CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4295|Reply: 14

4 Tip Mudah Nak Tahu Tembikai Yang Anda Beli Manis Atau Tak

[Copy link]
Post time 5-9-2018 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Sering tertipu bila beli tembikai rasa tak manis? Biasalah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam dalam memilih tembikai yang manis ataupun tidak di kedai. Sebenarnya ada cara yang mudah untuk memastikan tembikai yang kita beli manis.



Jom layan 4 cara mudah ini untuk memilih tembikai yang manis di kedai buah-buahan


1. Garis pada buah tembikai yang kemas





Kebiasaannya, bagi buah tembikai yang manis, corak garisan di bahagian luar buah adalah kemas dan tidak berserabut. Orang kata buah yang cantik dan sedap mata memandang.






Bagi tembikai kurang manis pula, corak garisan pada kulitnya tidak cantik dan agak berserabut. Jika anda ke kedai buah, elakkan membeli buah tembikai yang mempunyai corak garisan yang sebegini ya!


2. Saiz bahagian tapak buah tembikai





Selain melihat pada corak garisan, saiz tapak buah tembikai juga memainkan peranan dalam memastikan buah tembikai itu manis atau tidak. Bagi buah tembikai yang manis, saiz tapak adalah bersaiz kecil. Manakala buah yang kurang manis tapaknya bersaiz agak besar sedikit.





3. Bentuk buah tembikai





Bentuk juga boleh membantu anda dalam memilih buah tembikai yang manis atau tidak. Bagi buah tembikai yang manis, biasanya berbentuk bulat dan buah tembikai yang berbentuk lonjong, buahnya agak berair dan kurang manis.


4. Keadaan tangkai





Keadaan atau bentuk tangkai buah tembikai juga boleh membantu anda untuk memilih samaada buah yang anda hendak beli manis atau tidak. Bagi buah tembikai yang manis, tangkainya agak 'curly'. Manakala buah yang kurang manis tangkainya adalah tegak.





Jadi, bagi anda yang hendak mencari buah tembikai yang manis, pastikan anda melihat semuda ciri-ciri ini supaya anda dapat membeli buah tembikai yang manis dan sedap. Selamat mencuba! - CARI


Kredit foto: Aishah Wahab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2018 12:28 PM | Show all posts
wah info berguna ni. tq
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tembikai manis memanaskan tubuh. Tembikai tawar menyejukkan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 12:38 PM | Show all posts
aku kalau nk beli tembikai...tepuk2 je, kalau bunyi nyaring tu manis dan elok..
kalau bunyi mcm tepuk bantal tu takyah la beli...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 01:41 PM | Show all posts
sedapnya tembikaiiii... lama xmakan   balik ni nak cari lah
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus infonya.. thanks
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2018 05:28 PM | Show all posts
tqtqtqtq!
info yang bagus
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg betul pun tips2 ni. Iols dah guna sejak berkurun lamanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2018 08:58 AM | Show all posts
owh mcm tu ke. iols x pandai tgk. lps ni terrer lah iols pilih tembikai.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 10:05 AM | Show all posts
tapi bab tangkai tu kadang sampai kedai tangkai da kecut2..but then tips slain tgok keadaan tangkai tu meollss nak cuba la pasni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 03:55 PM | Show all posts
kat kedai dah xde tangkai....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 12:24 PM | Show all posts
tembikai yang paling manis paling juicy ialah tembikai yg dimakan semasa berbuka bulan puasa hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2018 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus info ni..thanks..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2018 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow, this is new to me. Thanks for the good info
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Berguna sgt tips ni.tq for sharing
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.073713 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list