumpa dgn pak kamsan..masa kak su pergi rumah isteri pertama pak kamsan, kak su dah bersedia apa2 yg terjadi..isteri pak kamsan xberi suaminya dtg jumpa kak su..kak su ckp dia dtg utk minta cerai..nak tau jahatnya isteri pertama pak kamsan ni..dia kata kak su kena byr pada pak kamsan utk bercerai sbb kak su yg nk diceraikan..

Sebab dah xnak byk cerita..kak su setuju je lah kan..jantan shundal bknnye boleh dipakai apa..mcm bpk kucing mandul aje pun pak kamsan ni..rupanya nk bercerai pun xsenang jgk..malaysia punya procedure tau la kan..org dh Serius nak cerai2 diorg pun terhegeh2 nk satukan nak nasihat mcm2 hal, masa satu sesi kaunseling aku dulu, ada satu psgn ni suami dia siap boleh tunjal2 kepala isteri dia depan ustaz, siap ckp " bodoh ko ni, ko dgn family ko sama bodoh" ustaz tu ckp apa tau.." sabar, sabar kita berbincg, perkahwinan ini ujian kena sabar, en bertenang encik" pergh aku rsa mcm nk cabut kaki aku terus terajang muka mamat yg tunjal bini dia tu dan ustaz tu aku doakan dia menduda la biar dia rsa pergi kaunseling org yg mcm dia...  akhirnya semuanya selesai...dan pak kamsan balik la ke rumah isteri pertama mcm biasa..tapi tak ye pembaca isteri pertama dia xpuas hatii..

Berbalik kpd isteri pertama pak kamsan yg mungkin masa kecilnya pernah didera, hidup penuh penderitaan dipaksa mkn makanan kucing or ketuk ubi hari2 atau mungkin ptg2 kena pikul pembajak sawah seperti seekor kerbau, mungkin ini punca rasa dengki dan sebagainya dlm diri dia ni..dia sendiri ada 2 org anak dan kedua2 anak dia ni langsung tak menjadi org bahkan menjadi penghuni istana diraja pusat serenti dan sorg lagi keluar masuk penjara..jadi bila suami dia kawin dgn kak su mungkin keluarga bahagia ni dia jadi benci sgt2, suami dia pulak mybe puji2 isteri kedua dia jadi double benci..so dia cuba nk berbaik2 dgn kak su lepas kak su dan suaminya bercerai..kdg2 hantar kuih la, laksa la, hantar lepat ubi, cengkodok pisang asal namanya makanan boleh tepek sini..tapi xada satu pun yg kak su makan..semuanya berakhir di tong sampah..kak su ni ada ilmu di dada, kuat mengaji jadi dia boleh dpt gerak hati yg xbaik..bks suami kak su si jantan shundal ni mungkin dah dibodohkan oleh isteri dia sampai jadi mcm tu bodohnya, dah xbercampur dgn masyarakat, duduk rumah aje..cerita ni lama dulu ada la 10 tahun lepas..

Apa dh jadi dgn keluarga diorg? Isteri pak kamsan dah meninggal dunia sakit kencing manis dan komplikasi buah pinggang yg teruk, semua org pulaukan dia sbb biasa lah dari mulut ke mulut dari kg ke kg mulut yg membawa cerita semua tahu betapa jahatnya isteri pertama pak kamsan, pak kamsan hidup sorg2 anak2 diorg pun xtahu mana mungkin hidup lgi atau tak, mira dah kawin, anak sulong kak su dah bercerai skrg dah kawin baru, amin meninggal bbrapa thn lepas kemalangan moto, dia dh baik sakit cuma masih mkn ubat hospital, amran tak tahu cerita aku lupa nk tanya..begitu la nasib kak su..kesian x?? Kesian..

Bapak aku dulu pernah kena tipu dgn skim cpt kaya, nages bapak aku dah la duit tu duit jual tanah dia masuk skim cepat Kaya pastu org tu plak elok je xkena tangkap..lepas bbrapa tahun bapak aku ckp kt mak aku

Bpk : aku ni mcm pasrah je la duit tu dh habis kena tipu dek org
Mak aku : ala tak apa la, xde rezeki kita pun dh tua duit tu kalau ada pun bkn bole buat apa pun..
Bpk : ye la..tu la tipu bini org tipu duit aku..aku tipu xpakai duit, tapi aku kena tipu pakai duit..xadil..
Mak aku : ko tgok bpk ko ni..kesian tgok dia ni..

Tamat
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2018 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
rafiz28 replied at 17-9-2018 11:48 AM
Aku pun fikir mcm ko..kalau aku xde duit apa2 jadi kt aku cmne..aku bknnye ada bini.. jadi kalau a ...

Kau jgn nurse cecantik pon xtentu ny dorg jaga elok, g la cari bini fiz oii ikut ckp ayah kau cari yg mcm kucing tu, macik aku pulak bg saranan biar sakit d mata jgn sakit d hati, sakit d mata boleh ttp lampu sakit d hati nk ttp dgn apa.. Giteww masa tu aku form 3 xpaham lg kiasan2 ni dah dewasa sikit baru pahammm hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2018 07:47 PM | Show all posts
rafiz28 replied at 17-9-2018 06:36 PM
Okey sambung kisah kak su lagi..

Sementara nk tunggu anak no 3 kak su, amran nama diberi, si mira ...

akhirnya tamat..
macam mana kak su tu tahu yang madu dia yang hantar sihir?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-9-2018 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 17-9-2018 07:47 PM
akhirnya tamat..
macam mana kak su tu tahu yang madu dia yang hantar sihir?

Ustaz yg merawat mira tu bgi hint2 la sape yg buat..diorg kn xbole direct ckp tpi yg dgr bole phm..begitu le
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ish menyirap betul bila baca pasal sihir ni. Tapi aku yakin, orang yang kaki sihir ni mesti akan dapat balasan juga.

Nak share jugak kisah aku. Aku pernah buka thread pasal kisah aku ni. Tapi aku tak habiskan atas sebab tertentu.

Aku kenal ex BF aku awal 2013. Tu pun sebab kitorang terlanggar bahu time masing2 rushing nak kerja. Rupanya kitorang berjiran selama 2013 sampai 2014 tu, tapi tak pernah perasan sebab tak pernah bertegur.

Awal 2015 kitorang diperkenalkan kawan atas kawan dan terus bercinta. Memandangkan memasing dah dewasa dan nak akhiri zaman solo kitorang decide nak tunang penghujung 2015.

Malangnya atas beberapa sebab majlis pertunangan pada penghujung 2015 dibatalkan. So tunda ke tahun 2016. Tapi tahun 2016 pun batal jugak.

Tahun 2016 tu baru tahu ada macam orang hantar something kat aku. Time tu hubungan dah start goyah dah. Dalam seminggu sehari je baik, baki 6hari memang bergaduh. Pendek kata bertahan sebab sayang hubungan dan dah tua malas nak cari yang baru je. Bahagia memang dah tak berapa ada.

Lepas berubat dengan sorang Ustaz kat Ipoh sekian sekian, aku rasa aku dah beransur sembuh. Hubungan pun macam dah pulih sikit. So buat kali ketiganya, kitorang plan utk bertunang pada 2/12/2017 dan berkahwin pada bulan Mac 2018.

Awal November hubungan kitorang semakin bermasalah. Setiap kali lepas solat aku akan doa pada Allah tunjukkan jalan hubungan kitorang. Kalau baik, kekalkan. Kalau tak baik, jauhkan kitorang berdua. Hari hari aku doa skrip yang sama sepanjang November tu.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Persiapan aku dah prepare serba sedikit, booking pelamin, photographer, make-up. Semua dgn kawan kawan, sbb mostly kawan aku bisness benda benda tu. Lagi seminggu nak bertunang, tepat pada hari jadi aku 28/11/2017 aku berselisih faham dgn ex BF aku (masa tu still couple) dan beliau terus hilangkan diri malam tu jugak. Lost contact terus!

1/12/2017 aku inform kat semua kawan yang aku dah booking tu yg aku nak cancel dan ada certain yg aku inform postponed ke tarikh yg belum pasti. Sebab majlis pertunangan sepatutnya pada 2/12/2017 tapi partner aku menghilangkan diri.

6/12/2017 baru aku dapat contact beliau. Aku mintak dia bagi kata putus dan dia kata dia dah taknak teruskan dah hubungan kitorang yg berusia hampir 3tahun tu! Time tu aku macam dah boleh agak keputusan tu. Tapi frust tetap ada.

Seminggu aku tak makan. Aku tidur je sebab hanya dengan cara tu aku dapat lupakan kekecewaan aku sekejap. Aku berkurung dalam bilik menangis tanpa suara sampai aku sesak nafas. Aku tidur sepanjang siang dan hanya bangun bila mak ayah aku dah masuk tidur. Aku asingkan diri dari orang.

Kenapa ye ada orang yg terlampau busuk hati sampai sanggup bertuhankan syaitan menyihir menyantau orang ni? Sudahlah pada 2015-2016 ahli keluarga aku menderita disihir dalam perniagaan sampai terpaksa shut down  bisness terus. Berat betul ujian tu.

Guys, doakan aku bangkit semula. Doakan juga aku dan keluarga aku akan sentiasa kuat dan dibawah lindungan Allah SWT aamin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2018 12:10 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 18-9-2018 07:34 AM
Ish menyirap betul bila baca pasal sihir ni. Tapi aku yakin, orang yang kaki sihir ni mesti akan dap ...

semoga kamu & family sentiasa dibawah lindungan Allah SWT...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 18-9-2018 07:34 AM
Ish menyirap betul bila baca pasal sihir ni. Tapi aku yakin, orang yang kaki sihir ni mesti akan dap ...

Semoga anggun dipertemukan dgn org yg betul lepas ni..kalau dah jodoh, disihir2 pun tetap akn bersama..ye dok..?
Semoga tamat lah episod sihir tu lepas ni..si penyihir dapat hidayah ke..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2018 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 18-9-2018 07:34 AM
Ish menyirap betul bila baca pasal sihir ni. Tapi aku yakin, orang yang kaki sihir ni mesti akan dap ...

Haaaaa dashttnyaa cerita ko..mcmnaa dn bisness mak ayah ko..cuba la tepek sini..nak tau jgk nii
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 04:48 PM | Show all posts
Ooooo..ada crita baru tak roger ye
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 08:04 PM | Show all posts
rafiz28 replied at 17-9-2018 08:48 PM
Ustaz yg merawat mira tu bgi hint2 la sape yg buat..diorg kn xbole direct ckp tpi yg dgr bole phm. ...

oh ok. Kiranya dorang dapat klu daripada ustaz la.
alright
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sihir ni satu je..kalau kau yakin dia menjadi kena kat kau mmg dia akan menjadi betul....setan.kan...kalau kau jumpa benda2 yg menunjukkan kau kena sihir..first kau kena ingat..kalau Allah x izinkan benda ni berlaku sihir tu x kan jadi..kalau Allah izinkan sihir tu berlaku..bkn sbb sihir tu kuat tapi itu ujian Allah utk kau....paham ke tak apa aku cuba sampaikan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
umieanie replied at 18-9-2018 09:19 PM
Sihir ni satu je..kalau kau yakin dia menjadi kena kat kau mmg dia akan menjadi betul....setan.kan.. ...

Fhm..jgn anggap sihir org buat tp anggap dugaan Allah tp berupa yg itu..sbnrnye hidup mmg mcm tu kan xkire ape dugaan pn
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 05:09 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 18-9-2018 07:34 AM
Ish menyirap betul bila baca pasal sihir ni. Tapi aku yakin, orang yang kaki sihir ni mesti akan dap ...

semoga anggun & keluarga di beri kekuatan utk menghadapi ujian & dugaan Allah
dan semoga bertemu jodoh dengan yg lebih baik (ke dah bertemu? )


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2018 05:21 PM | Show all posts
rafiz28 replied at 17-9-2018 06:36 PM
Okey sambung kisah kak su lagi..

Sementara nk tunggu anak no 3 kak su, amran nama diberi, si mira ...

bapak ko tipu mende kat mak ko tu?

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 06:02 PM | Show all posts
Terima kasih TT cerita best and easy to understand.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols.terbayang janna.nick.je.bila.baca si siam suka.menyihir tu..
Hahahaba
Best cite uols ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 06:38 PM | Show all posts
AnggunSophea replied at 18-9-2018 07:34 AM
Ish menyirap betul bila baca pasal sihir ni. Tapi aku yakin, orang yang kaki sihir ni mesti akan dap ...

kisahnyeee...patut la lama ko tak update story

moga kita sama2 tabah babe


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.282296 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list