CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4266|Reply: 10

Walaupun Selepas 20 Tahun, Pelakon Betty La Fea Masih Dibayangi Watak Lama

[Copy link]
Post time 5-9-2018 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Setelah hampir 20 tahun berlalu, pelakon Colombia, Ana Maria Orozco mengakui masih dibayangi wataknya Betty La Fea yang menjulang namanya sebagai antara pelakon telenovela paling popular pada penghujung tahun 1990an dan awal 2000.


Kredit Foto: Tribun Manado


Memetik majalah People En Espanol, Ana berkata walaupun melakonkan pelbagai watak sepanjang 20 tahun kerjaya lakonannya, tidak ada yang dapat menandingi impak watak Betty dalam hidupnya.


Kredit Foto: People


Dalam siri Betty La Fea, wataknya sebagai seorang gadis lugu yang hodoh telah menjadi bualan peminat seluruh dunia sehingga menjadi inspirasi kepada banyak siri baru atau adaptasi antaranya La Fea Mas Bella (Mexico) dan Ugly Betty (Amerika Syarikat).


Susulan lakonan mantapnya dalam siri itu Ana menerima anugerah International Female Personality pada tahun 2002 dan Actress of the Year pada tahun 1999.



Kredit Foto: People


Selepas tamatnya siri itu, Ana memutuskan untuk berhenti berlakon telenovela dan mencuba bakatnya ke layar perak pula tetapi hanya berpeluang untuk berlakon dua filem antaranya El Colombian Dream (2003) dan El Raton Perez (2006).


Berasa kecewa, Ana memutuskan untuk berehat sementara kerana tawaran demi tawaran yang diterimanya hanyalah siri telenovela yang membosankannya.



Kredit Foto: Instagram




Walau bagaimanapun tawaran membintangi siri Killer Women dan watak sampingan dalam Desperate Housewives telah membuka semula hati Ana untuk berlakon siri TV.  Sejak tahun 2014, Ana telah membintangi 4 siri telenovela dan yang terbaru adalah siri Simona (2018)  di mana beliau memegang watak pembantu. Bagaimanapun hampir semua siri itu tidak meledak seperti Betty La Fea.

Kredit Foto: People


Baru-baru ini Ana dan para pelakon telenovela tersebut telah mengadakan sebuah mini reunion dengan melakonkan sebuah sketsa pendek berdasarkan siri Betty. Nampaknya kerjaya lakonan Ana Maria Orozco akan terus dibayangi Betty La Fea. -CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2018 12:32 PM | Show all posts
Seseorang pelakun tu selalu diingati dengan watak yang paling berkesan pernah dilakunkannya berbanding watak2 lain jadi tak hairan kalau watak lakunan lamanya jugak sentiasa dikenang
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kat Malaysia ni...'lakonan' luar filem/drama retis 'sentiasa boleh jual'...haha....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka giler cite betty la fea ni..owh kenangan!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 02:15 PM | Show all posts
iols minat giler citer ni dulu.  walaupun kadang bongok juga jln citer nye. bila remake versi omputeh terus x best
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 09:55 AM | Show all posts
aku bagi nama kucing aku Betty sempena nama watak ni la.. dengan harapan bila dah besar nanti rupa elok tak hodoh macam masa mula2 datang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2018 12:48 PM | Show all posts
Gambar reramai kat bawah tu, terserlah betul muka Betty dia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 04:27 PM | Show all posts
drama ni mmg fav aku...

kdg2 menyampah gak tgk muka hodoh dia dlm drama tu...hahahahahah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2018 08:07 AM | Show all posts
Kertu2 dah smua....tp telenovela ni mmg best la....smpai astro repeat 2 kali kat channel Bella tu pun dok buka tgk jgk....

Wtk Betty tu mmg ssh nak hilg....sbb make up hodoh tu yg org igt smpai skg
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2018 09:41 PM | Show all posts
giler best citer ni dulu...pakat dgn kwn2 lari balik dr kuliah terus tgk tv kat bilik tv...huhuhu...tq betty menceriakan zaman muda ku...mana kwn lelaki dia yg hodoh jgk tu? padahal penyanyi...hensem...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Betty masih lawa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.087645 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list